Wednesday, July 1, 2009

Rekod lagi...

Selepas mencipta rekod tentang tidak mandi lebih 30 jam pada bulan lalu.Hari ini sekali lagi aku mencipta rekod oleh kerana memakai unifom sekolah lebih daripada 8 jam.Memakai unifom telah menyebabkan aku berpeluh.Terpaksalah membuka butang bukan nak bagi nampak seksi tapi cuma nak kasi angin masuk jer..

Sebentar tadi ada Q-math tapi aku malas nak datang sebab tak larat nak tunggu berjam-jam dengan pakaian sekolah.Kalau tak aku boleh tambah lagi kepada 9 jam rekod aku pakai unifom sekolah.

Semalam dikejutkan dengan pesawat Airbus dari syarikat penerbangan Yemen yang bernama Yemeni Air telah terhempas di lautan hindi.Sebelum itu, pesawat Airbus 'Air France' telah terhempas di lautan Atlantik.

Yemeni Air dikatakan terhempas di Lautan Comoros dan pesawat ini membawa seramai 153 penumpang termasuk anak kapal.Pihak berkuasa awam Yemen telah menjumpai 3 mayat di lokasi nahas berlaku.

Seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun ditemui selamat manakala yang lain peluang untuk hidup agak tipis.Jet Airbus yang berusia 19 tahun itu diharamkan untuk memasuki ruang udara Perancis.Mengikut kajian yang dilakukan, Satu-satunya kenderaan yang paling selamat di dunia adalah kapal terbang.Hehehe..( Jangan takut naik kapal terbang )

PERHATIAN!!!
Pada semua orang yang beragama Islam sila bawa pensil khat esok..." Arahan Ustaz Ashrof "
( GIGIH SAHAJA )

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen