Tuesday, July 21, 2009

Manchester United dibayar???

Semalam pada pukul 7.00 malam aku bertolak ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan kedua antara Malaysia menentang Manchester United.Aku pergi bersama abang aku dan rakan-rakannya. Dijangka sampai lebih kurang jam 7.40 malam di Stadium Bukit Jalil.

Aku membeli tiket di kedai barangan sukan ternama dengan harga Rm58.Aku ingatkan Rm38 silap...Aku masuk ke stadium lebih kurang jam 8.00 malam dan dapat melihat United membuat latihan sebelum perlawanan bermula.Sepakan seorang penjaga gol United telah terkena kepala seorang jurukamera yang berada di belakang gol dan membuatkan dia merajuk lalu pergi ke tempat lain.

Aku tak sangka yang Rooney pandai menjadi penjaga gol.Rooney jadi penjaga gol ketika sesi latihan sebelum perlawanan.Rooney yang agak ganjil tidak berlatih bersama pemain-pemain lain hanya bersama seorang rakan sepasukannya sahaja.

Tiba jam 8.45 wisel berbunyi menandakan perlawanan bermula.United membariskan pemain-pemain muda yang kurang berpengalaman.Manakala Malaysia menurunkan kesemua pemain-pemain hebat mereka.Gol pertama dijaringkan oleh Federico Macheda dan gol kedua dijaringkan oleh Michael Owen.

Selepas itu, permainan membosankan kerana United sengaja tidak membuat aksi-aksi cemas dan suka bermain-main walaupun didalam kotak penalti.Pertukaran pemain berlangsung dimana ramai pemain ditukar ganti.Wayne Rooney masuk tetapi bermain agak kasar menyebabkan telinganya sedikit cedera.Selepas itu, Rooney menerjah pemain Malaysia hingga cedera.

Sehingga minit ke-70 baru Manchester United membuat asakan ke gawang Malaysia.Banyak aksi-aksi cemas dilakukan United tetapi Malaysia berjaya menyelamatkannya.Masa tambahan diberi sehingga 4 minit malangnya tiada gol dijaringkan pada separuh masa kedua.Kesombongan Rooney agak jelas apabila wisel penamat berbunyi dia terus keluar padang manakala pemain yang lain saling bertukar jersi.

Tiada sebarang kad dilayangkan pada aksi ini dan United akan pergi ke Korea apabila membatalkan hasrat untuk ke Indonesia.Selepas ke Korea mereka akan ke China.Ada lagi satu perlawanan best berlangsung di Bangkok dimana Liverpool akan menentang Thailand.Siapa yang berminat boleh ke Bangkok untuk menyaksikan perlawanan itu.Permainan United amat membosankan dan nampak seperti dibayar oleh Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen