Monday, July 20, 2009

Malaysia dipandang rendah United!!!

Ramai agaknya yang pergi ke stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan diantara pilihan Malaysia dan juga juara Liga Barclays iaitu Manchester United. Manchester yang tiba pada hari Ahad datang untuk menentang pasukan-pasukan Asia.Siri jelajah Asia dikatakan akan menjelajah 4 negara.

Jika dilihat daripada peratusan kawalan bola telah menampakan yang United lebih bertenaga.Jaringan Wayne Rooney dan juga rakan sepasukannya dari Portugal iaitu Nani menjaringkan gol.Wayne Rooney ditukar ganti dengan pemain baru mereka yang berhijrah dari Newcastle ke United yang bernama Michael Owen.Owen telah menjaringkan gol pada 5 minit terakhir perlawanan.

Malaysia pula dijaringkan oleh pemain yang bernama Amri Yahyah.Kedua-dua gol itu dijaringkannya.Jaringan pertama Amri adalah sepakan jarak jauh, Edwin Van Der Sar berada didepan ketika itu dan telah membuat satu kesilapan menyebabkan gawang gol Manchester dibolosi.

Gol kedua Malaysia hadir pada minit yang ke-61 juga daripada Amri kerana kesilapan pemain simpanan United iaitu Ben Foster.Ben tidak dipandang rendah apabila dia juga adalah penjaga gol England menggantikan Robinson.Gol ini dijaringkan apabila salah seorang pemain United membuat hantaran kepada Foster dan Foster melakukan kesilapan mudah dengan itu ia disambar Amri dan teruss!!! gol...

Mengapa aku cakap Malaysia dipandang rendah oleh United?

Ini kerana keyakinan United yang meyakinkan mereka akan menang.Jaringan Rooney adalah jaringan kemenangan bersama Nani.Ini membuatkan mereka didepan dengan 2-0.Malaysia menjaringkan gol pada minit ke 45 dan 61. Mereka perlu memastikan mereka menang walaubagaimanapun terjadi.

Kerelaxan United dapat dilihat dan United berani menjaringkan gol ke-3 melalui Michael Owen.Ini bermaksud United sengaja membiarkan dan Owen yakin tiada masalah untuk mereka menjaringkan gol kemenangan United.

United membawa masuk pemain-pemain muda mereka menunjukkan mereka memandang Malaysia rendah.Kalau dengan pasukan-pasukan lain di BPL pun dia menang besar apatah lagi Malaysia.Walaubagaimanapun mungkin pada malam ini mereka akan membuat amukan Red Devils.

Pada malam ini, Malaysia amat bertuah apabila dapat berlawan sekali lagi dengan United kerana pembatalan mereka ke Indonesia pada hari ini akibat pengeboman berani mati di Ritz-Carlton dan juga J.W Marriot.Sekali lagi mereka akan bertarung tetapi pemain yang menjaringkan gol semalam mengatakan perlawanan sudah tidak seronok apabila pemain MU telah mengenal corak permainan mereka.Tiket pada malam ini hanya berharga Rm38 dan Rm308.

Sorry ponteng kelas Math pergi tengok bola!!!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen