Friday, July 17, 2009

Latihan Kebakaran...

Seperti biasa, aku selalunya orang yang terakhir sampai ke sekolah untuk bacaan Yaasin.Aku semua lewat.Masa darjah 5 ketika beratur sebelum naik ke kelas selalunya aku akan duduk di belakang sekali.Kalau di 'segar minda' selalunya aku antara yang terakhir.


Ketika keluar dari surau ( x msuk pon surau ) terus pergi hantar beg ke kelas dan bergegas turununtuk PJ.Aku main softball mula-mula tapi dah mula jemu jadi pergi selongkar bilik sukan caribarang untuk dimain.Akhirnya dapat juga iaitu bola yang paling best iaitu mainkan bola tu macam dodgeball.Dia punya peraturan dia senang saja :

  • Bola mesti kurang 1 dari jumlah pemain
  • Sesiapa yang nak main kena tanggung risiko kalau cedera
  • Siapa yang tiada bola mesti menjadi mangsa kerana bola kurang 1
Itulah dia peraturan dia, jadi kesakitan memang tak dapat digambarkan.Selepas naik ke kelas main-main dan En. Nadzarawi masuk kelas ketika masa tinggal 1 minit lagi.Dia cuma cakap minggu depan ada exam selepas itu belah sebab Puan Azlina tunggu.

Lepas rehat mula-mula seorang pun tak ada tukar baju tapi akhirnya bilangan orang yang pakai baju sekolah semakin bertambah.Ini kerana mereka cakap yang En.Faisol warning budak kelas lain yang tak pakai baju sekolah.Aku buat tak kisah saja sebab semasa aku tengok tu tinggal sejam saja lagi nak balik jadi malas la nak tukar.

Kringgggggggggggggggggggggg...Loceng berbunyi dan buat tak tahu tapi selepas 10 saat dengar loceng tak berhenti jadi pelik.Mungkin loceng rosak...Tak mungkin jadi tidak lain tidak bukan latihan kebakaran.Aku berlari dari kelas sampai padang.Ada juga yang tengah buat projek dalam toilet masa bunyi loceng.Ada juga tak sempat tukar baju.Ada yang pakai baju tak pakai tie.

Ketika itu aku dua orang tak pakai uniform sekolah jadi kena pergi depan.Perghhh...Famouss aku ( hehehe )..ehh bukan 2 orang tapi 3 orang kesemua yang kena panggil depan 6 orang.Kena warning.Aku buat relax je.Kawan aku dah cuak tengok 3 orang perempuan dari kelas Amanah kena panggil depan.Aku buat relax style aku la.

Cikgu tanya kawan aku kenapa tak tukar baju, kawan aku cakap tengah tukar baju tapi dengar loceng tak jadi sementara seorang kawan aku cakap lupa nak tukar baju.Aku pula lagi simple malas nak tukar baju sebab tinggal sejam setengah saja lagi.Tak baik tipu cikgu.

Sebenarnya cara-cara nak menyelamatkan diri dengan betul ialah :

  1. Masuk ke tandas ini kerana tandas mempunyai air.Kelemahan api adalah air
  2. Jika kesemua tangga terbakar dengan api sila buat perisai dengan menggunakan meja dengan mengurungkan diri di dalam kelas dan meja dibuat perisai atau
  3. Terjun ikut tingkap jika keadaan begitu terdesak dan pastikan terjun beramai-ramai kerana kalau ada orang dihadapan kita kita boleh pegang orang itu dan ini akan mengurangkan impak kepada kita tetapi lebih kepada orang dihadapan kita.
  4. Buka baju dan kipas-kipaskan api itu supaya api itu tidak menyala tapi untuk lelaki sahaja
  5. Terjun bangunan boleh masuk TV yang anda jatuh sekolah dan jadi famous
  6. Berdoa beramai-ramai atau melakukan Qiamulai didalam kelas bersama cikgu-cikgu ataupun ustaz-ustaz untuk menjadi imam
SELAMAT MECUBA!!!

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen