Saturday, July 4, 2009

Kereta ( bahagian 4 )

Semalam aku cerita tentang kereta paling mahal didunia hari ini aku nak menceritakan tentang kereta antik ataupun vintage.Tentang macam ni aku tahu sangat sebab ayah aku penjual kereta antik.Dekat Malaysia ni tak banyak orang pakai kereta yang lebih 25 tahun.

Selalunya,Orang kaya ataupun collector beli.Mereka yang kaya beli sebab nak tunjuk mereka terlebih kaya.Orang akan cakap dia ni kaya sampai beli kereta lama.Tapi ada juga collector yang suka barangan lama.

Satu malam, aku bersama ayah aku pergi menaiki kereta ke suatu perumahan di KL.Kawan ayah aku bawa 1 kereta sport Merc lama.Aku ikut pergi dengan ayah aku sebab bosan berada dekat rumah.Jadi pergilah di suatu tempat di KL.

Sebelum masuk kawasan perumahan tu, aku tengok ada pondok pengawal disitu aku rasa rumah dekat sini mesti orang kaya-kaya.Aku pun tanya ayah aku nak pergi rumah siapa?Ayah aku jawab yang dia nak hantar kereta dekat Tan Sri Zaki.Aku tanya sapa dia tu.Ayah aku cakap yang dia itu presiden mahkamah rayuan.Rumah dia gila besar.
Maklum la, rumah presiden mahkamah rayuan.Lepas hantar aku pun balik.Dalam rumah ada swimming pool.Tapi sekarang bukan presiden mahkamah rayuan tapi ketua hakim negara dan bukannya 'Tan Sri' tapi dah 'Tun'.

Ramai lagi orang suka beli kereta lama-lama.Paling best boleh pergi istana.Dua tahun lepas aku pergi Istana Kuala Kangsar sebab Sultan Perak iaitu DYYM Sultan Azlan Shah nak tengok.Dapat jugak bersalaman dengan sultan.Selain itu, dapat juga bersantap di Dewan santapan diraja.Rombongan tu pergi lebih kurang 20 kereta jadi harga tolnya Rm3o sebuah kereta.Rm30 x 20 = Rm 600. Kalau pergi dan balik dah Rm1200 jadi ayah aku ambil keputusan supaya polis mengiringi kesemua 20 kereta.Rm500 sahaja sewa polis dan tak payah bayar tol.Paling best sekali ada roadblock semua kereta ni ikut emergency line tak payah kena sekatan.

Ini adalah satu kereta yang jarang kita tengok.Nama dia Cadillac atau Pink Cadillac aku ambil sendiri gambar ni masa rombongan ke Perak.Kereta ini tak banyak dekat Malaysia dan pernah hendak bawa Fernando Alonso tapi tak kesampaian apabila bateri rosak.Tapi kereta ini bukannya ayah aku yang jual.Cadillac ini belakang dia tajam sikit.Tapi yang tanduk tu saja tuan punya kereta letakkan.

Sultan sekarang ni pakai kereta hebat hebat seperti Maybach.Kalau pakai memang nampak hebat tapi kereta macam tu nampak orang kaya yang tua.Sama la seperti Rolls Royce Phantom.Sultan pakai la tapi Sultan Kelantan pakai kereta Jaguar.Bukan sultan tapi mungkin puteranya.


Ferrari pun aku pernah naik tapi bukannya Ferrari Enzo tapi Ferrari yang lama masa pergi balik Alor Star.Masa tu juga aku berkesempatan aku untuk ambil gambar dengan Tun yang bertempat di depan Masjid Zahir.


Sultan Brunei lagi hebat, dia yang juga antara Sultan paling kaya dekat dunia ni beli kereta tak mahu jual.Beratus biji kereta dia ada.


Kawan ayah aku adalah seorang yang mempunyai banyak wang dan dia jutawan.Benda yang lawak tentang dia ialah dia ni kuat makan.Maklum la dah orang kaya.Jadi badan besar.Suatu hari dia pergi ke sebuah showroom Merc dekat KL dan dia cuba duduk dekat dalam satu kereta sport merc tapi tak muat.Jadi tak boleh la dia beli kereta macam tu.


Berakhirlah sudah cerita tentang kereta.Hari ini sekali lagi jadi sejarah apabila berjaya membuat 4 artikel bersambung.Aku tahu yang korang malas baca artikel panjang-panjang jadi aku buat macam ni.Aku pun malas baca kalau artikel panjang-panjang...


No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen