Thursday, July 2, 2009

Kereta ( bahagian 3 )


5. Pagani Zonda C12 F ini berharga Rm2.001.963 dibuat oleh sebuah syarikat bebas daripada Itali.Kereta ini adalah kereta ke-5 terpantas didunia dan hanya 3.5 saat sahaja kereta ini dapat mencecah 60 mph.Kereta ini boleh mencapai kelajuan 215 mph.




4. Ferrari Enzo adalah kereta Ferrari yang adalah antara kereta terpantas didunia dengan kelajuan maksimumnya 217 mph dan 3.4 saat sahaja untuk menunjukkan jarum meter ini kepada 60 mph.Harga kereta ini adalah bernilai Rm 2.010.000.Ferrari ini hanya ditempa sebanyak 400 biji dan sesetengahnya dijual lebih daripada Rm 3.000.000.



3. Mclaren F1 ini pernah menjadi kereta paling pantas didunia pada tahun 1994.Kereta boleh dipecut sehingga 240 mph dan 60 mph dalam masa 3.2 saat.Walaupun kereta ini sudah lebih 16 tahun, kereta ini masih berada diantara kereta-kereta terbaik.Harga kereta ini adalah Rm 2.910.000.





2. Lamborghini Reventon.Sedap nama kereta ini.Reventon adalah kereta kedua paling mahal didunia dengan harga Rm 4.800.000.Kereta ini memegang rekod antara kereta Lamborghini yang paling mahal dan paling berkuasa.3.3 saat adalah masa diambil untuk kereta ini mencecah 60mph sementara boleh dipecut sehingga 211 mph.Kereta ini hanya dikeluarkan sebanyak 5 biji dan corak rekaannya begitu cantik.

1. Kereta dari Bugatti iaitu Bugatti Veyron adalah kereta paling mahal didunia dengan harga kereta itu adalah Rm 5.100.000.Kereta ini bukannya kereta paling pantas didunia kerana SSC ultimate aero ( post yang lepas ) adalah kereta paling pantas didunia.Ini menjadikan Veyron ditempat kedua dengan kelajuan 253 mph.2.3 saat sahaja diperlukan untuk memecut sehingga 60 mph.
*Kesemua harga kereta ini adalah harga pasaran.Jika di Malaysia selalunya dikenakan cukai sebanyak 150%.

60 mph= 96 Km
1 mph = 1.6 Km

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen