Wednesday, July 1, 2009

Kereta ( bahagian 2 )

Sambungan daripada cerita tentang kereta.Terdapat juga kereta Limosine tetapi tidak dibenarkan pakai di Malaysia kecuali Sultan yang ingin memilikinya.Kereta-kereta seperti Rolls Royce juga jarang dilihat di Malaysia tetapi aku sudah biasa.

SUV juga banyak dilihat di pada zaman sekarang.Selain itu MPV juga banyak dipakai seperti Toyota Caldina ataupun jenama tempatan iaitu Exora.Dengar cerita Perodua juga ingin mengeluarkan kereta MPVnya hujung bulan Ogos.Selain itu station wagon (gambar) jarang dilihat kerana tidak ramai rakyat tempatan memiliki kereta tersebut.Keretanya selalu panjang dibelakang.Seperti kereta mayat.

Terlupa pula nak tulis tentang Porsche pada bahagian 1.Porsche memiliki pelbagai kereta seperti sport ataupun SUV.Cayenne juga banyak dipakai di Malaysia ini.Sultan Kebanyakan pakai kereta macam ni la.Aku pernah berpeluang menaiki Porsche Boxster yang dipandu sendiri mak aku.Pecutannya gila laju sementara setiap kali break mesti terhantuk punya sebab mak aku tak biasa bawak sebab tak tahu control.Tuu bestt nyerr jadi salesman sebelum orang jual kita dapat pakai dulu.Berikut adalah 10 kereta paling mahal di dunia.



10. Porsche Carrera GT adalah kereta yang berharga Rm1.320.000. Kereta ini boleh memecut sejauh 0-60 mph dalam masa 3.9 saat.Top speed kereta ini adalah 2o5 mph.Kereta ini dikhaskan kepada orang yang suka berlumba di jalan raya.




9. Mercedes Benz SLR Mclaren Roadster menduduki tangga ke-9 dengan harga Rm1.485.oo0 .Kereta ini adalah kereta automatik paling pantas didunia.Kereta ini memecut dengan kelajuan 206 mph dan memerlukan 3.8 saat untuk mencapai kelajuan 60 mph.




8. Koenigsegg CCX yang dibuat di Sweden berharga Rm 1.636.704.Kereta ini adalah kereta yang ke-4 terpantas di dunia.Kereta ini pernah direka untuk menjadi kereta terpantas di dunia tetapi tidak menjadi kenyataan.Kereta ini mampu memecut sehingga 245 mph.




7. Saleen S7 Twin Turbo adalah kereta yang berharga Rm 1.665.000 dan menduduki tangga yang ke-3 kereta palinga pantas.Kereta ini boleh bergerak 248 mph dan hanya untuk 3.2 saat sahaja masa diperlukan untuk meter menunjukkan arah 60 mph.





6. Rm1.963.200 harga kereta yang bernama SSC Ultimate Aero.Top Speed kereta boleh mencapai 257 mph dan 2.7 saat untuk pecutan 60 mph.Kereta ini hanya mempunyai 25 model sahaja dipasaran dan kesemuanya habis dijual dan satu lagi,kereta ini adalah kereta paling pantas didunia.






Seterusnya akan disiarkan esok!!! Baca taw...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen