Wednesday, July 1, 2009

Kereta ( bahagian 1 )

Hari ini kita nak bincang tentang kereta.Macam-macam kereta ada lagipun ayah aku salesman kereta vintage. www.rainbird.com.my kalau nak beli call la.Yang bestnya selalunya aku akan dapat tiket percuma masa tengok F1 sebab bila sebelum perlumbaan ada event yang ayah aku kena buat.

Terdapat pelbagai pengeluar kereta di dunia.BMW dan Mercedes adalah antara pengeluar kereta mewah sementara Hyundai,Proton,Toyota,Honda,Nissan,Mitsubishi,Citroen,Volvo dan lain-lain adalah sederhana sahaja.

Proton adalah sebuah syarikat negara yang mengeluarkan kenderaan untuk penduduk Malaysia.Proton juga telah mendapat tempat diluar negara tetapi tidak begitu memuaskan.Kereta diimport keluar haruslah diperbuat dengan berkualiti kerana jika sampai di sempadan mereka akan menguji kereta tersebut dan jika tidak akan dihantar pulang.Sementara di Malaysia juga diuji tetapi undang-undang ringan sedikit jadi mereka buat cincai sahaja.

Syarikat-syarikat daripada Amerika juga agak hebat tetapi di Malaysia kurang mendapat sambutan seperti Chevrolet,Rolls Royce,Opel dan Pontiac.Kebanyakan dikawal oleh pengeluar kereta gergasi dunia iaitu General Motors ataupun GM.Walaubagaimanapun syarikat ini telah muflis akibat krisis ekonomi dunia.

Ferrari dan Lamborghini pula terkenal dengan kereta-kereta sport mereka.Merc dan BMW juga mengeluarkan kereta-kereta sport tetapi tidak banyak.Jangan pandang rendah kepada Malaysia kerana Malaysia juga mempunyai kereta sport yang tersendiri iaitu jenama Lotus yang dibeli Malaysia.

Lagi cerita tentang kereta esok..........

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen