Monday, July 13, 2009

Kawanku dimana kau berada

Amir Arrif adalah seorang kawan yang paling rapat dengan aku tetapi dia adalah budak yang paling nakal pernah aku jumpa setakat ini.Disebabkan aku berkawan dengan dia, aku juga terpengaruh dengan dia tetapi aku tidak sempat menghabiskan ajaran dia kepada aku kerana aku berhijrah ke Usaha dari kelas Tabah.

Aku lupa darjah berapa tapi tak salah aku darjah 4 aku masih bersama dia.Aku sebagai kawan dia mempunyai pelbagai pengalaman manis dan pahit bersama Amir tapi sekarang dia sudah tiada dengan masalah peribadinya.

Aku tidak seperti rakannya yang bernama Meshan.Aku lupa ejaan tapi dia tu dengan Amir satu geng la.Jahat diorang ni tak jahat sangat tapi perangai dia yang suka melawan cakap guru.Aku teringat satu soalan yang ditanya oleh seorang guru dan menarik telinganya.Dia mengugut untuk tida memberi jawapan kepada guru.Itu adalah satu sikap keberanian yang ditunjukkan oleh Amir Ariff ini.

Peristiwa paling hebat berlaku apabila ada seorang guru ganti ini telah bengang dengan Amir menyuruh dia duduk luar dan berkata " Kau buat laa apa kau nak buatt...pergii rr mana2 kau suka ".Amir pun pergi la namun dia tak balik.Satu clue yang dia tinggalkan kepada kelas adalah "Ooo...OK nak pergi Summit laarghh" itu adalah perkataan terakhir sebelum dia pergi.

Tindakan Amir tidak dijangka.Sekeliling sekolah dicari cikgu untuk mendapatkan seorang makhluk ciptaan tuhan yang bernama Amir Ariff ini.Selepas ketiadaannya disekolah, Guru-guru terus pergi ke Summit USJ untuk melihat kebenaran Amir ke Summit.Ternyata, seorang cikgu telah menemukan dia di Summit dan dibawa pulang.

Peristiwa ini tidak salah aku terjadi pada hari Jumaat.Aku masa itu agak risau dengan Amir yang tindakan tak dapat dijangkakan.Pada hari Isnin, kelihatan ibu bapa dia menaiki tangga ke pejabat dan dipercayai untuk membincangkan masalah yang dihadapi budak yang bernama Amir Ariff ini.

Pengalaman manis aku adalah dia membelanja aku seperti yang dilakukan Faris kini.Tapi paling hebat dia membawa Rm100 dan membeli 10 pensil lead shacker dan diagihkan kepada semua kawan-kawanya termasuk aku.Aku beruntung kerana dapat dua.Tapi aku tidak tahu sumber wang yang diperolehinya untuk membelanja aku.Aku ingin mengcungkil rahsianya namun tidak menjadi.Aku menggunakan taktik lain untuk mendapat maklumat dari mana sumber kewangan itu dan akhirnya berjaya apabila mendapati dia merompak duit mak dia.

SAMBONG ESOK.......................

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen