Wednesday, July 8, 2009

Jangan pinjam Ah Long, kelak merana

Itulah antara cogan kata kerajaan yang menentang Ah Long yang memberi pinjaman wang kepada sesiapa sahaja yang memerlukan wang.Peminjam wang tanpa lesen atau Ah Long ini adalah peminjam yang mengenakan bunga ataupun faedah ataupun interest yang sangat tinggi.

Kempen kerajaan yang ingin memerangi Ah Long ini telah bermula apabila kisah beberapa orang lelaki yang dipenjara tersebar selepas media massa telah membuat liputan.Kerajaan tanpa berlengah lagi terus bertindak untuk memerangi Ah Long.

Mengikut kementerian dalam negeri, sebanyak 321 kes dilaporkan ke pihak berkuasa.Tahun lalu, sebanyak 626 kes dilaporkan sementara pada tahun 2007 berjumlah 539 kes.Mereka memohon kepada semua orang yang mempunyai maklumat tentang aktiviti ini melaporkan kepada pihak berkuasa.

Kebanyakkan peminjam Ah Long ini suka berjudi, mengikut statistik lagi, 4 daripada 10 peminjam Ah Long akan lari menghilangkan diri.Kebanyakkan Ah Long ini memeras ugut seseorang sehingga seseorang itu tertekan.Kadang kala, mereka akan memeras ugut ahli keluarga peminjam wang tersebut.Kadang-kadang mereka bertindak liar dengan memukul peminjam kerana tidak membayar hutang kepada Ah Long.Tetapi ada juga kes yang peminjam memukul agen Ah Long sehingga mati.

Itulah, lainkali jangan berkerja dengan mereka ini.Ini satu cerita benar, cerita ini berlaku kepada aku selepas berpindah daripada USJ6 ke USJ2 aku sekeluarga menyewa sebuah rumah di USJ2.Selepas sewa tiada masalah berlaku.Rumah itu begitu besar dan mempunyai 5 buah bilik.Jarang rumah punyai sampai 5 kerana selalunya 4 bilik sahaja.

Selepas duduk setahun lebih dirumah itu, keluarga aku diganggu oleh beberapa pemuda Cina.Mereka selalu kunci pagar dengan rantai.Mereka bertanya kepada kepada ayah aku tahukah tuan rumah ini duduk dimana.Ayah aku menjawab tidak tahu sedangkan ayah aku tahu tuan rumah ini duduk dimana.Lepas itu diorang suruh ayah aku siasat ayah aku cakap cuba la.

Lepas seminggu diorang datang lagi, buat perangai dekat depan rumah aku dengan kunci lagi pagar rumah aku dengan rantai.Bangang sungguh agen Ah Long.Agen itu terus tekan keluarga aku dan akhirnya aku berpindah.Si agen Ah Long ni selalu tunggu ramai-ramai depan rumah macam membuatkan rumah aku ganjil.Dah la Cina pula tunggu dengan rantai.

Masa tu usia aku lebih kurang 6 tahun dan aku sehingga hari ini aku masih dihantui peristiwa si Ah Long sial tuuhh...Mengapa Ah Long buat kacau rumah aku itu? Ayah aku mengambil keputusan untuk sewa sahaja rumah itu, lepas itu tuan rumah ini beli rumah yang aku duduk ni tak buat loan guna bank jadi pinjam Ah Long.Pinjam Ah Long buat susah bayar diorang nak lelong rumah itu.Rumah besar duduk USJ5 pakai BMW tapi pinjam Ah Long, gila punya orang.Jangan ingat orang kaya tu betul kaya, ni kaya pinjam Ah Long.

Menyeramkan bila terfikir tentang mereka ini mereka ini....Jadi 'Say No To Ah Long'.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen