Friday, July 24, 2009

Jadual Waktu UPSR...

Hari ini sekali lagi di dalam kelas aku telah mencipta sejarah apabila telah menjadi nama calon yang paling panjang.Ada 7 perkataan dalam nama aku.Aku baru sedar yang nama aku yang terpanjang dari orang-orang lain.

Saudara aku pernah cakap yang nama aku panjang nanti nak ambil UPSR tak cukup kotak.Betul juga tadi aku kena tulis sampai bawah masa kena tulis nama.Kalau nak pergi Singapura pun sama la.Nak masuk kena isi borang tentang identiti seseorang.Nama aku sampai tak cukup kotak nak tulis nama sehingga terpaksa tulis dekat bawah.

Kalau nak pergi west country selalunya diperiksa ketat oleh imigresen sana tambah-tambah orang Islam selepas kejadian September Eleven (9/11) pada 2001 yang telah meruntuhkan bangunan di New York.Banyak pekerja Islam yang bekerja dalam bidang penerbangan telah dibuang kerja ekoran peristiwa itu.

Kebanyakkan mereka tengok pasport yang ada 'bin' mesti diperiksa lebih dengan teliti daripada bangsa-bangsa lain.Tu 'bin' saja adik aku ada 'Al-....' lagi mereka periksa sebab Osama Bin Laden dari sebuah gerila Al-Qaeda yang bertapak di Afghanistan.Al-Qaeda dikatakan bertanggungjawab tentang serangan 11/9 itu.

Jadual waktu UPSR tu menakutkan aku juga tentang hari Khamis yang kena sampai pukul 3 petang.Nasib baik hari terakhir kalau tak mesti penat.Kalau che'gu Nadzarawi tulis soalan boleh cungkil-cungkil soalan untuk Matematik.Hari Khamis tu aku bagi pandangan balik dulu lepas tu datang balik untuk ambil exam IQ tu.

Sapa la yang tukar tajuk depan tu, teruk betul la orang ni.Dia ingat dia boleh buat lagi jadi aku telah buat lagi satu firewall.Dulu ayam jaga blog aku tapi sekarang aku buang firewall ayam tu tukar yang lain.Sekarang aku buat balik tapi lain punya lagi hebat wall dia...HIHIHI

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen