Thursday, July 23, 2009

Freedom

Akhirnya habis juga exam selama 3 hari ini.Habis?? Belumm!!! minggu depan ada lagi, pening kepala tiap-tiap minggu ada test paper bila nak belajar kalau tiap-tiap minggu ada test.Tapi kalau ada periksa tiap-tiap minggu pun best juga tak payah belajar.

Hehehe...Hari ini, aku mendapat satu pekerjaan baru dan hanya 2 orang sahaja dipilih oleh Ustaz Ashrof.Sama standart dengan pengawas sekolah la tapi pengawas masa rehat jerr.Kerja ni antara yang paling berisiko ( cakap tak belah) sebab perlu mengawal satu bilik.

Masa habis science, aku dan Aisya berbincang tentang front page majalah sekolah.Jadi Aisya tolong buat rekaan untuk cover majalah sekolah la.Aku tak tahu pihak sekolah nak buat macam mana? Sebulan sekali ataupun seminggu sekali ataupun setahun sekali.

Kalau tengok kalendar ada lebih kurang 45 hari lagi untuk kita menghadapi UPSR.45 hari sama juga dengan 1 bulan setengah.Kalau kira jam banyak masa lagi, boleh tengok Public Enemy ataupun The Taking of Pelham 123.Kalau kira jam kita ada 1080 jam lagi.Lambat lagi!!!

Tolak cuti sekolah, cuti sakit dan cuti malas datang ada lebih kurang 40 hari saja lagi.Lambat lagi!! 40 bahagi 5 maksudnya ada 8 hari untuk belajar satu subjek.192 jam untuk ada belajar setiap subjek.

1080 jam kalau ditukar kepada minit lagi banyak minit, betul tak! Kita ada lebih kurang 64,800 minit lagi. Banyak lagi relax la.Boleh pergi Bali ke Rome ataupun kampung masing-masing.Tapi sekarang dah nak hampir seminit jadi no diatas tu mesti ditolak.

64,800 minit tu dikira sikit la, 3,888,000 saat ada lagi.Tapi tak dah berubah 3,887,999, 3,887,998, 3,887,997... Kira la sendiri.Kita ada berpuluh hari untuk UPSR.Kita ada beribu jam untuk UPSR.Kita ada berpuluh ribu minit untuk UPSR dan kita ada berjuta saat sebelum UPSR.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen