Monday, July 6, 2009

2.5 billion diramalkan melihat pengebumian raja pop

Sebelum ke tajuk utama, tadi ada sesuatu menarik berlaku keatas aku.Selepas keluar daripada kelas Ustaz Ashrof aku terus pergi ke beg dan mengambil buku KT.Selepas itu aku berjalan pergi ke makmal komputer kerana guru besar nak ajar.

Sampai disana guru besar mengajar lebih kurang sampai jam 11.30 selepas itu diganti pula oleh Puan Rasmin ( betul ker ) kerana guru besar menghadiri mesyuarat.Puan Rasmin tu dulu duduk sebelah rumah aku kira jiran la.

Semasa tengah belajar Kajian Tempatan tentang kemerdekaan Tanah Melayu itu aku ditempatkan sebelah tempat duduk Adlin.Biasa la, aku lelaki terakhir dan Adlin perempuan pertama mengikut huruf.

Nak dijadikan cerita Adlin buka myspace, aku tengok buat bodoh jerr laa sambil Puan Rasmin ajar dekat depan.Selepas Adlin habis buka profile myspace dia aku pula ambil alih PC dari dia dan buka profile aku.Adlin cakap " weiii..jangan main,kakak tuu lehh scan " tapi aku buat bodoh jerrr...

Tiba-tiba screen dekat depan yang mengikut projector tu tukar ke komputer aku.Aku tak sedar lagi lepas itu Adlin cakap " ehh...Sapa punya profile tuuhh? " aku pun tengok dan gila panic la.."Weiii Wan apa kau buat " kata kawan aku.Kakak tu tersenyum jerr tengok akuu...

Masa Raimi tengok aku punya PC terpampang dekat screen besar tu terus dia cakap dekat Fahim suruh tutup..Apa lagi kelam kabut la diorang.Bengang gilerrr...tak sampai seminit main dah kantoi lepas tu kena kaunseling la dengan Puan Rasmin....Hahaha..Canggih gakk yer makmal komputer kita...Takk perr laenkali jangan main dekat makmal tu pengajaran dia....Sambung ke tajuk utama...........


Dianggarkan seramai 2.5 billion orang dari seluruh dunia bakal melihat majlis pengebumian Michael Jackson ataupun nama islamnya Mikaeel.Seluruh umat Islam dunia berasa lega apabila disahkan yang Allahyarham Michael Jackson ( macam pelik jerrr ) akan dikebumikan secara Islam.

Beliau yang juga raja pop dunia ini telah mengecewakan peminatnya apabila beliau sudah tiada dan tidak sempat meneruskan konsertnya di London.Michael yang terkenal dengan lagu Beat It, Thriller,Billie Jean dan tidak lupa juga lagu Black or White.

Trend moonwalk yang ditampilkannya juga mendapat sambutan selain tarian robot.Jackson juga tidak lupa tentang kebajikan masyarakat dengan memberi sokongan kewangan kepada lebih 39 pusat kebajikan.

Michael Jackson adalah satu-satunya penghibur yang berjaya menyatupadukan warga kulit hitam dan juga kulit putih sesuai dengan satu lagu nyanyi Michael iaitu Black or White.Michael Jackson telah mengalami kerugian berjuta ringgit apabila timbul skandal.Walaubagaimanapun, pertuduhan terbabit dibatalkan.

Michael Jackson juga tidak lupa datang ke Malaysia untuk membuat konsert pada tahun 1996 masa itu aku pun belum ada lagi.Konsertnya dihadiri beribu orang untuk menyaksikan kemunculan raja pop itu.

Michael Jackson akan dikebumikan di Los Angeles atas arahan abangnya yang juga beragama Islam.Penghormatan terakhir akan ditayangkan di seluruh dunia termasuk di negara alien ( hehehe ).

Gajah mati meninggalkan gading, Michael mati dibuat bussines nak dapat wang

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen