Saturday, June 27, 2009

We Are The World

Semalam, aku pergi ke Uptown di Damansara nak makan Chicken Chop.Masa sampai disana aku cari tempat duduk tapi tak ada.Berkat kesabaran aku dengan adik aku dan ayah aku akhirnya dapatlah juga tempat duduk.

Aku pun duduk dengan ayah aku sambil minta 'order' dekat peniaga disitu.Selepas itu adalah satu pengemis perempuan yang berbangsa cina.Dia bawa satu bekas lepas itu dia ketuk-ketuk.Aku memang paling tak suka jenis pengemis suka kacau masa makan.Ayah aku buat tak tahu ja.

Pengemis ini tak nak belah jadi terpaksa bagi la.Selepas dia lalu sebelah aku dia minta dekat meja sebelah aku pula.Lepas itu orang yang duduk sebelah meja aku tu buat tak tahu.Dia pun teruskan dengan mengetuk meja.Dia ketuk dengan mencarut apa ntah dalam bahasa cina.

Dia tak nak belah juga.Akhirnya ada seorang lelaki cina berbadan tegap menjerit "Oiii" lepas itu pengemis itu belah ke meja yang lain.Aku memang gelak kawwwww punya sebab dia tu jerit sampai pengemis tu lari.

Lepas itu ada lagi, aku malas nak cerita.Tapi kalau 1 meja bagi Rm1 kalau 100 meja dah Rm100.Kalau dia kerja tu tiap2 malam.Tolak cuti Sabtu Ahad dia dapat lebih kurang RM2000.Kaya nyer pengemis kita.Ini semua oleh kerana murah hati akan rakyat Malaysia.

Ini ada satu cerita, Cousin aku pergi makan dengan kawan-kawan dia.Lepas itu ada satu pengemis Melayu lelaki datang minta duit.Cousin aku bagi Rm2 dekat pengemis itu, lepas itu pengemis tu boleh cakap " Bangg...Dua ringget tak cukup..paleng skit lima ringget bangg " terus cousin aku tarik duit dari pengemis tu lepas tuu buat tak tahu jer dengan pengemis tu. Bak kata pepatah diberi paha nak betis ( betul ker nie )

Ada lagi satu, Ini tentang pengemis kanak-kanak.Kawan abang aku tengah makan dengan abang aku.Lepas itu ada pengemis kanak-kanak ni datang.Minta duit la tapi kawan abang aku ni buat tak nak kasi.Jadi dia sembanglah dengan pengemis itu.Dekat 3 minit sembang tapi haram tak kasi pun.Lepas itu, budak tu beralih ke belakang cakap " ccehh...kedekutt ".

Dah sampai rumah, aku nak tidur la sebab hari ini ada sekolah.Aku dengar radio guna telefon aku kejap.Ada lagu Michael Jackson ataupun Mikael.Aku dengar lagu We are the World.Aku teringat masa awal tahun ini ada Puan Aiza suruh buat persembahan tentang kejahatan Yahudi.Aku terdengar 'We are the World we are the children'.Aku teringat gila tentang Puan Aiza yang suruh buat tapi kita buat tak taw jer sampai Puan Aiza merajuk...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen