Tuesday, June 16, 2009

Takut Lagi...Amerika

Pada malam Isnin selepas aku balik tuisyen, Bapaku telah menerima mesej daripada reporternya tentang rusuhan yang berlaku di Wisma UN ( United Nation = Pertubuhan Bangsa2 Bersatu PBB ). Di dalam mesej itu tertulis seramai 500 warga Iran telah membuat tunjuk perasaan membantah kemenangan Mahmoud Ahmadinejad pada pilihan raya umum presiden Iran.

Mengapakah tunjuk perasaan berlaku di Wisma UN, Malaysia??? Apa kena mengena Malaysia dan Iran.Mengapa buat di Wisma UN? Kenapa tidak buat di Kedutaan Iran?

Mirhossein Mousavi yang juga bekas perdana menteri Iran telah kalah pada pilihan raya umum presiden Iran, namun Mousavi tidak menerima kekalahannya lalu membuat tunjuk perasaan di Iran.Penyokong-penyokong Mousavi telah melakukan rusuhan kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya tersebut.

Amerika sekali lagi bermain peranan di dalam pemilihan siapakah bakal menjadi presiden Iran iaitu Ahmadinejad ataupun Mousavi.Mengapa Amerika takutkan Ahmadinejad? Jawapannya kerana Ahmadinejad ingin membangunkan kuasa nuklear jadi Amerika mengatur rancangan untuk menyingkirkan Mahmoud Ahmadinejad dari menjadi presiden Iran sementara Mousavi pula bakal menjadi boneka Amerika.

Malaysia negara yang diduki pelbagai bangsa dan agama kerana punca pendapatan yang bagus. " Dimana ada gula, disitu ada semut " itulah pepatah yang boleh diberikan kepada Malaysia.Tidak kurang juga tentang warga Iran yang membuat demonstrasi membantah keputusan kemenangan Ahmadinejad. Mengapakah mereka membuat rusuhan di Malaysia?

Amerika yang memimpin perusuh ini untuk merusuh dengan mencucuk ( menyuruh ) mereka supaya membuat rusuhan.Mereka ingin menampakkan yang seluruh dunia membantah keputusan tersebut.Mengapa mereka tidak membuat rusuhan di kedutaan Iran? Ini kerana jika kedutaan Iran melaporkan tentang rusuhan ini polis Malaysia secara terusan akan menangkap seberapa ramai perusuh.Jika di Wisma UN, UN susah sedikit mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.Polis Malaysia hanya menembak gas pemedih mata sahaja untuk menyuraikan perusuh.

Ketakutan Amerika terhadap program nuklear yang digembar-gemburkan oleh Iran dapat dilihat.Mereka takut orang 1.4 billion yang mewakili Islam ini akan bangun dan menentang Amerika dan sekutunya Israel.Israel juga tidak senang dengan kemenangan Ahmadinejad kerana beliau pemimpin yang tegas dan anti-amerika dan juga Yahudi.

Esok kita akan menceritakan tentang kekejaman Amerika.....Dengan gambar2nya sekali tau...

*** Kalau sempat post artikel

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen