Saturday, June 20, 2009

Spirit of the coin

Pada hari Khamis yang lepas, ketika itu mata pelajaran Pendidikan Islam.Semasa dalam berinteraksi bersama guru terkeluar kisah spirit of the coin.Ini membuatkan aku bertanya kepada Ustaz Ashrof bagaimana bermain spirit of the coin.Malangnya Ustaz tidak memberitahu tentang Spirit of the coin yang memanggil roh.Jadi disini aku ingin membongkar bagaimana bermain Spirit of the coin dan apa akibatnya.Dengarkanlah kisah seorang perempuan yang bermain Spirit of the coint tetapi semasa itu dipanggil Ouija Board. ( Baca sampai habis )


Tahun1994, saya masih menuntut di tingkatan lima di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh, Perak. Suatu hari waktu rehat setelah selesai menduduki percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), saya bersama empat orang sahabat melepak di belakang sekolah. Tujuan kami hanya satu iaitu bermain Ouija Board.

Saya tertarik untuk bermain apabila seorang sahabat bernama Ina, selalu bercerita. Kononnya apabila bermain Ouija Board dengan menitikkan darah pada sekeping duit syiling, seseorang itu mampu menyeru roh orang mati. Apabila roh itu datang, maka orang itu mampu berinteraksi dengannya. Segala yang ditanya, roh tadi akan menjawab dengan tepat.

Benarkah begitu? Saya bukanlah percaya sangat dengan perkara tersebut. Mana mungkin orang masih hidup mampu berinteraksi dengan roh. Tetapi kerana ingin mengetahui kesahihan, saya memulakan permainan. Sehelai kertas lukisan, kami lukis bulatan sebesar duit 50 sen di bahagian itu, ditulis huruf A hingga Z.

Sebelahkanan ditulis nombor kosong hingga empat, manakala setiap bulatan sebelah kiri ditulis nombor lima hingga sembilan.Sebelah home dibuat dua bulatan ditulis Yes dan No.

Kawan-kawan yang mulanya takut beria-ia hendak bermain, mula takut memikirkan perkara buruk selain takut hendak mencucuk jarum di jari. Jadi, terpaksalah saya melakukannya.Lagipun saya mahu buktikan permainan itu semua karut.

Menggunakan jarum pada pin tudung, saya mencucuk jari hantu. Setitis darah yang mengakur itu saya lerakkan pada sekeping duit 50 sen yang diletakkan pada bulatan Home. Kemudia saya mula bersuara.
"Spirit, spirit, spirit of the coin please come to the coin, communicate with me to know mystery," saya menyeru sebanyak tiga kali.

Selepas menyeru, saya terus bertanya siapa roh itu? Apa namanya? Tetapi roh yang kononnya akan berhubung dengan saya itu masih belum menjawab. Waktu itu saya hanya ketawa terbahak-bahak kerana terlalu lucu dengan perbuatan kami.

Kemudia, Ina seorang sahabat saya mula bertanya. Katanya, saya akan berkahwin dengan siapa, orang itu kerja apa, asal dari mana?


Selepas bertanya begitu tiba-tiba terasa tangan saya mula bergerak-gerak. Seolah-olah ada satu kuasa yang menggerakkannya.Duit syiling di bulatan Home mula bergerak ke bulatan Yes.

Kemudian jari telunjuk saya di atas duit syiling itu terus bergerak mengeja huruf di atas kertas tadi. Dari huruf A,Q,U,A,T,I dan seterusnya ke huruf C. Selepas itu, ia bergerak mengeja U,T,A,R,A.

Katanya lagi, saya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat tetapi akan bertemu dengan seorang lelaki bermula dengan huruf R.

Ketika itu, Semua kawan sayan ketawa geli hati kerana memikirkan saya sendiri yang menggerak-gerakkan tangan. Saya juga terfikir mungkin itu hanya khayalan atau perasaan saya sahaja.

Selepas itu, Saya terus mengangkat jari dari duit syiling, dan masuk ke dalam kelas. Di dalam kelas, baru saya teringat cerita seorang kawan. Kononya kalau hendak berhenti main, kita perlu minta izin. Sekiranya tidak berbuat demikian, kononnya roh tersebut akan terus berampingan dengan kita.

Tetapi cerita itu saya abaikan kerana menganggap ia mengarut.Saya memang tidak percaya langsung.

Sejak itu saya terus lupakan segala yang berlaku. Tentang permainan tersebut juga saya tidak pernah bermain lagi. Beberapa tahun kemudian saya diterima masuk ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma sebagai guru bahasa Inggeris.

Tahun 1999, saya masuk satu ruangan berkenalan dalam sebuah majalah berbahasa Inggeris. Dalam banyak-banyak surat yang diterima, saya terpikat dengan sekeping surat dari Kedah yang bahasanya berbunga-bunga, unik dan bersastera.

Manakan tidak, setiap kali saya baca surat tersebut, saya akan ulang sampai dua tiga kali. Ayat-ayatnya terlalu indah hingga membuatkan seolah-olah berkhayal dalam dunia lain.

Pengirim surat itu bernama Roslan dan berasal dari Kuala Nerang, Kedah, Roslan bekerja sebagai penternak ikan air tawar di kampungnya, Hinggalah timbul perasaan cinta dalam hati setiap kali membaca surat Roslan.

Akhirnya saya mengutuskan surat agar Roslan memberikan nombor telefon rumahnya supaya kami dapat berhubung. Saya juga menyertakan nombor telefon rumah saya di Ipoh. Waktu itu, saya betul-betul teringin untuk mendengar suara Roslan. Adakah kata-kata Roslan nanti berbunga-bunga seperti suratnya

Tidak lama selepas itu, saya terima surat dari Roslan dengan nombor telefonnya sekali. Tetapi Roslan memberi syarat, saya hanya boleh menghubunginya selepas pukul 12 malam.

Permintaan Roslan itu saya setuju kerana merasakan waktu itu merupakan masa sesuai sebab mak, ayah dan adik-adik sudah tidur. Jadi, senanglah saya hendak bergayut dengan Roslan.

Tiba cuti semester, saya terus pulang ke kampung dan malam itu, saya terus menghubunginya Roslan. Berkali-kali saya menelefon rumahnya, tetapi tidak berjawab. Waktu itu saya terfikir mungkin Roslan akan akan menghubungi saya kembali. Jadi, malam itu saya tunggu dengan sabar.

Kring....kring...
Telefon berdering dan saya terus angkat. Ternyata panggilan itu daripada Roslan.Girangnya hati saya hanya tuhan yang tahuu. Malam itu, kami bersembang sepuas-puasnya. Hampir setiap malam selama seminggu, kami berhubung hingga timbul perasaan cinta kepada Roslan walaupun tidak pernah menatap wajahnya.

Suatu malam saya bertanya kepada Roslan, bila saya boleh berjumpa dengannya. Roslan memberi jawapan, dia belum bersedia.

Hinggalah satu malam, sikap saya sering bergayut itu diketahui oleh ayah. Ketika itu, ayah bertanya siapa lelaki itu dan sekiranya saya serius , ayah menta Roslan masuk meminang selepas saya tamat pengajian. Malam itu juga ayah mahu bercakap dengan Roslan.

Segala kata ayah saya sampaikan kepada Roslan. Roslan bersetuju dan sedia berbual, tetapi dengan syarat ayah perlu menghubunginya esok malam.

Pukul 12.15 malam esoknya, ayah menghubungi telefon rumah Roslan. Berkali-kali dihubungi barulah panggilan itu dijawab. Tetapi selepas bercakap dan meletakkan semula gagang telefon, ayah memberitahu tiada seorang pun lelaki bernama Roslan du rumah tersebut. Malah yang menjawab panggilannya tadi adakah seorang wanita yang sudah berkahwin.

Menyedari saya seperti ditipu dan dipermainkan, saya cuba menghubungi Roslan keesokan malam, namun tidak berangkat. begitu juga malam-malam seterusnya hingga tujuh malam berturut-turut. Saya jadi begitu kecewa. Mengapa Roslan mempermainkan perasaan saya?

Pukul 1.00 pagi beberapa hari kemudian, telefon rumah saya tiba-tiba berdering. Saya cepat-cepat angkat dan ternyata panggilan itu daripada orang yang ditunggu-tunggu - Roslan. Tapi malam itu, Roslan tidak banyak bercakap seperti sebelumnya. Roslan lebih diam membisu. Sekali ditanya sepatah dijawab.

Agak lama berdiam diri, Roslan mula bersuara. Kata-kata Roslan malam itu membuatkan saya teringat hingga kini.

" Lain kali jangan seru saya dalam hidum awak, " kata Roslan berkali-kali.
Italic
Saya hairan kenapa Roslan berkata begitu? Kenapa Roslan cakap "Jangan seru saya dalam hidup awak," Saya tidak faham dengan perkataan 'seru'.Kenapa Roslan tidak cakap " Jangan libatkan saya dalam hidup awak" atau kata-kata lain.

Kenapa perlu guna perkataan 'seru'? Malam itu juga merupakan panggilan terakhir ke Roslan kepada saya.

Apabila pulang ke maktab, segala yang berlaku saya ceritakan kepada kawan-kawan. Mereka terus ketawakan saya.Ada yang kata, mungkin Roslan itu hantu, saya serunya ketika mengigau.Ada kata saya terlebih berangan.Ada kata saya menyerunya ketika membuat pemujaan.

Kata-kata pemujaan daripada seorang kawan itu membuatkan saya teringat permainan Ouija Board ( Spirit of the coin ) yang saya main, lima tahun dahulu. Dalam permainan itu, dikatakan saya akan berjumpa seorang lelaki yang namanya bermula huruf R. Kebetulan nama lelaki saya bercinta itu Roslan.

Lagi satu, katanya lelaki itu bekerja di bahagian 'akuatik'. Akuatik itu bermaksud ada kena-mengena dengan air, dan Roslan bekerja sebagai penternak ikan air tawar. Akhir sekali lelaki tersebut berasal dari utara. Roslan dari Kedah .Kebetulan? saya rasa tidak begitu!!!

Tengah hari itu, saya terus menelefon rumah Roslan.Malangnya diangkat oleh seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak perempuan.

Saya cuba bertanya, kenal tak lelaki bernama Roslan? Tetapi wanita itu memberitahu tiada sesiapa bernama Roslan. Suaminya nama lain, saudara-maranya juga tiada yang bernama Roslan.

Saya tanya lagi, mungkin sebelum ada jiran yang meminjam telefon rumahnya untukk menghubungi saya? Jawab wanita itu, tiada sesiapa yang pernah berbuat demikian. Malah rumahnya juga terletak jauh dari rumah jiran-jiran.Paling dekat adalah sebuah rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni.

Wanita itu memberitahu, sepuluh tahun dahulu, rumah tersebut didiami oleh seorang lelaki.Lelaki itu tidak siuman dan merupakan penagih dadah.Tetapi umur lelaki itu tidak panjang, dia ditemui mati di dalam rumah tersebut kerana membunuh diri. Sejak itu tiada sesiapa yang berani menyewa rumah tersebut kerana dikatakan ada gangguan.

Apabila saya tanya siapa nama lelaki itu, wanita tadi tidak pasti kerana tidak pernah berbual dengannya hingga lelaki berkenaan mati.

Sejak menghubungi wanita itu peristiwa pelik menghantui rumah saya.Setiap malam, telefon rumah akan berdering selepas pukul 12.00 tengah malam.Apabila diangkat, tiada sebarang bunyi yang didengar kecuali sunyi sepi. Kejadian itu berlaku sebulan lamanya hinggalah saya terpaksa memutuskan perkhidmatan talian rumah.

Sudah sepuluh tahun kejadian itu berlaku. Saya juga sudah berkahwin.Tetapi perkara itu masih menghantui fikiran saya.

Siapa sebenarnya Roslan? Adakah ia roh dari Ouija Board yang main dengan kawan-kawan 15 tahun dulu? Adakah dia datang menghantui saya sebab saya guna darah untuk menyerunya? Atau ini semua kebetulan saja? Siapa pula lelaki yang tak siuman dan mati bunuh diri itu? Adakah dia jelmaan Roslan? Atau hanya mainan perasaan saya sahaja? Fikir-fikirkanlah!!!!

Wanita yang menceritakan kisah ini bernama Linda.....

Don try this at home dekat sekolah boleh

7 comments:

  1. leyh bg detail cmne nk puja roh 2 tak?

    ReplyDelete
  2. wah best la crita nie, raya haji nie kawan aku nak blik..dia ajak kmi main sprit2, klau mcm nie la jadi nya aku cancel la nak main ek,

    ReplyDelete
  3. sye pun pernah try at skolah dluw... seram giler...

    ReplyDelete
  4. Bende cam nie kalau bet0l..nk try gakk la..^^

    ReplyDelete
  5. Takut x jadi nak main

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen