Wednesday, June 3, 2009

Pelis-Tenganu-Kelate-KL

Pada cuti yang lalu, aku dan keluargaku balik ke kampung halamanku di Perlis.Selepas kesana aku dan keluargaku ke Terengganu untuk mencari sampin kerana ada urusan rasmi.Sampai disana terus mencari hotel tapi malangnya kesemua hotel penuh dan tidak tahu kemana hendak pergi.Hampir seluruh Kuala Terengganu aku pusing untuk mencari hotel.

Sampai pukul 12.00 tengah malam aku agak lapar dan terus cari restoran yang jauhnya dari Kuala Terengganu lebih kurang 30 km.Sampai disana ada peristiwa pelik berlaku.Aku nampak sebuah kereta Unser berhenti dan 3 orang keluar dari kereta tersebut.Dua orang dihadapan dan seorang di belakang.

Seorang lelaki yang keluar dari kereta Unser itu berpakaian kemas manakala seorang lagi agak alim bagaikan Ustaz.Orang yang keluar dari belakang kereta itu kelihatan tidak terurus dengan rambutnya dan janggutnya yang agak kusut.

Aku perhati lagi mereka itu dan aku seakan-akan kenal seseorang yang lelaki yang berusia lebih kurang 65-an itu.Ketika mereka duduk diseberang sana aku masih memerhatikan tingkah laku mereka.Siapakah mereka itu? Kerana rakan mereka yang kelihatan tidak terurus itu adalah mirip seorang yang telah mati.

Setelah habis makan aku beritahu ayah aku tentang 3 orang lelaki itu.Namun tak ada respon daripada ayah aku dan dia hanya cakap "...dia klon diri dia 15 orang...Dia letak 1 orang tiap-tiap negara..termasuk diri dia.."

Dalam hati aku pun tak tahu nak percaya ke tak tapi sungguh teruja dengan seseorang.Mukanya seiras dengan orang yang telah mati.Siapakah lelaki itu yang berusia 60-an dan kelihatan tidak terurus.Adakah dia Perdana Menteri Iraq iaitu Saddam Hussein.Ayah aku pun cakap mukanya seiras.

Ayah aku kekaunter dan terus bayar sambil aku memerhatikan tingkah laku orang itu.Aku terus ke dalam kereta untuk ke Kuala Terengganu untuk mencari tempat penginapan.Sambil lalu itu aku dan keluargaku sempat singgah ke chalet yang berada di antara perjalanan ke Kuala Terengganu.

Aku terus kesana dan menghubungi satu hotel dan ada tetapi bilik exclusive.Rm780 semalam.Ayah aku cakap " Baek tidoq dalam keta ".Namun nasib aku baek kerana terjumpa 1 kertas dan ditulis sewa bilik.Semua tak der yang ada katil,lampu air-cond tu jer...Seorang kena bayar Rm12.Ok laa..Tapi nak mandi kena keluar bilik.

Selepas habis kerja di Terengganu aku teruskan perjalanan ke Kelantan.Disana agak sunyi sepi.Mak aku ada kawan dekat sana dan dia tolong uruskan tentang soal bilik.Dia membawa aku dan keluargaku ke sebuah bangunan dan membawaku naik keatas.

Dia cakap pilih la mana-mana bilik yang anda suka.Mula-mula mak aku pilih bilik yang kecil tetapi aku cakap bilik tu kecil sangat.Terus aku pun kebilik paling besar.Bilik itu boleh dikatakan paling besar dan memuatkan 10 katil King Size.Gilaaa laa...Kata mak kawan aku tu bilik ini sebenarnya nak kasi student yang belajar duduk.

1 blok tu aku dan keluarga aku je yang duduk agak menyeramkan.Blok dah la lebar dan panjang.Orang pun tak ada.Dekat bawah bangunan itu ada la orang jual burger.Sebelah bangunan itu ada pusat hiburan main snooker.

Lebih kurang jam 11.00 malam aku mandi la tapi air dekat dalam tandas itu kejap laju kejap perlahan.Membuatkan aku bengang.Walaubagaimanapun aku sabar sahaja.Selepas aku mandi ayah aku pula mandi, ketika itu ada orang ketuk pintu.Aku suruh adik aku buka.Dia pun bukak tapi tak ada orang.

Mak aku masa itu keluar jadi didalam bilik hanya ada 4 orang sambil aku main baling-baling bantal dengan adik lelaki aku.Aku keluar kejap dan pelik mana akak yang jaga bilik semua itu sedangkan pintu tak berkunci.

Lebih kurang jam 1.00 pagi aku pun tidur dengan keluarga aku dan terdengar bunyi bola snooker.Ini memelikkan lagi keadaan tentang "snooker dan akak yang jaga bilik" nie.Keesokan paginya mak aku cakap tempat ni berhantu.Nasib baik pagi-pagi aku pun terus belah la.

Ayah aku pun cakap la sebab itu akak yang jaga bilik ni lari dulu.Sebab dia tahu tapi dia tak bagi tahu.Takk perr di Kelantan niee senang nak cari hantu.Mak Cik aku pergi Kelantan dua kali semua tempat dia tidur berhantu.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen