Friday, June 19, 2009

Naruto atau Conan

1. Cerita Naruto telah lama bersiaran di Malaysia pada jam 7.30 malam malangnya sampai hari ini masih belum tamat kisahnya.Cerita ini mengisahkan tentang Uzumaki Naruto yang berangan-angan menjadi ketua ninja atau lebih dikenali sebagai Hokage.Naruto membawa watak budak nakal dan hiperaktif.

Naruto juga adalah antara ninja terkuat dikampungnya namun tidak mendapat pengiktirafan daripada penduduk kerana sikapnya yang agak nakal.Naruto selalu mengikuti sesuatu misi bersama rakan-rakanya seperti Sasuke dan Sakura.

Naruto adalah ninja yang tidak berputus asa dan mempelajari ilmunya daripada gurunya yang bernama Jiraiya.Haiwan seruannya ialah raja katak dan anaknya yang juga katak.Katak itu kadang-kadang memainkan peranan penting dalam hidup Naruto.Naruto juga selalu membuat teknik pembahagi bayang.

Terdapat ramai lagi watak dalam Naruto antaranya :
Sasuke
Sakura
Kakashi
Yamanaka Ino
Shikamaru
Choji
Rock Lee
Gaara
dll


2. Conan pula antara cerita yang aku minat.Detective Conan diterbitkan oleh Gosho Aoyama.Cerita ini mengisahkan tentang seorang rejama berusia yang berumur 17 tahun bertukar menjadi seorang budak kecil.

Peristiwa ini berlaku di Taman Tropika bersama Ran.Ketika itu dia sedang menaiki roller coaster bersama Ran dan berlaku satu kejadian pembunuhan.Ketika selesai kes pembunuhan itu Shinichi telah berjalan dan melihat beberapa orang membuat pertemuan dengan memakai baju yang berwarna hitam.

Kehadiran Shinichi telah diketahui oleh lelaki yang berbaju hitam itu lalu meletakkan sejenis ubat yang dinamakan Apotoxin-4869.Ubat itu telah memberi kesan kepada Shinichi sehingga di a menjadi kecil seperti budak sekolah rendah.

Shinichi menyembunyikan identitinya dengan nama Conan Edogawa.Shinichi telah mendapat nama daripada Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo dan mencantumkannya menjadi Conan Edogawa.Shinichi menyembunyikan identitinya atas nasihat Professor Agasa.

Professor Agasa mencadangkan Conan tinggal bersama Ran dengan mengatakan Conan itu anak saudaranya.Bapa Ran iaitu Kogoro Mauri adalah seorang detektif yang sering menyelesaikan kes dengan bantuan Conan yang menggunakan bius yang terletak di pergelangan tangannya.

Conan juga mendapat reben pengubah suara yang berada dileher itu daripada Professor Agasa.Sementara cermin matanya juga dilengkapi dengan sistem radar.

Detective Conan pernah ditayangkan di eropah namun namanya ditukar kerana 'Conan' itu sama dengan 'Conan the Barbarian'.Nama di eropah ditukar menjadi CASE CLOSE.

Banyak lagi cerita yang ingin disiarkan tetapi malas nak tulis.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen