Friday, June 26, 2009

King of Pop


Tiada lagi Raja Pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada jam 2.26 pagi di rumahnya yang terletak di Los Angeles.

Michael Joseph Jackson telah lahir pada 29 Ogos 1958 di Indiana, Amerika Syarikat.Dia memulakan kerjaya dengan bernyanyi menerusi kumpulannya iaitu Jackson 5.Michael Jackson pernah dipandang sebagai artis paling popular dalam sejarah.

Raja Pop ini selalu membuat penampilan yang pelik seperti tarian robot dan moonwalking.Ini telah mencipta revolusi baru kepada dunia hiburan.Michael Jackson yang berkulit hitam membuat pembedahan dan pelbagai cara lagi sehingga kulitnya menjadi putih.

Sebelum bergerak secara solo, Michael membuat penampilan dengan kumpulannya, Jackson 5.Selepas itu Jackson 5 berpecah dan Michael Jackson semakin terkenal.Michael Jackson telah merakam album yang berjudul Thriller.

Michael Jackson terus mengeluarkan Album hingga menjadi juara antarabangsa sehingga telah menjual sebanyak 750 juta album diseluruh dunia menjadikan dia penyanyi paling laris albumnya dan telah digelar 'Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman' oleh Guinness World Record.

Kurang daripada 24 jam yang lepas Michael Jackson telah meninggal dunia di Hospital UCLA yang jarak dari kediamannya hanya 6 minit.Para peminat memenuhi perkarangan hospital apabila mengetahui Michael Jackson berada didalam hospital dan ingin mengetahui informasi terkini dan mereka dikhabarkan oleh pihak hospital yang Michael Jackson sudahpun mati.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen