Tuesday, June 23, 2009

Dewa Bola bakal melawat!!!

1 ) Siapa tidak kenal Dewa bola Sekolah Kebangsaan Seafield.Ini kerana kekecohan mulut Fahim yang report dekat cikgu tentang Spirit of the coin.Aku bukan menghasut orang suruh main Spirit of the coin tapi hanya untuk pengajaran kepada orang yang ingin bermain Spirit of the coin.

Di dalam cerita itu telah terdapat pengajaran yang tersirat dan tersurat.Apa yang aku nak cakap jangan main benda-benda yang tak elok ini lain la kalau Elena yang tunjuk video...Walaubagaimanapun jangan salahkan aku...

Sebelum Ustaz cakap tentang Spirit of the coin dahulu.Dua hari sebelum itu aku sudah ceritakan benda ini kepada Fahim dan Irfan.Dua hari selepas itu, Ustaz tercakap tentang SOTC.Selepas itu, Irfan berjumpa aku dan dia cakap mungkin sama apa yang kau cakap dengan Ustaz cakap.

2 ) Penyakit H1N1 ataupun Selesema babi ataupun Influenza A telah merebak sehingga sekarang sebanyak 69 orang disahkan positif H1N1.Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka diarah tutup buat masa seminggu.

Bilangan pesakit Influenza A dikatakan bakal bertambah.Mengikut menteri Kesihatan, jika kes ini bertambah kemungkinan semua sekolah diseluruh negara bakal ditutup.Namun buat masa sekarang belum ditutup.

Penyakit seperti ini dapat menjejaskan imej negara dari sektor pelancongan.Semua orang yang mempunyai simptom hidung semakin membesar...Ehh bukan...Demam, batuk, sakit kerongkong,sengal tubuh,sakit kepala,seram sejuk,cirit birit dan muntah.Sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Jika anda disahkan positif, sekolah anda mungkin famous dan sekolah bakal ditutup.Anda juga dinasihatkan supaya tidak ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong asing dan tidak berkumpul beramai-ramai seperti menonton bola sepak kerana jika penyakit berjangkit.Kemungkinan separuh daripada penonton bola akan terkena dan ia akan menambah lagi penyakit ini.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen