Saturday, June 13, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Aku sudah balik daripada holiday aku tetapi aku lebih mengutamakan Malaysia.Jadi aku melancong ke dalam Malaysia saja.Pada hari Khamis aku balik ke Kedah kerana pada hari Sabtu ada kenduri kahwin saudara aku di Perlis.

Pada hari Jumaat aku ke Perlis kerana pada malam itu ada akad nikah saudara aku.Mak aku suruh sepupu aku hantar ke masjid menaiki kereta.Sampai disitu mereka sedang solat Isya' jadi mak aku tunggu dalam kereta.Mak aku call pengatin dan pengatin pun ada dalam kereta mereka.Mak aku terus keluar kereta dan sembang sekejap dengan pengantin.

Sementara menunggu solat habis, Mereka ke tempat futsal tidak jauh dari masjid itu.Disebabkan kereta pengantin agak sempit jadi pengantin naik kereta aku.Naik je kereta sepupu aku menoleh ke belakang dan dia cakap :

Cousin : Ooo...Niee laa pengantin, macam pernah jumpa?
Mak aku : Memang pernah jumpa'...Masa dekat Langakawi
Cousin : bila??
Mak aku : Dulu ada pernah sekali p langkawi.
Cousin : Haa...Ingat2...Yang dia ( pengantin ) niee tanya umoq berapa?
Pengantin : Ooo...Dia niee laa yang p Langkawi sekali arituu...
Cousin : Laa dah kawin dahh...Macam tak percayaa ja..
Pengantin : awat? ( kenapa )
Cousin : Dakk laa dulu berkenan.. ( satu kereta gelak )
Pengatin : Umoq brapa?
Cousin : 18 macam tuuhh..
Pengatin : Cehh..bohongg arghh...
Cousin : takk daa laar...24
Pengantin : Ooo...Sama laa...

Isyhh...Nakk kahwin pun sempat lagi nak tackle terok tuull laa...Selepas itu aku makan Char Kuey Teow dekat-dekat masjid tempat akad nikah tu la..

Keeseokan harinya, kenduri ada 2 bas dari Kelantan datang ke Perlis.Agak meriah la.Aku pergi lewat.Apa yang agak seronok pengantin perempuan ni kahwin dengan anak ketua pengarah JPJ Malaysia.Jadi kalau nak minta no paperr boleh laa cakap dkat dia.Tu pon kalau dia nak tolong.

Sampai pada malam Ahad itu, Aku sekali lagi keluar pergi makan Char Kuey Teow.Aku pergi dekat kesemua cousin2 aku 1 kampung.Habis makan je aku tengok ada lebih 6 orang budak datang.Cousin aku bisik dekat aku. " Wehh...Tuu Aweera OIAM " aku pun terus perhati.Kira budak niee agak handsome laa...

Sampai hari Rabu aku ke Kelantan dari Perlis hingga Kelantan.Sumpah memenatkan.Keluar jam 8 pagi sampai jam 6 petang.Mu nak mampuhh... Sakit habis.Tetapi kami sempat berkelah di Tasik Banding makan2.Malangnya air tak cukup jadi terus aku pergi cari air.Nasib baik dapat.

Ari Khamis pulak terus ke rumah pengatin lelaki jadi agak meriah la.Yang seronoknya masa nak pergi ke rumah pengantin lelaki JPJ ikut sampai ke rumah pengantin lelaki.Jadi kalau lampu merah pun jalan buat tak tau jerr...Sebab JPJ ada.

Sampai di rumah Ketua pengarah JPJ Malaysia tu mereka jemput masuk kedalam.Ketika disitu kami dijemput masuk.Selepas beberapa minit itu aku tengok ada moto polis jadi aku tahu nie mesti VVIP.Aku tengok kereta dia, Kereta dia naik tu Porsche Cayene Turbo bernombor SN1 . DJ pada majlis itu suruh semua tetamu bangun.

Rupa-rupanya Anak kepada Sultan Pahang datang iaitu Tuanku Azlan.Jadi aku terus mengambil kesempatan ambik gambar dia.Ramai lagi yang datang tapi malas aku nak tulis.

" Keberangkatan pulang baginda Tuanku Azlan " kata DJ pada majlis tersebut.Aku terus tunggu di tepi red carpet.Ada lebih kurang 10 orang yang beratur di red carpet itu.Tuanku Azlan itu terus bersalaman sambil bersembang bersama para-para tetamu.Aku berbaris dan antara dua terakhir.

Sampai sahaja giliran aku bersalaman 7 orang camera-man terus ambil gambar.Aku pelik kenapa giliran aku dia ambik.Ada 8 orang lagi dia tak ambik.Yang pelik kesemua 7 camera-man tu ambek gambar.

Lepas itu aku pun terus ke Terengganu, Aku tidur di hotel Grand Continental.Keesokan harinya aku terus meronda bersama ayahku di sekitar Kuala Terengganu.Pada jam 3 aku pergi berjumpa sepupu aku yang datang kerana ada sukan Universiti.Dia datang kerana menjadi kontijen Perlis.

Selepas berjumpa dengan sepupuku, aku terus ajak ayah aku ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Stadium runtuh ( ampun tuanku ). Stadium runtuh ini boleh dikatakan tarikan pelancong ke Terengganu.Kerana ada orang boleh berniaga disitu.Ramai juga melawat stadium runtuh itu.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen