Tuesday, June 30, 2009

Siang malam belajar...

Hari ini aku nak menceritakan tentang benda yang aku tak perasan sehingga 4 hari lepas aku perasan.Tiga hari lepas, aku naik kereta Station Wagon kawan ayah aku punya sebab dia nak jual.Jadi ayah aku tolong kirakan sebelum nak jual ayah aku pakai lagi.

Dia tertinggal tongkat dia didalam kereta jadi adik aku yang darjah lima main-main dengan tongkat tu.Ketika main dia pergi sua dekat aku jadi aku terus tarik tongkat tu dan..............Tongkat tuu tercabutt!!! Lepass tu aku tengok dekat tangan adik aku ada pisau.Ooo..Jadi sebab itulah dia pakai tongkat supaya dapat cucuk orang.Jadi jangan pandang rendah kepada orang bertongkat.Kalau nak merompak pun kena ingat ada benda disebalik tongkat itu.

Selepas kelas ganti pada hari Sabtu itu aku terus balik dan sempat post sedikit cerita.Selepas itu aku terus ke JB untuk jalan-jalan.Abang aku dengan mak aku pergi Singapore aku pula ada jalan-jalan dekat JB.Aku tak gie sebab pasport aku mampus.

Dekat sana aku tidur semalam, pastu pergi dekat Danga Bay Mall...Pergi lepak dekat situ sekejap sebab dekat situ ada tempat main paintball.Aku test tembak 10 kali..Dalam 10 tuu 5 kali kena kira Ok laa tuu...

Lepas main tu aku main pool.Aku memang suka main pool tapi confirm kalah.Walaubagaimana aku boleh main pool laa...Dan aku tau pegang kayu sebab ada orang ajar aku.Aku tak pernah menang main pool dengan ayah aku. :(

Tadi aku dengan Kosh pergi tolong Puan Siti Aidah untuk angkat buku dari pejabat ke Pusat Sumber.Lepas itu, aku angkat sampai pusat sumber aku ngan Kosh pun pergi lla keluar.Masa keluar tu aku cakap dekat Puan Siti Aidah " che'gu...Upahh che'gu " lepass tuu che'gu keluarkan Rm2 untuk bagi aku dengan Kosh.

Aku cakap la melawak jerr...Takkan nak ambik lepas tuu che'gu kasi jugak jadi terpaksa laa ambik sebab che'gu letak duit atas koridor.Che'gu cakap nie ikhlas aku sekali lagi menolak dengan Kosh.Tapi che'gu jalan terus ke Pusat Sumber.

Apa lagi kebas laa duit tuu...Sampai berebut dengan Kosh.Puan Siti Aidah pandang dan cakap " haaa...tadi tak nakk skrg smpai berebut "..Rezekinya jangan ditolak...Hehehe

Saturday, June 27, 2009

We Are The World

Semalam, aku pergi ke Uptown di Damansara nak makan Chicken Chop.Masa sampai disana aku cari tempat duduk tapi tak ada.Berkat kesabaran aku dengan adik aku dan ayah aku akhirnya dapatlah juga tempat duduk.

Aku pun duduk dengan ayah aku sambil minta 'order' dekat peniaga disitu.Selepas itu adalah satu pengemis perempuan yang berbangsa cina.Dia bawa satu bekas lepas itu dia ketuk-ketuk.Aku memang paling tak suka jenis pengemis suka kacau masa makan.Ayah aku buat tak tahu ja.

Pengemis ini tak nak belah jadi terpaksa bagi la.Selepas dia lalu sebelah aku dia minta dekat meja sebelah aku pula.Lepas itu orang yang duduk sebelah meja aku tu buat tak tahu.Dia pun teruskan dengan mengetuk meja.Dia ketuk dengan mencarut apa ntah dalam bahasa cina.

Dia tak nak belah juga.Akhirnya ada seorang lelaki cina berbadan tegap menjerit "Oiii" lepas itu pengemis itu belah ke meja yang lain.Aku memang gelak kawwwww punya sebab dia tu jerit sampai pengemis tu lari.

Lepas itu ada lagi, aku malas nak cerita.Tapi kalau 1 meja bagi Rm1 kalau 100 meja dah Rm100.Kalau dia kerja tu tiap2 malam.Tolak cuti Sabtu Ahad dia dapat lebih kurang RM2000.Kaya nyer pengemis kita.Ini semua oleh kerana murah hati akan rakyat Malaysia.

Ini ada satu cerita, Cousin aku pergi makan dengan kawan-kawan dia.Lepas itu ada satu pengemis Melayu lelaki datang minta duit.Cousin aku bagi Rm2 dekat pengemis itu, lepas itu pengemis tu boleh cakap " Bangg...Dua ringget tak cukup..paleng skit lima ringget bangg " terus cousin aku tarik duit dari pengemis tu lepas tuu buat tak tahu jer dengan pengemis tu. Bak kata pepatah diberi paha nak betis ( betul ker nie )

Ada lagi satu, Ini tentang pengemis kanak-kanak.Kawan abang aku tengah makan dengan abang aku.Lepas itu ada pengemis kanak-kanak ni datang.Minta duit la tapi kawan abang aku ni buat tak nak kasi.Jadi dia sembanglah dengan pengemis itu.Dekat 3 minit sembang tapi haram tak kasi pun.Lepas itu, budak tu beralih ke belakang cakap " ccehh...kedekutt ".

Dah sampai rumah, aku nak tidur la sebab hari ini ada sekolah.Aku dengar radio guna telefon aku kejap.Ada lagu Michael Jackson ataupun Mikael.Aku dengar lagu We are the World.Aku teringat masa awal tahun ini ada Puan Aiza suruh buat persembahan tentang kejahatan Yahudi.Aku terdengar 'We are the World we are the children'.Aku teringat gila tentang Puan Aiza yang suruh buat tapi kita buat tak taw jer sampai Puan Aiza merajuk...

Friday, June 26, 2009

King of Pop


Tiada lagi Raja Pop dunia, Michael Jackson telah meninggal dunia pada jam 2.26 pagi di rumahnya yang terletak di Los Angeles.

Michael Joseph Jackson telah lahir pada 29 Ogos 1958 di Indiana, Amerika Syarikat.Dia memulakan kerjaya dengan bernyanyi menerusi kumpulannya iaitu Jackson 5.Michael Jackson pernah dipandang sebagai artis paling popular dalam sejarah.

Raja Pop ini selalu membuat penampilan yang pelik seperti tarian robot dan moonwalking.Ini telah mencipta revolusi baru kepada dunia hiburan.Michael Jackson yang berkulit hitam membuat pembedahan dan pelbagai cara lagi sehingga kulitnya menjadi putih.

Sebelum bergerak secara solo, Michael membuat penampilan dengan kumpulannya, Jackson 5.Selepas itu Jackson 5 berpecah dan Michael Jackson semakin terkenal.Michael Jackson telah merakam album yang berjudul Thriller.

Michael Jackson terus mengeluarkan Album hingga menjadi juara antarabangsa sehingga telah menjual sebanyak 750 juta album diseluruh dunia menjadikan dia penyanyi paling laris albumnya dan telah digelar 'Penghibur Paling Berjaya Sepanjang Zaman' oleh Guinness World Record.

Kurang daripada 24 jam yang lepas Michael Jackson telah meninggal dunia di Hospital UCLA yang jarak dari kediamannya hanya 6 minit.Para peminat memenuhi perkarangan hospital apabila mengetahui Michael Jackson berada didalam hospital dan ingin mengetahui informasi terkini dan mereka dikhabarkan oleh pihak hospital yang Michael Jackson sudahpun mati.

Tuesday, June 23, 2009

Dewa Bola bakal melawat!!!

1 ) Siapa tidak kenal Dewa bola Sekolah Kebangsaan Seafield.Ini kerana kekecohan mulut Fahim yang report dekat cikgu tentang Spirit of the coin.Aku bukan menghasut orang suruh main Spirit of the coin tapi hanya untuk pengajaran kepada orang yang ingin bermain Spirit of the coin.

Di dalam cerita itu telah terdapat pengajaran yang tersirat dan tersurat.Apa yang aku nak cakap jangan main benda-benda yang tak elok ini lain la kalau Elena yang tunjuk video...Walaubagaimanapun jangan salahkan aku...

Sebelum Ustaz cakap tentang Spirit of the coin dahulu.Dua hari sebelum itu aku sudah ceritakan benda ini kepada Fahim dan Irfan.Dua hari selepas itu, Ustaz tercakap tentang SOTC.Selepas itu, Irfan berjumpa aku dan dia cakap mungkin sama apa yang kau cakap dengan Ustaz cakap.

2 ) Penyakit H1N1 ataupun Selesema babi ataupun Influenza A telah merebak sehingga sekarang sebanyak 69 orang disahkan positif H1N1.Sekolah Antarabangsa Sri Cempaka diarah tutup buat masa seminggu.

Bilangan pesakit Influenza A dikatakan bakal bertambah.Mengikut menteri Kesihatan, jika kes ini bertambah kemungkinan semua sekolah diseluruh negara bakal ditutup.Namun buat masa sekarang belum ditutup.

Penyakit seperti ini dapat menjejaskan imej negara dari sektor pelancongan.Semua orang yang mempunyai simptom hidung semakin membesar...Ehh bukan...Demam, batuk, sakit kerongkong,sengal tubuh,sakit kepala,seram sejuk,cirit birit dan muntah.Sila berjumpa dengan doktor dengan segera.

Jika anda disahkan positif, sekolah anda mungkin famous dan sekolah bakal ditutup.Anda juga dinasihatkan supaya tidak ke tempat yang menjadi tumpuan pelancong asing dan tidak berkumpul beramai-ramai seperti menonton bola sepak kerana jika penyakit berjangkit.Kemungkinan separuh daripada penonton bola akan terkena dan ia akan menambah lagi penyakit ini.

Monday, June 22, 2009

Lawakkkkk...

Ini adalah cara-cara cakap Jepun.Tidak ada kena mengena dengan Arifah ataupun sesiapa sahaja.

Seorang Pemarah : Keiji Cacimaki
Seorang yang suka berjimat : Sayori Sukamura / Hagemaru Hegeida
Seorang bisu : Kieta Tadasora
Seorang suka makan nasi : Nanachi kasibanya
Seorang yang tak tahu : Apo Nadikato
Seorang yang suka belajar : Ahshiko Ulangkaji
Seorang suka buat kacau : Wabikin Huruhara
Seorang kedekut : Matimampus Tamakasi
Seorang yang suka tidur : Ichimaru Tidomati
Seorang yang suka mengintai : Intaiyama sukaden
Seorang yang sudah tua : Taragigi Padanmuka
Seorang yang kena tinggal isteri : Susahati Binilari
Seorang yang suka merempit : Sajasuka carimati
Seorang yang lembap : lambat-lambat macambabi
Seorang yang suka bersumpah : Saifool Baukari

Sdahabis bacalagi



Nieeehh...Geng bas sekolah versi India...Yang depan tuu driver dia...Seksi wooo...Pkai sluar pendekkk...















Waaahh...Kempenn derma dadah pun ada...Ingatkann Darahh jerr...Waaa...Derma dadah kemungkinan anda mendapat pahala...











Hari-hari penuhh...Tapi penuh dengan apa?? meja??kerusi?? apa2 lagii...Penuh dengan dosa..kotttt

Saturday, June 20, 2009

Spirit of the coin

Pada hari Khamis yang lepas, ketika itu mata pelajaran Pendidikan Islam.Semasa dalam berinteraksi bersama guru terkeluar kisah spirit of the coin.Ini membuatkan aku bertanya kepada Ustaz Ashrof bagaimana bermain spirit of the coin.Malangnya Ustaz tidak memberitahu tentang Spirit of the coin yang memanggil roh.Jadi disini aku ingin membongkar bagaimana bermain Spirit of the coin dan apa akibatnya.Dengarkanlah kisah seorang perempuan yang bermain Spirit of the coint tetapi semasa itu dipanggil Ouija Board. ( Baca sampai habis )


Tahun1994, saya masih menuntut di tingkatan lima di Sekolah Menengah Raja Chulan, Ipoh, Perak. Suatu hari waktu rehat setelah selesai menduduki percubaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ), saya bersama empat orang sahabat melepak di belakang sekolah. Tujuan kami hanya satu iaitu bermain Ouija Board.

Saya tertarik untuk bermain apabila seorang sahabat bernama Ina, selalu bercerita. Kononnya apabila bermain Ouija Board dengan menitikkan darah pada sekeping duit syiling, seseorang itu mampu menyeru roh orang mati. Apabila roh itu datang, maka orang itu mampu berinteraksi dengannya. Segala yang ditanya, roh tadi akan menjawab dengan tepat.

Benarkah begitu? Saya bukanlah percaya sangat dengan perkara tersebut. Mana mungkin orang masih hidup mampu berinteraksi dengan roh. Tetapi kerana ingin mengetahui kesahihan, saya memulakan permainan. Sehelai kertas lukisan, kami lukis bulatan sebesar duit 50 sen di bahagian itu, ditulis huruf A hingga Z.

Sebelahkanan ditulis nombor kosong hingga empat, manakala setiap bulatan sebelah kiri ditulis nombor lima hingga sembilan.Sebelah home dibuat dua bulatan ditulis Yes dan No.

Kawan-kawan yang mulanya takut beria-ia hendak bermain, mula takut memikirkan perkara buruk selain takut hendak mencucuk jarum di jari. Jadi, terpaksalah saya melakukannya.Lagipun saya mahu buktikan permainan itu semua karut.

Menggunakan jarum pada pin tudung, saya mencucuk jari hantu. Setitis darah yang mengakur itu saya lerakkan pada sekeping duit 50 sen yang diletakkan pada bulatan Home. Kemudia saya mula bersuara.
"Spirit, spirit, spirit of the coin please come to the coin, communicate with me to know mystery," saya menyeru sebanyak tiga kali.

Selepas menyeru, saya terus bertanya siapa roh itu? Apa namanya? Tetapi roh yang kononnya akan berhubung dengan saya itu masih belum menjawab. Waktu itu saya hanya ketawa terbahak-bahak kerana terlalu lucu dengan perbuatan kami.

Kemudia, Ina seorang sahabat saya mula bertanya. Katanya, saya akan berkahwin dengan siapa, orang itu kerja apa, asal dari mana?


Selepas bertanya begitu tiba-tiba terasa tangan saya mula bergerak-gerak. Seolah-olah ada satu kuasa yang menggerakkannya.Duit syiling di bulatan Home mula bergerak ke bulatan Yes.

Kemudian jari telunjuk saya di atas duit syiling itu terus bergerak mengeja huruf di atas kertas tadi. Dari huruf A,Q,U,A,T,I dan seterusnya ke huruf C. Selepas itu, ia bergerak mengeja U,T,A,R,A.

Katanya lagi, saya tidak akan berkahwin dalam masa terdekat tetapi akan bertemu dengan seorang lelaki bermula dengan huruf R.

Ketika itu, Semua kawan sayan ketawa geli hati kerana memikirkan saya sendiri yang menggerak-gerakkan tangan. Saya juga terfikir mungkin itu hanya khayalan atau perasaan saya sahaja.

Selepas itu, Saya terus mengangkat jari dari duit syiling, dan masuk ke dalam kelas. Di dalam kelas, baru saya teringat cerita seorang kawan. Kononya kalau hendak berhenti main, kita perlu minta izin. Sekiranya tidak berbuat demikian, kononnya roh tersebut akan terus berampingan dengan kita.

Tetapi cerita itu saya abaikan kerana menganggap ia mengarut.Saya memang tidak percaya langsung.

Sejak itu saya terus lupakan segala yang berlaku. Tentang permainan tersebut juga saya tidak pernah bermain lagi. Beberapa tahun kemudian saya diterima masuk ke Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka untuk melanjutkan pelajaran di peringkat diploma sebagai guru bahasa Inggeris.

Tahun 1999, saya masuk satu ruangan berkenalan dalam sebuah majalah berbahasa Inggeris. Dalam banyak-banyak surat yang diterima, saya terpikat dengan sekeping surat dari Kedah yang bahasanya berbunga-bunga, unik dan bersastera.

Manakan tidak, setiap kali saya baca surat tersebut, saya akan ulang sampai dua tiga kali. Ayat-ayatnya terlalu indah hingga membuatkan seolah-olah berkhayal dalam dunia lain.

Pengirim surat itu bernama Roslan dan berasal dari Kuala Nerang, Kedah, Roslan bekerja sebagai penternak ikan air tawar di kampungnya, Hinggalah timbul perasaan cinta dalam hati setiap kali membaca surat Roslan.

Akhirnya saya mengutuskan surat agar Roslan memberikan nombor telefon rumahnya supaya kami dapat berhubung. Saya juga menyertakan nombor telefon rumah saya di Ipoh. Waktu itu, saya betul-betul teringin untuk mendengar suara Roslan. Adakah kata-kata Roslan nanti berbunga-bunga seperti suratnya

Tidak lama selepas itu, saya terima surat dari Roslan dengan nombor telefonnya sekali. Tetapi Roslan memberi syarat, saya hanya boleh menghubunginya selepas pukul 12 malam.

Permintaan Roslan itu saya setuju kerana merasakan waktu itu merupakan masa sesuai sebab mak, ayah dan adik-adik sudah tidur. Jadi, senanglah saya hendak bergayut dengan Roslan.

Tiba cuti semester, saya terus pulang ke kampung dan malam itu, saya terus menghubunginya Roslan. Berkali-kali saya menelefon rumahnya, tetapi tidak berjawab. Waktu itu saya terfikir mungkin Roslan akan akan menghubungi saya kembali. Jadi, malam itu saya tunggu dengan sabar.

Kring....kring...
Telefon berdering dan saya terus angkat. Ternyata panggilan itu daripada Roslan.Girangnya hati saya hanya tuhan yang tahuu. Malam itu, kami bersembang sepuas-puasnya. Hampir setiap malam selama seminggu, kami berhubung hingga timbul perasaan cinta kepada Roslan walaupun tidak pernah menatap wajahnya.

Suatu malam saya bertanya kepada Roslan, bila saya boleh berjumpa dengannya. Roslan memberi jawapan, dia belum bersedia.

Hinggalah satu malam, sikap saya sering bergayut itu diketahui oleh ayah. Ketika itu, ayah bertanya siapa lelaki itu dan sekiranya saya serius , ayah menta Roslan masuk meminang selepas saya tamat pengajian. Malam itu juga ayah mahu bercakap dengan Roslan.

Segala kata ayah saya sampaikan kepada Roslan. Roslan bersetuju dan sedia berbual, tetapi dengan syarat ayah perlu menghubunginya esok malam.

Pukul 12.15 malam esoknya, ayah menghubungi telefon rumah Roslan. Berkali-kali dihubungi barulah panggilan itu dijawab. Tetapi selepas bercakap dan meletakkan semula gagang telefon, ayah memberitahu tiada seorang pun lelaki bernama Roslan du rumah tersebut. Malah yang menjawab panggilannya tadi adakah seorang wanita yang sudah berkahwin.

Menyedari saya seperti ditipu dan dipermainkan, saya cuba menghubungi Roslan keesokan malam, namun tidak berangkat. begitu juga malam-malam seterusnya hingga tujuh malam berturut-turut. Saya jadi begitu kecewa. Mengapa Roslan mempermainkan perasaan saya?

Pukul 1.00 pagi beberapa hari kemudian, telefon rumah saya tiba-tiba berdering. Saya cepat-cepat angkat dan ternyata panggilan itu daripada orang yang ditunggu-tunggu - Roslan. Tapi malam itu, Roslan tidak banyak bercakap seperti sebelumnya. Roslan lebih diam membisu. Sekali ditanya sepatah dijawab.

Agak lama berdiam diri, Roslan mula bersuara. Kata-kata Roslan malam itu membuatkan saya teringat hingga kini.

" Lain kali jangan seru saya dalam hidum awak, " kata Roslan berkali-kali.
Italic
Saya hairan kenapa Roslan berkata begitu? Kenapa Roslan cakap "Jangan seru saya dalam hidup awak," Saya tidak faham dengan perkataan 'seru'.Kenapa Roslan tidak cakap " Jangan libatkan saya dalam hidup awak" atau kata-kata lain.

Kenapa perlu guna perkataan 'seru'? Malam itu juga merupakan panggilan terakhir ke Roslan kepada saya.

Apabila pulang ke maktab, segala yang berlaku saya ceritakan kepada kawan-kawan. Mereka terus ketawakan saya.Ada yang kata, mungkin Roslan itu hantu, saya serunya ketika mengigau.Ada kata saya terlebih berangan.Ada kata saya menyerunya ketika membuat pemujaan.

Kata-kata pemujaan daripada seorang kawan itu membuatkan saya teringat permainan Ouija Board ( Spirit of the coin ) yang saya main, lima tahun dahulu. Dalam permainan itu, dikatakan saya akan berjumpa seorang lelaki yang namanya bermula huruf R. Kebetulan nama lelaki saya bercinta itu Roslan.

Lagi satu, katanya lelaki itu bekerja di bahagian 'akuatik'. Akuatik itu bermaksud ada kena-mengena dengan air, dan Roslan bekerja sebagai penternak ikan air tawar. Akhir sekali lelaki tersebut berasal dari utara. Roslan dari Kedah .Kebetulan? saya rasa tidak begitu!!!

Tengah hari itu, saya terus menelefon rumah Roslan.Malangnya diangkat oleh seorang wanita yang sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak perempuan.

Saya cuba bertanya, kenal tak lelaki bernama Roslan? Tetapi wanita itu memberitahu tiada sesiapa bernama Roslan. Suaminya nama lain, saudara-maranya juga tiada yang bernama Roslan.

Saya tanya lagi, mungkin sebelum ada jiran yang meminjam telefon rumahnya untukk menghubungi saya? Jawab wanita itu, tiada sesiapa yang pernah berbuat demikian. Malah rumahnya juga terletak jauh dari rumah jiran-jiran.Paling dekat adalah sebuah rumah kosong yang sudah lama tidak dihuni.

Wanita itu memberitahu, sepuluh tahun dahulu, rumah tersebut didiami oleh seorang lelaki.Lelaki itu tidak siuman dan merupakan penagih dadah.Tetapi umur lelaki itu tidak panjang, dia ditemui mati di dalam rumah tersebut kerana membunuh diri. Sejak itu tiada sesiapa yang berani menyewa rumah tersebut kerana dikatakan ada gangguan.

Apabila saya tanya siapa nama lelaki itu, wanita tadi tidak pasti kerana tidak pernah berbual dengannya hingga lelaki berkenaan mati.

Sejak menghubungi wanita itu peristiwa pelik menghantui rumah saya.Setiap malam, telefon rumah akan berdering selepas pukul 12.00 tengah malam.Apabila diangkat, tiada sebarang bunyi yang didengar kecuali sunyi sepi. Kejadian itu berlaku sebulan lamanya hinggalah saya terpaksa memutuskan perkhidmatan talian rumah.

Sudah sepuluh tahun kejadian itu berlaku. Saya juga sudah berkahwin.Tetapi perkara itu masih menghantui fikiran saya.

Siapa sebenarnya Roslan? Adakah ia roh dari Ouija Board yang main dengan kawan-kawan 15 tahun dulu? Adakah dia datang menghantui saya sebab saya guna darah untuk menyerunya? Atau ini semua kebetulan saja? Siapa pula lelaki yang tak siuman dan mati bunuh diri itu? Adakah dia jelmaan Roslan? Atau hanya mainan perasaan saya sahaja? Fikir-fikirkanlah!!!!

Wanita yang menceritakan kisah ini bernama Linda.....

Don try this at home dekat sekolah boleh

Friday, June 19, 2009

Naruto atau Conan

1. Cerita Naruto telah lama bersiaran di Malaysia pada jam 7.30 malam malangnya sampai hari ini masih belum tamat kisahnya.Cerita ini mengisahkan tentang Uzumaki Naruto yang berangan-angan menjadi ketua ninja atau lebih dikenali sebagai Hokage.Naruto membawa watak budak nakal dan hiperaktif.

Naruto juga adalah antara ninja terkuat dikampungnya namun tidak mendapat pengiktirafan daripada penduduk kerana sikapnya yang agak nakal.Naruto selalu mengikuti sesuatu misi bersama rakan-rakanya seperti Sasuke dan Sakura.

Naruto adalah ninja yang tidak berputus asa dan mempelajari ilmunya daripada gurunya yang bernama Jiraiya.Haiwan seruannya ialah raja katak dan anaknya yang juga katak.Katak itu kadang-kadang memainkan peranan penting dalam hidup Naruto.Naruto juga selalu membuat teknik pembahagi bayang.

Terdapat ramai lagi watak dalam Naruto antaranya :
Sasuke
Sakura
Kakashi
Yamanaka Ino
Shikamaru
Choji
Rock Lee
Gaara
dll


2. Conan pula antara cerita yang aku minat.Detective Conan diterbitkan oleh Gosho Aoyama.Cerita ini mengisahkan tentang seorang rejama berusia yang berumur 17 tahun bertukar menjadi seorang budak kecil.

Peristiwa ini berlaku di Taman Tropika bersama Ran.Ketika itu dia sedang menaiki roller coaster bersama Ran dan berlaku satu kejadian pembunuhan.Ketika selesai kes pembunuhan itu Shinichi telah berjalan dan melihat beberapa orang membuat pertemuan dengan memakai baju yang berwarna hitam.

Kehadiran Shinichi telah diketahui oleh lelaki yang berbaju hitam itu lalu meletakkan sejenis ubat yang dinamakan Apotoxin-4869.Ubat itu telah memberi kesan kepada Shinichi sehingga di a menjadi kecil seperti budak sekolah rendah.

Shinichi menyembunyikan identitinya dengan nama Conan Edogawa.Shinichi telah mendapat nama daripada Arthur Conan Doyle dan Edogawa Ranpo dan mencantumkannya menjadi Conan Edogawa.Shinichi menyembunyikan identitinya atas nasihat Professor Agasa.

Professor Agasa mencadangkan Conan tinggal bersama Ran dengan mengatakan Conan itu anak saudaranya.Bapa Ran iaitu Kogoro Mauri adalah seorang detektif yang sering menyelesaikan kes dengan bantuan Conan yang menggunakan bius yang terletak di pergelangan tangannya.

Conan juga mendapat reben pengubah suara yang berada dileher itu daripada Professor Agasa.Sementara cermin matanya juga dilengkapi dengan sistem radar.

Detective Conan pernah ditayangkan di eropah namun namanya ditukar kerana 'Conan' itu sama dengan 'Conan the Barbarian'.Nama di eropah ditukar menjadi CASE CLOSE.

Banyak lagi cerita yang ingin disiarkan tetapi malas nak tulis.

Wednesday, June 17, 2009

Makan

hri nie malasss aku nakk crita pasaii kkjaman Amerika tapi nak crita pasai makan.Aku orang yang jenis x makan sayuq mak aku selalu complain suruh mkn sayuq tapi aku x maw.Smlam aku p dkat Taipan utk makan lorong seribu tahunn ehh silap seratuss tahunn...

Aku p situ pastu tengok papan tuuhh dia tulis free pork...Aku dah fham tapi buat2 x fham aku ckap dkat ayah aku " Abahh...depa ( mereka ) bagi pork free kaa " pastu ayah aku gelakk...Pastuu adik aku tanya 'pork' tuu per ayah aku cakap laa...Lagi satu, aku memang x sukaaa mkan tauge..Klau makan Char Koey Teow msti psan sruh tak boh tauge.

Tuuu tentang lorong seratus tahun ni tentang satu kdai mkn kat Shah Alam.Aku sebenaqnya nak p makan dkat restoran lain tapi tutup jadi p laa kedai makan niee...Ceritanya aku order air milo ais adek aku pulak order Air Laici.

Masa minum sambil makan tuuu adik aku cakap ada anak lipass aku pon tngk laa mmg btuii ada anak lipass...Ayah aku cakap buat lainn laa...Masa tengah minum milo ais tuu smpai dkat stengah aku tengah main-main straw tiba rasa mcam ada objek dalam gelass aku pon tngk laaa...Rupa2nya limau...Aku pkiaq macam mana bleh ada limau dlam milo aiss...Trukk toll laa...

Masa balik tuu abg aku cakap " kedai nie kita mai yang pertama dan terakhir ". Aku jugakk jnis x lehh makan seafood sebab nanti gataii...Aku pernah pergi makan dekat KL steamboat...( Ngatifff laa tuhh ingat aku tak taww kaa )

masa tu saudara aku belanja, jadi aku ambek macam2...Dah kenyang pon makan lagi..AKu rasa aku makan phak rstoran rugiee balik sbab aku makan trlalu bnyk..Dtang pukoi 8.00 malam balek pkui 10.30 malam.

Masa aku tidur tuuhh aku terbangun 7 kali untuk ke tandas kerana muntah-muntah.Dan itulah kali pertama aku p makan steamboat selepas tuu aku tak p dahh makan steamboat.





Tuesday, June 16, 2009

Takut Lagi...Amerika

Pada malam Isnin selepas aku balik tuisyen, Bapaku telah menerima mesej daripada reporternya tentang rusuhan yang berlaku di Wisma UN ( United Nation = Pertubuhan Bangsa2 Bersatu PBB ). Di dalam mesej itu tertulis seramai 500 warga Iran telah membuat tunjuk perasaan membantah kemenangan Mahmoud Ahmadinejad pada pilihan raya umum presiden Iran.

Mengapakah tunjuk perasaan berlaku di Wisma UN, Malaysia??? Apa kena mengena Malaysia dan Iran.Mengapa buat di Wisma UN? Kenapa tidak buat di Kedutaan Iran?

Mirhossein Mousavi yang juga bekas perdana menteri Iran telah kalah pada pilihan raya umum presiden Iran, namun Mousavi tidak menerima kekalahannya lalu membuat tunjuk perasaan di Iran.Penyokong-penyokong Mousavi telah melakukan rusuhan kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya tersebut.

Amerika sekali lagi bermain peranan di dalam pemilihan siapakah bakal menjadi presiden Iran iaitu Ahmadinejad ataupun Mousavi.Mengapa Amerika takutkan Ahmadinejad? Jawapannya kerana Ahmadinejad ingin membangunkan kuasa nuklear jadi Amerika mengatur rancangan untuk menyingkirkan Mahmoud Ahmadinejad dari menjadi presiden Iran sementara Mousavi pula bakal menjadi boneka Amerika.

Malaysia negara yang diduki pelbagai bangsa dan agama kerana punca pendapatan yang bagus. " Dimana ada gula, disitu ada semut " itulah pepatah yang boleh diberikan kepada Malaysia.Tidak kurang juga tentang warga Iran yang membuat demonstrasi membantah keputusan kemenangan Ahmadinejad. Mengapakah mereka membuat rusuhan di Malaysia?

Amerika yang memimpin perusuh ini untuk merusuh dengan mencucuk ( menyuruh ) mereka supaya membuat rusuhan.Mereka ingin menampakkan yang seluruh dunia membantah keputusan tersebut.Mengapa mereka tidak membuat rusuhan di kedutaan Iran? Ini kerana jika kedutaan Iran melaporkan tentang rusuhan ini polis Malaysia secara terusan akan menangkap seberapa ramai perusuh.Jika di Wisma UN, UN susah sedikit mengambil tindakan untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.Polis Malaysia hanya menembak gas pemedih mata sahaja untuk menyuraikan perusuh.

Ketakutan Amerika terhadap program nuklear yang digembar-gemburkan oleh Iran dapat dilihat.Mereka takut orang 1.4 billion yang mewakili Islam ini akan bangun dan menentang Amerika dan sekutunya Israel.Israel juga tidak senang dengan kemenangan Ahmadinejad kerana beliau pemimpin yang tegas dan anti-amerika dan juga Yahudi.

Esok kita akan menceritakan tentang kekejaman Amerika.....Dengan gambar2nya sekali tau...

*** Kalau sempat post artikel

Saturday, June 13, 2009

Cuti-Cuti Malaysia

Aku sudah balik daripada holiday aku tetapi aku lebih mengutamakan Malaysia.Jadi aku melancong ke dalam Malaysia saja.Pada hari Khamis aku balik ke Kedah kerana pada hari Sabtu ada kenduri kahwin saudara aku di Perlis.

Pada hari Jumaat aku ke Perlis kerana pada malam itu ada akad nikah saudara aku.Mak aku suruh sepupu aku hantar ke masjid menaiki kereta.Sampai disitu mereka sedang solat Isya' jadi mak aku tunggu dalam kereta.Mak aku call pengatin dan pengatin pun ada dalam kereta mereka.Mak aku terus keluar kereta dan sembang sekejap dengan pengantin.

Sementara menunggu solat habis, Mereka ke tempat futsal tidak jauh dari masjid itu.Disebabkan kereta pengantin agak sempit jadi pengantin naik kereta aku.Naik je kereta sepupu aku menoleh ke belakang dan dia cakap :

Cousin : Ooo...Niee laa pengantin, macam pernah jumpa?
Mak aku : Memang pernah jumpa'...Masa dekat Langakawi
Cousin : bila??
Mak aku : Dulu ada pernah sekali p langkawi.
Cousin : Haa...Ingat2...Yang dia ( pengantin ) niee tanya umoq berapa?
Pengantin : Ooo...Dia niee laa yang p Langkawi sekali arituu...
Cousin : Laa dah kawin dahh...Macam tak percayaa ja..
Pengantin : awat? ( kenapa )
Cousin : Dakk laa dulu berkenan.. ( satu kereta gelak )
Pengatin : Umoq brapa?
Cousin : 18 macam tuuhh..
Pengatin : Cehh..bohongg arghh...
Cousin : takk daa laar...24
Pengantin : Ooo...Sama laa...

Isyhh...Nakk kahwin pun sempat lagi nak tackle terok tuull laa...Selepas itu aku makan Char Kuey Teow dekat-dekat masjid tempat akad nikah tu la..

Keeseokan harinya, kenduri ada 2 bas dari Kelantan datang ke Perlis.Agak meriah la.Aku pergi lewat.Apa yang agak seronok pengantin perempuan ni kahwin dengan anak ketua pengarah JPJ Malaysia.Jadi kalau nak minta no paperr boleh laa cakap dkat dia.Tu pon kalau dia nak tolong.

Sampai pada malam Ahad itu, Aku sekali lagi keluar pergi makan Char Kuey Teow.Aku pergi dekat kesemua cousin2 aku 1 kampung.Habis makan je aku tengok ada lebih 6 orang budak datang.Cousin aku bisik dekat aku. " Wehh...Tuu Aweera OIAM " aku pun terus perhati.Kira budak niee agak handsome laa...

Sampai hari Rabu aku ke Kelantan dari Perlis hingga Kelantan.Sumpah memenatkan.Keluar jam 8 pagi sampai jam 6 petang.Mu nak mampuhh... Sakit habis.Tetapi kami sempat berkelah di Tasik Banding makan2.Malangnya air tak cukup jadi terus aku pergi cari air.Nasib baik dapat.

Ari Khamis pulak terus ke rumah pengatin lelaki jadi agak meriah la.Yang seronoknya masa nak pergi ke rumah pengantin lelaki JPJ ikut sampai ke rumah pengantin lelaki.Jadi kalau lampu merah pun jalan buat tak tau jerr...Sebab JPJ ada.

Sampai di rumah Ketua pengarah JPJ Malaysia tu mereka jemput masuk kedalam.Ketika disitu kami dijemput masuk.Selepas beberapa minit itu aku tengok ada moto polis jadi aku tahu nie mesti VVIP.Aku tengok kereta dia, Kereta dia naik tu Porsche Cayene Turbo bernombor SN1 . DJ pada majlis itu suruh semua tetamu bangun.

Rupa-rupanya Anak kepada Sultan Pahang datang iaitu Tuanku Azlan.Jadi aku terus mengambil kesempatan ambik gambar dia.Ramai lagi yang datang tapi malas aku nak tulis.

" Keberangkatan pulang baginda Tuanku Azlan " kata DJ pada majlis tersebut.Aku terus tunggu di tepi red carpet.Ada lebih kurang 10 orang yang beratur di red carpet itu.Tuanku Azlan itu terus bersalaman sambil bersembang bersama para-para tetamu.Aku berbaris dan antara dua terakhir.

Sampai sahaja giliran aku bersalaman 7 orang camera-man terus ambil gambar.Aku pelik kenapa giliran aku dia ambik.Ada 8 orang lagi dia tak ambik.Yang pelik kesemua 7 camera-man tu ambek gambar.

Lepas itu aku pun terus ke Terengganu, Aku tidur di hotel Grand Continental.Keesokan harinya aku terus meronda bersama ayahku di sekitar Kuala Terengganu.Pada jam 3 aku pergi berjumpa sepupu aku yang datang kerana ada sukan Universiti.Dia datang kerana menjadi kontijen Perlis.

Selepas berjumpa dengan sepupuku, aku terus ajak ayah aku ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Stadium runtuh ( ampun tuanku ). Stadium runtuh ini boleh dikatakan tarikan pelancong ke Terengganu.Kerana ada orang boleh berniaga disitu.Ramai juga melawat stadium runtuh itu.

Wednesday, June 3, 2009

Pelis-Tenganu-Kelate-KL

Pada cuti yang lalu, aku dan keluargaku balik ke kampung halamanku di Perlis.Selepas kesana aku dan keluargaku ke Terengganu untuk mencari sampin kerana ada urusan rasmi.Sampai disana terus mencari hotel tapi malangnya kesemua hotel penuh dan tidak tahu kemana hendak pergi.Hampir seluruh Kuala Terengganu aku pusing untuk mencari hotel.

Sampai pukul 12.00 tengah malam aku agak lapar dan terus cari restoran yang jauhnya dari Kuala Terengganu lebih kurang 30 km.Sampai disana ada peristiwa pelik berlaku.Aku nampak sebuah kereta Unser berhenti dan 3 orang keluar dari kereta tersebut.Dua orang dihadapan dan seorang di belakang.

Seorang lelaki yang keluar dari kereta Unser itu berpakaian kemas manakala seorang lagi agak alim bagaikan Ustaz.Orang yang keluar dari belakang kereta itu kelihatan tidak terurus dengan rambutnya dan janggutnya yang agak kusut.

Aku perhati lagi mereka itu dan aku seakan-akan kenal seseorang yang lelaki yang berusia lebih kurang 65-an itu.Ketika mereka duduk diseberang sana aku masih memerhatikan tingkah laku mereka.Siapakah mereka itu? Kerana rakan mereka yang kelihatan tidak terurus itu adalah mirip seorang yang telah mati.

Setelah habis makan aku beritahu ayah aku tentang 3 orang lelaki itu.Namun tak ada respon daripada ayah aku dan dia hanya cakap "...dia klon diri dia 15 orang...Dia letak 1 orang tiap-tiap negara..termasuk diri dia.."

Dalam hati aku pun tak tahu nak percaya ke tak tapi sungguh teruja dengan seseorang.Mukanya seiras dengan orang yang telah mati.Siapakah lelaki itu yang berusia 60-an dan kelihatan tidak terurus.Adakah dia Perdana Menteri Iraq iaitu Saddam Hussein.Ayah aku pun cakap mukanya seiras.

Ayah aku kekaunter dan terus bayar sambil aku memerhatikan tingkah laku orang itu.Aku terus ke dalam kereta untuk ke Kuala Terengganu untuk mencari tempat penginapan.Sambil lalu itu aku dan keluargaku sempat singgah ke chalet yang berada di antara perjalanan ke Kuala Terengganu.

Aku terus kesana dan menghubungi satu hotel dan ada tetapi bilik exclusive.Rm780 semalam.Ayah aku cakap " Baek tidoq dalam keta ".Namun nasib aku baek kerana terjumpa 1 kertas dan ditulis sewa bilik.Semua tak der yang ada katil,lampu air-cond tu jer...Seorang kena bayar Rm12.Ok laa..Tapi nak mandi kena keluar bilik.

Selepas habis kerja di Terengganu aku teruskan perjalanan ke Kelantan.Disana agak sunyi sepi.Mak aku ada kawan dekat sana dan dia tolong uruskan tentang soal bilik.Dia membawa aku dan keluargaku ke sebuah bangunan dan membawaku naik keatas.

Dia cakap pilih la mana-mana bilik yang anda suka.Mula-mula mak aku pilih bilik yang kecil tetapi aku cakap bilik tu kecil sangat.Terus aku pun kebilik paling besar.Bilik itu boleh dikatakan paling besar dan memuatkan 10 katil King Size.Gilaaa laa...Kata mak kawan aku tu bilik ini sebenarnya nak kasi student yang belajar duduk.

1 blok tu aku dan keluarga aku je yang duduk agak menyeramkan.Blok dah la lebar dan panjang.Orang pun tak ada.Dekat bawah bangunan itu ada la orang jual burger.Sebelah bangunan itu ada pusat hiburan main snooker.

Lebih kurang jam 11.00 malam aku mandi la tapi air dekat dalam tandas itu kejap laju kejap perlahan.Membuatkan aku bengang.Walaubagaimanapun aku sabar sahaja.Selepas aku mandi ayah aku pula mandi, ketika itu ada orang ketuk pintu.Aku suruh adik aku buka.Dia pun bukak tapi tak ada orang.

Mak aku masa itu keluar jadi didalam bilik hanya ada 4 orang sambil aku main baling-baling bantal dengan adik lelaki aku.Aku keluar kejap dan pelik mana akak yang jaga bilik semua itu sedangkan pintu tak berkunci.

Lebih kurang jam 1.00 pagi aku pun tidur dengan keluarga aku dan terdengar bunyi bola snooker.Ini memelikkan lagi keadaan tentang "snooker dan akak yang jaga bilik" nie.Keesokan paginya mak aku cakap tempat ni berhantu.Nasib baik pagi-pagi aku pun terus belah la.

Ayah aku pun cakap la sebab itu akak yang jaga bilik ni lari dulu.Sebab dia tahu tapi dia tak bagi tahu.Takk perr di Kelantan niee senang nak cari hantu.Mak Cik aku pergi Kelantan dua kali semua tempat dia tidur berhantu.

Tuesday, June 2, 2009

Tanng Qe

Dalam bahasa Jerman Tanng Qe tuu Terima Kasih.Aku terbaca tentang Elena punya artikel tentang surat wasiat.Aku punya cerita versi lain tapi hampir-hampir nak kantoi.

Hari Sabtu mak aku baru balik daripada makan tapi aku tak ikut aku cuma duduk rumah.Selepas mak aku balik mak aku panggil aku dan mak aku ketawa cakap aku hantar surat dekat diri sendiri.Aku pun cakap la dah tak ada orang nak hantar surat dekat aku, Aku hantar rr dekat diri sendiri mak aku gelakk...

Abang aku sampuk pula dia cakap dia dah buat selalu tapi e-mail laa...Ayah aku pun cakap "e-mail orang dahh selalu buat dahh niee antarr suratt sndiri.." Diorang pun gelakkk laa...Mak aku nak baca tapi aku cakap niee persendirian.Mak aku tak nampak yang aku tulis untuk mak aku sebab dekat bawah lagipun tulis kecil.

Mak Cik aku cakap laenkali sapa2 punya birthday nnti dia kirim surat dekat sini.Diorang gelakk jaa...Aku dapat suratt truss aku smbunyii laa....Aku bukak YM aku tngk RuCD on9 jadi aku report rr dekat dia pasall tuuhh...Dia truss ambekk...Nampakknyaa ramai yang terselaamatt...

Takk kurangg yang kantoi seperti Fakhru Arief.Dia kantoii dengan makk dia...Dah kantoii takk perr rr...Mak dia lekatkan kertas tuu tinggi2.hahahaha....Aku gelakk jerr...Dia cakap nak solat 5 waktu shari smalam tapi haram tak pernahh pown...Hahaha

Tang Qee kepada mak aku kerana kasii surat tuu dekat aku...