Thursday, May 7, 2009

Wakenabeb

Kelmarin semasa waktu Kokurikulum ada unit berunifom.Hadi jadi captain dalam KRS tu dia pun bagi arahan la.Lepas tu cikgu tegur Hadi sebab cakap Senam diri.Sepatutnya senang diri.Lepas tu Hafizi menyampuk.Dia cakap " Apa la bagi arahan salah...Kasi aku jer la bagi arahan" Hadi balas " OK kau duduk depan aku duduk belakang kau kasi arahan" Aku pun tengok la.Lepas tu aku tengok Hafizi main-main aku baling kasut aku dekat dia.Diorang semua gelak...

Selepas main tu main Belalang dan belatok...caranya kalau cikgu sebut belatok..Belatok kena lari Belalang kena kejar begitulah sebaliknya.Main-main Faiq jatuh ditolak seorang budak.Dia nangis terus.Cikgu tolonglah dia.

Habis main aku kena tolong cikgu angkat cone.Aku pun angkat la dengan Syakir.Sampai dekat bilik store aku jumpa Encik Ahmad.Lepas tu mula la aku dengan hobi aku mengepow cikgu.Cikgu cakap dia tak ada duit tapi ada la 50 sen dia jumpa.Aku pun cakap tu duit saya.Encik Ahmad pun tanya dekat mana?Aku cakap : Tadi saya keliling padang...Lepas tu saya pergi naik blok A buat kawalan sampai blok D.Masuk toilet semua...Pergi kantin beli minuman...macam-macam lagi aku cakap...

Lepas tuu Encik Ahmad gelak gila-gila...Dia cakap " Masalahnya duit 50 sen tu saya jumpa dekat Perak "...Syakir pun gelak dekat aku...Moralnya jangan menipu...

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen