Saturday, May 30, 2009

Selamatkah dia?

Seorang lelaki yang dilahirkan pada tanggal 21 Januari 1961 yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping iaitu salah seorang anggota Jemaah Islamiah.Namanya Mas Selamat Bin Kastari yang dilahirkan di Indonesia.Mas Selamat dilahirkan di Indonesia namun menetap di Singapura dan berkahwin di sana.

Pada tahun 90-an, Mas Selamat menyertai kumpulan Darul Islam yang juga antara salah satu kumpulan daripada Jemaah Islamiah.Pada 1992 Mas Selamat dihantar ke Afghanistan untuk menyertai latihan disana.Manakala pada tahun 1998 dia ke Afghanistan sekali lagi untuk mempelajari cara pemerintahan kerajaan Taliban.

Mas Selamat dikatakan pernah berjumpa dengan seorang pemimping tertinggi Jemaah Islamiah di Asia Tenggara iaitu Hambali.Mereka membincangkan tentang rancangannya untuk merampas kapal terbang dan menghempaskan kapal terbang itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Ketika Mas Selamat berada didalam penjara, kakinya tempang sebelah kerana tindakannya yang ingin melarikan diri dengan terjun daripada bangunan tinggi pada 2001.Namun pada 2005 Mas Selamat dibebaskan oleh polis Indonesia.Pada 20 Januari, sekali lagi Mas Selamat ditangkap oleh polis Indonesia ketika melawat anaknya di Pulau Bintan.Singapura kemudiannya meminta supaya Mas Selamat dibawa pulang ke Singapura.

Pada tanggal 27 Februari 2008, Jam 4.05 petang Mas melarikan diri melalui tandas yang tidak mempunyai jeriji ketika ingin menemui ahli keluarganya.Ini telah mengejutkan kerajaan Singapura apabila Mas Selamat berjaya melarikan diri daripada Pusat Tahanan Jalan Whitley.

Mas Selamat lari dengan kakinya kudung sebelah sementara Mas perlu memanjat tembok setinggi 7 meter.Selain tembok, pagar berduri juga dipasang di penjara tersebut.Penjara tersebut juga mempunyai unit kamera litar tertupup ( CCTV ) malangnya tidak berguna kerana Mas Selamat berjaya melarikan diri di Pusat Tahanan yang terkenal dengan cara pengawalannya yang begitu ketat.

Polis Singapura telah berusaha mengesan Mas Selamat di dalam Singapura dengan melekatkan poster di Singapura dan menghantar khidmat pesanan Multimedia ( MMS ) keseluruh rakyat Singapura.Seseorang lelaki warga Singapura diberi ganjaran Rm 2.39 juta kerana membantu meberikan polis Singapura maklumat.

Mas Selamat dikatakan telah menyeberang laut ke Malaysia dengan jarak kurang daripada 1 kilometer dengan menggunakan pelampung.Kemudian dia ke rumah saudaranya di perkampungan Skudai, Johor. Mas Selamat membatalkan hasratnya untuk ke Filipina dan Indonesia kerana menyangka Johor adalah tempat paling sesuai.

Pada 8 Mei 2009, Anggota Unit Tindakan Khas atau UTK telah kerumah saudaranya dan menangkap beliau.Ini kerana hasil kerjasama diantara polis Malaysia, Singapura dan juga Indonesia yang membantu menyelesaikan kes ini.

Datuk Seri Hishammudin yang juga Menteri Dalam Negeri telah menahan Mas Selamat Bin Kastari di Pusat Tahanan Kamunting di Perak.Pihak Singapura meminta supaya Mas Selamat dipulangkan ke Singapura tetapi tidak diendahkan Malaysia.Salah satu sebabnya jika Mas Selamat pulang ke Singapura kemungkinan besar beliau akan dibelasah oleh polis Singapura.Selain itu, Malaysia ingin mengetahui rasa Singapura dengan menyoal siasat beliau.

Kehilangan Mas Selamat ini juga dikenali sebagai Toilet Break hasil daripada filem US yg terkenal Prison Break...Ari Isnin jam 10.30 - 11.30 mlam 708

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen