Friday, May 29, 2009

Ragut

Sebenarnya hari ini plan aku nak tulis pasal Mas Selamat yang tak selamat kerana ditangkap oleh polis.Tapi hari ini aku nak menceritakan kecelakaan peragut yang tahu meragut tanpa memikirkan orang lain.Mehh aku buat karangan....

Pada suatu hari yang cerah, Aku bersama rakanku turun kebawah untuk pergi ke kantin.Hari yang ini agak gembira apabila kawanku yang bernama Faris berpesta belanja rakan-rakannya makan.Aku bersama rakan-rakanku tadi ke tempat duduk biasa iaitu bersebelahan dengan kolam dan dekat dengan kantin.

Ketika sedang makan nasi berlaukan ayam, Aku bersembang-sembang bersama rakanku.Aku duduk menghadap ke blok A. Tiba-tiba Faris cakap ada orang gaduh diluar sana.Aku berjalan kesana diikuti oleh Ustaz Amer.Rupa-rupanya seorang wanita diragut oleh peragut.

Wanita itu adalah ibu kepada seorang murid yang bersekolah disitu.Apa yang dicuri adalah beg tangan dan rantai.Dipercayai seorang lelaki bertopi kaledar turun dari motosikal dan terus meragut lalu naik kembali ke motosikalnya dan terus dipecut ke lorong.

Malangnya peragut itu tidak sempat mengambil telefon.Aku bersembang dengan calon ketua pengawas dan dia berkata " Weii...Dia tak ingat kerr no plat moto tuuhh " Aku pun cakap la " Org tngh panik maner boleh buat apa2 ". Tapi kalau dia ingat pun no plat tu mungkin motosikal yang dinaiki peragut terbabit adalah motosikal curi.

Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah berhati-hati walau dimana jua.Selain itu, kita hendaklah prihatin dengan keadaan disekeliling kita.Disamping itu, Kita perlulah baik hati dengan semua orang.Seterusnya kita sewajarnyalah menolong orang yg memerlukan bantuan.Akhrinya, Kita sepatutnyalah..............................

" OK laa tuhh aku nyerr karangan kompom 31/30 dengan Bahagian C 21/20 tapi bahagian A tak derr sebab tak der gambar...Ini dikira homework laa...Hihihi... "

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen