Thursday, May 14, 2009

Persediaan dibawah 24 jam

Sebelum ketajuk utama aku nak tergelak dengan seorang polis ni yang mencuri 2 buku yang berharga RM194.90 di kedai buku terkenal MPH.Polis ini adalah Detektif Lim didalam cerita "Gerak Khas" atau nama sebenarnya Farid Amirul Hasyim Abdullah.Lim dipercayai telah mencuri buku bertajuk Sistine Secret yang berharga RM89.90 dan Decoding the Heaven yang berharga RM105. Tetapi ini hanya tuduhan dan Lim tidak mengaku bersalah dan pertuduhan ini disebut semula 18 Jun ini.

Pada sekitar jam 8:20 pagi ketika sedang melakukan kerja-kerja Matematik seorang Che'gu datang kekelas dan berkata " Ini kepada murid yang sporting je...Kalau suruh bukak baju pun dia bukak".Aku sebenarnya ketika itu tengah buat kerja di papan putih sebab che'gu yang menggantikan En.Nadzarawi suruh buat 1 soalan.Aku rasa tak boleh jawab mengambil peluang yang ada untuk melarikan diri daripada terus menjawab soalan dan akan dikertawakan oleh rakan sekelas sebab salah.

Aku pun telah berbincang dan dengan che'gu cara melakukan persembahan yang dibuat kurang daripada 24 jam.Pada jam 11 pagi kami dipanggil ke dewan untuk membuat latihan tentang persembahan yang akan diadakan.Setelah sampai pukul 12 che'gu suruh masuk ke kelas dan sekali lagi mengambil kesempatan ponteng dari masuk kekelas dan membuat latihan.Sedangkan latihan itu sekejap sahaja....Aku akan pastikan yang persembahan esok mesti seronok....

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen