Tuesday, May 5, 2009

Melaka...

Apahal orang Inggeris eja melaka " MALACCA " ?? Ramai orang tanya aku "kau pergi tak lawatan ke Melaka?" Aku jawab tak."Kenapa?" Setiap tahun pergi Melaka tak ada negeri lain ke? Malaysia ni kecil sangat ke? Asyik Melaka je.Tahun lepas pun Melaka juga.

Melaka mempunyai banyak tempat2 menarik.Aku bukan orang Melaka tapi orang utara. Melaka juga telah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia daripada UNESCO.Ini kerana lokasinya agak strategik.Melaka juga terkenal dengan pahlawan-pahlawannya.

3 hari lepas aku ke Melaka kerana ada kerja sikit.Sebab tu la aku balik awal pada parti Fakhru dan tidak dapat datang ke parti Nur Aisya.Semasa sampai lebih kurang jam 7 malam aku ambil kunci bilik dengan hotel dan terus keluar pergi makan sekitar pekan Melaka.

Selepas aku balik daripada makan tu.Aku terus mandi sebab agak penat.Sementara tu sempat juga tengok Anugerah Industri Muzik.Dalam pukul 10 tu aku bosan2 aku cakap dekat mak aku nak turun bawah sekejap.Aku pun turun dan aku jalan2 aku dapati ada pool dekat situ.Aku nak ajak ayah aku main sebab seronok juga main pool.Banyak kali dah aku main pool lebih kurang 10 kali tapi tahu main je la.Kena bola senang tapi nak masukkan bola dalam lubang tu susah sikit.

Lepas main situ aku ketingkat 1 pula.Aku tengok ada Karaoke.Bagus laa...Dulu asyik pergi Karaoke jamban rr tapi dekat sini karaoke bilik.Aku pernah pergi REDBOX nak ajak abang aku balik.Aku sempat kot nyanyi 3 patah perkataan.Lepas tu aku naik ke bilik.

Dah sampai kebilik aku tengok semua dah mandi aku ajak diorang pergi karaoke.Diorang cakap boleh lepas tu turun bawah.Pergi dekat situ dia cakap "Package 3 jam Rm112 dengan beer sekali 5 gelas. Lepas tu ayah aku tanya kalau nak ganti beer tu dengan air leh tak? Boleh...Lepas tu aku pun masuk la bilik karaoke tu sampai pukul 2 pagi.Aku nyanyi paling banyak lagu.Adik aku sampai tido dengar kelunakan suara aku...Hehehe( padahal mengantuk )... Aku pun terus masuk bilik hotel dan tido....

Aku bangkit nak breakfast lebih kurang jam 9.00 pagi.Aku pun turun bawah dengan family aku dan masuk diorang tanya kupon.Ayah aku cakap mana ada kupon diorang tak kasi.Lepas tu diorang check no bilik hotel dan diorang cakap tak ada kupon.Ayah aku keluar arr makan dekat tepi jalan2

Ayah aku pergi park kereta utk breakfast.Aku keluar dulu sementara ayah aku cari parking.Masa aku tengah makan tu aku cakap "sial".Mak aku tanya pahal? Mata-mata saman kereta.Ayah aku selalu kena saman dengan luar negeri kalau dekat KL haram sekali pun tak pernah kena saman.Mak aku pernah kena saman dekat Perlis sebab langgar lampu merah.Lepas tu mak aku balik KL balik.Tapi mak aku tak bayar juga saman tu.Dapat perintah mahkamah kena bayar dalam masa seminggu.Mak aku terus bayar la sebab kalau masuk court kena masuk court dekat Perlis buang masa je.

Lepas tu aku pun baliklah ke KL dengan menaiki kenderaan bermotor.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen