Thursday, May 28, 2009

Manchester United kalah...

Dengan rasa penuh gembira melihat Manchester United kalah ditangan Barcelona di perlawanan akhir ketika beraksi di Stadium Olimpico yang berada di Itali.Walaupun aku bukan peminat Barcelona tetapi sungguh seronok apabila melihat juara BPL itu kalah 2-0 keatas Barcelona.

Jaringan Samuel Eto'o pada minit yang ke-10 telah membuatkan Manchester hilang rentak beraksi difinal Champions League.Selepas separuh masa ke-2,Lionel Messi telah menjaringkan gol kedua Barcelona hasil daripada tandukannya pada minit yang ke-70. Aku sebenarnya peminat Juventus malangnya Juventus tersingkir pada Suku Akhir ditangan Chelsea.

Man of the match pada perlawanan kali ini dimenangi oleh Lionel Messi.Cristiano Ronaldo yang bakal ke Real Madrid kali ini tidak dapat menjulang piala UEFA Champions League.Ribuan penyokong Barcelona di ibukota Sepanyol telah meraikan kemenangan Barcelona dan membuatkan beratus orang ditangkap oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Di final piala FA kali ini menyaksikan pasukan yang berkedudukan ketiga iaitu Chelsea menentang Everton yang berada dikedudukan ke-5 dalam BPL.Everton adalah pasukan favourite aku selepas Juventus.Pengurusnya, David Moyes telah dianugerahi Pengurus terbaik oleh persatuan pengurus England.

Everton atau nama komersialnya Merseyside telah mengalahkan Manchester United menerusi sepakan penalti akibat ego Sir Alex kerana meletakkan pemain-pemain muda yang tidak berpengalaman kedalam senarai ketika menentang Everton.

Everton dan Chelsea akan berentap di stadium Wembley pada hari Sabtu ini akan menentukan siapa yang layak menjulang piala FA.David Moyes juga telah menduduki tempat ke-5 dibelakang Chelsea dan juga Arsenal.Ini bermaksud jurang antara Chelsea dan Everton tidak jauh.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen