Sunday, May 17, 2009

Hell In Da World...

Kem ini telah mencipta sejarah bagiku apabila tidak mandi lebih dari 24 jam.Selalunya orang mandi 2 atau 3 kali sehari tetapi dalam masa lebih 30 jam baru aku mandi.

Sabtu : Aku datang ke sekolah untuk mengikuti kem Insaniah tetapi datang lewat sikit sebab ke kedai minyak beli barang sedikit.Selepas sampai disekolah, Aku terus masuk barisan tanpa mendaftar nama.Puan Azlina ( Mak tiri ) panggil aku suruh daftar nama.

Selepas daftar nama, Aku bersama kawan-kawanku yang lain ke kantin untuk makan "Breakfast".Tujuh minit masa yang diberikan untuk menghabiskan makanan.Dalam hati aku cakap " Budak ni ( Abg Fasi ) tak betul ker ". Walaubagaimanapun makanan yang diberikan tak habis.Apa lagi buang la.

Lepas habis makan pergi pula dewan dengar ceramah Ustaz Hisyam.Tak Bosan la dengar ceramah Ustaz ni.Kalau nak maklumat lanjut layarilah blog ustaz www.norish77.blogspot.com
Macam-macam la ustaz ni merapu.

Selepas habis mendengar ceramah Ustaz tu.Aku ditempatkan di kumpulan IBN KATHIL bersama-sama Qayyum ( ketua ) Fahim,Irfan,Shaqeel,Daniel,Zarif,Mas Asif dan 2 orang lagi budak.

Kumpulan kami masuk ke surau dan memberitahu tentang diri masing-masing.Selepas tu ada la orang merapu macam aku.Abang Aidzat dan Kak Mary.Selepas itu kena masuk dewan kena buat macam-macam la.Kena belasah kawww punya dengan Abang Hafiz selaku ketua kem.

Makan tengah hari buat aku bengang dengan Abg Fasi sebab bagi 7 minit nak makan dengan minum.Kalau kaki makan tak per rr.Nie orang yang slim jaga badan semua nak makan nasi dengan masa terhad.Kena buat sekali lagi strateginya.

Masa hampir senja buat aku hangat hati.Bagi masa 5 minit nak makan.Macam nak protes je kem ni.Macam banduan.Bukannya banduan Malaysia tapi banduan Panama.Selepas itu solat Subuh.Selepas solat itu bawa balik barang kebilik dia bagi masa 15 minit untuk mandi.Disitu terciptanya sejarah.Dalam hati aku cakap " Budak ni mabuk ke...Kasi 15 minit mandi berpuluh orang..."

Pada lebih kurang pukul 10.00 kena masuk dewan.Disitu kena pula merempit.Kalau Superbike tak per gak nie naik vespa.Aduuhh kena sound dengan Abang Hafiz kaw-kaw nyerr sebab buat Kak Izyana yang agak cute tu merajuk...Sampai hari ni sakitnya tinggalkan kesan lagi sebab dekat paha rasa sakit lagi.

Duduk dalam dewan sampai pukul 12 balik tidor.Sampai kelas 1 Berani orang lain semua tido atas bantal aku tido atas Beg Micky Mouse aku tuh.Aku bersembang dengan Shaqeel dan Khairul sampai pukul 2 pagi.Macam2 benda la mencarut.Orang lain tido boleh kutuk2 orang yang tido sebelah dia.Benda paling lawak sekali Shaqeel pergi merangkak ke tingkap dan tutup tingkap itu.Sebabnya takut Abang Fasi nampak diorang bersembang.Walaubagaimanapun tertinggal 2 tingkap.Diorang suruh aku pergi tutup tapi aku kasi alasan kalau tutup nanti kantoi la yang kita ni gi tutup tingkap.

dalam pukul 4.45 tu bangun buat Qiyamulai pula.Aduh dengan ngantuknya pergi kesurau.Aku tengok orang dekat sekeliling aku ni ada yang tidur masa tengah berzikir.Aku senyum je la..Masa itu baru Abang Hafiz cerita sebab apa dia buat macam tu.Aku dah agak budak ni saja.Maksud aku dia saja buat lakonan.Lakonan dia agak menjadi.Aku dah cakap dekat sorang kawan aku ni yang Abg Hafiz ni saja buat macam tu.

Lepas itu terus la pergi bersenam.Aku macam biasa la bersenam pagi-pagi rupa orang tak betul jer.Sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi dapat buat Ikhtiar Hidup.Terima Kasih Abg Aidzat dan Kak Mary sebab banyak membantu kami buat kerja itu.

Selepas makan pula,Terus kedalam dewan untuk majlis penutupan.Disitu aku tergelak dengan apa yang dikatakan oleh guru besar yang menghentam Abg Hafiz kaawwww punya.Walaubagaimanapun aku nak berterima kasih dengan Semua Fasilator dan yang terlibat kerana banyak memberi pengetahuan dan menguatkan iman kami...TERIMA KASIH

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen