Friday, May 15, 2009

Hebat Dan Penat...

Kelmarin balik pukul 1:30 sebab nak practice tapi haram tak practice.Rancangan yang dilakukan kelmarin iaitu Tukang Kompang ( Faris,Raimi dan Daniel ) menyambut pengantin tidak terjadi bersalaman dengan guru-guru sekolah Seafield.

Hari ini aku menjadi pengapit kepada Fahim manakala Syasya menjadi pengapit Sakina.Che'gu membuat perubahan dalam masa kurang sejam tanpa practice tapi tetap menarik.Hanis dan Adlin Ilyana menyerikan majlis dengan membawa Bunga Manggar.

Kompang dipalu dan pengantin perempuan datang dan disambut oleh Puan Norlela.Aku menjadi pengapit sedang tutup muka.Fahim sempat membuat lawak diatas pentas yang disaksikan beratus orang dari darjah 1 hingga darjah 6.

Selepas Sakina sampai diatas pentas Fahim mengapit tangan Sakina selepas itu seluruh warga Seafield buat kecoh.Ada yang sampai bangun.Itu bermaksud persembahan yang kami lakukan adalah mendapat sambutan dari warga Seafield.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada :

Fahim
Sakina
Syasya
Hanis
Adlin Ilyana
Faris
Daniel
Raimi

kerana membantu menjayakan persembahan yang kita lakukan.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen