Saturday, May 30, 2009

Ever-turn = Everton kalahh... : (

Sekarang tepat jam 12.00 tengah malam dan aku baru habis menyaksikan final piala FA.Perkara pertama yang aku lakukan ada menutup telefon sehingga tengah hari kerana mesti mempunyai mesej daripada Cousin aku yang anti-everton.Kepulangan abang aku yang pergi tengok bola juga tidak ditunggu-tunggu kerana pastinya kena kutuk.

Pada mula-mula permainan Everton terus mengasak kubu Chelsea dan berjaya apabila Loius Saha menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Piala FA dengan menjaringkan gol 25 saat selepas wisel dibunyikan.Ketika itu abang aku masih berada disebelahku dan aku terus kutuk dia dengan ayat " Oii...p balik tidoqq laa taw dahh kalaah".Abang aku tidak berkata apa-apa.

20 minit permainan berlalu abang aku keluar dengan kawannya ke kedai makan untuk menonton final Piala FA dengan kawan-kawannya.Ketika pertengahan separuh masa pertama Didier Drogba menjaringkan gol hasil tandukkannya.Aku bertuah kerana abang aku keluar dah...

Tamat separuh masa pertama menyaksikan yang pertahanan Everton terlalu lemah dan memberi peluang Chelsea menyerang dengan bertubi-tubi.

Chelsea memulakan separuh masa ke-2 dan menyaksikan bahawa usaha Chelsea mencari gol berhasil apabila Frank Lampard menjaringkan gol dan membuatkan penjaga gol daripada Amerika itu tewas kepadanya.Tim Howard berjaya menepis bola tetapi bola tetap membolosinya.

Aku terus berada dalam tekanan kerana pasukan aku berada diambang kekalahan.Dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku.Jika dilihat kekuatan diaatas kertas semestinya Chelsea menjadi pasukan favourite manakala Everton underdog .

Walaubagaimanapun tahniah kepada Everton kerana bermain dengan penuh bersemangat dan tidak mengaku kalah hingga kesaat akhir dan berjaya mencipta rekod menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Piala FA.Tahniah juga kepada Chelsea kerana memenangi Piala FA.

Sekarang jam 12.17 tengah malam dan aku kena tidur awal sebelum abang aku balik daripada menonton bola kerana semestinya dikutuk hehehe..."Aku tetap sokong Everton"

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen