Tuesday, May 26, 2009

Bilik Termenung punya pasal hilang 2 markah

Kelmarin ada ujian Jawi di sekolah jadi aku pun buat la.Masa tu pula gelak tentang Simpson punya botol air yang Faris bawa.Masa ujian Jawi ada 1 bahagian yang kena cari perkataan Seerti.Antara pertanyaan tu adalah Bilik air.Aku tulis "bilik termenung".Selepas itu aku tunjukkan kertas periksa aku kepada ulama' atau lebih dikenali sebagai Ustaz ( Shazmer ).Dia gelak dan tunjuk dekat orang yang berada disekeliling aku.

Aku teruskan membuat Jawi dengan menggunakan pensel khat yang dibeli dengan harga Rm1.60.Selepas selesai membuat periksa aku terus sembang dengan kawan-kawan.Cukup 1 jam mereka minta kertas aku pun bagi la.Masa bagi tu aku teringat tentang "bilik termenung".Aduhh...Rugi 2 markah sebab "bilik termenung"

Keesokannya ( hari ini ) ketika hendak keluar rehat aku terjumpa Ustaz Ashrof atau lebih dikenali sebagai dewa bola ( jngn mrah Ustaz ). Aku cerita dekat Ustaz tentang "bilik termenung".Ustaz cakap " Tak bolehh!! Itu bahasa pasarr..." Lepas itu Ustaz tanya Adlin Ilyana ( hehehe ) " Tau tak bilik termenung " .Adlin cakap "tak"...

Turun la kebawah makan nasi.Semasa makan nasi tu hujan turun.Aku lari ke dalam kantin dan duduk sebelah Ustaz.Aku tak tahu apa mimpi Ustaz duduk luar makan dengan anak murid.Aku pun cakap laa Ustaz yang ustaz yang Ustaz ajar pasal bilik termenung. Ustaz jawab " Tak boleh!! sama juga kalau perkata 'saja'...Sepatutnya 'sahaja' " Lepas itu ada laa kawan cakap " Weii hulur-hulurrr...Sepuloh-Dua poloh" Ustaz jawab " Alaaa...gaji Ustaz dah cukup...Tak payah rasuah laa.."

Moralnya disini adalah jangan melawak yang boleh merugikan diri sendiri.Jadi aku sudah pasti kehilangan 2 markah dalam jawi.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen