Saturday, May 30, 2009

Ever-turn = Everton kalahh... : (

Sekarang tepat jam 12.00 tengah malam dan aku baru habis menyaksikan final piala FA.Perkara pertama yang aku lakukan ada menutup telefon sehingga tengah hari kerana mesti mempunyai mesej daripada Cousin aku yang anti-everton.Kepulangan abang aku yang pergi tengok bola juga tidak ditunggu-tunggu kerana pastinya kena kutuk.

Pada mula-mula permainan Everton terus mengasak kubu Chelsea dan berjaya apabila Loius Saha menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Piala FA dengan menjaringkan gol 25 saat selepas wisel dibunyikan.Ketika itu abang aku masih berada disebelahku dan aku terus kutuk dia dengan ayat " Oii...p balik tidoqq laa taw dahh kalaah".Abang aku tidak berkata apa-apa.

20 minit permainan berlalu abang aku keluar dengan kawannya ke kedai makan untuk menonton final Piala FA dengan kawan-kawannya.Ketika pertengahan separuh masa pertama Didier Drogba menjaringkan gol hasil tandukkannya.Aku bertuah kerana abang aku keluar dah...

Tamat separuh masa pertama menyaksikan yang pertahanan Everton terlalu lemah dan memberi peluang Chelsea menyerang dengan bertubi-tubi.

Chelsea memulakan separuh masa ke-2 dan menyaksikan bahawa usaha Chelsea mencari gol berhasil apabila Frank Lampard menjaringkan gol dan membuatkan penjaga gol daripada Amerika itu tewas kepadanya.Tim Howard berjaya menepis bola tetapi bola tetap membolosinya.

Aku terus berada dalam tekanan kerana pasukan aku berada diambang kekalahan.Dalam bola sepak apa-apa boleh berlaku.Jika dilihat kekuatan diaatas kertas semestinya Chelsea menjadi pasukan favourite manakala Everton underdog .

Walaubagaimanapun tahniah kepada Everton kerana bermain dengan penuh bersemangat dan tidak mengaku kalah hingga kesaat akhir dan berjaya mencipta rekod menjaringkan gol terpantas dalam sejarah Piala FA.Tahniah juga kepada Chelsea kerana memenangi Piala FA.

Sekarang jam 12.17 tengah malam dan aku kena tidur awal sebelum abang aku balik daripada menonton bola kerana semestinya dikutuk hehehe..."Aku tetap sokong Everton"

Selamatkah dia?

Seorang lelaki yang dilahirkan pada tanggal 21 Januari 1961 yang kini berada di Kem Tahanan Kamunting, Taiping iaitu salah seorang anggota Jemaah Islamiah.Namanya Mas Selamat Bin Kastari yang dilahirkan di Indonesia.Mas Selamat dilahirkan di Indonesia namun menetap di Singapura dan berkahwin di sana.

Pada tahun 90-an, Mas Selamat menyertai kumpulan Darul Islam yang juga antara salah satu kumpulan daripada Jemaah Islamiah.Pada 1992 Mas Selamat dihantar ke Afghanistan untuk menyertai latihan disana.Manakala pada tahun 1998 dia ke Afghanistan sekali lagi untuk mempelajari cara pemerintahan kerajaan Taliban.

Mas Selamat dikatakan pernah berjumpa dengan seorang pemimping tertinggi Jemaah Islamiah di Asia Tenggara iaitu Hambali.Mereka membincangkan tentang rancangannya untuk merampas kapal terbang dan menghempaskan kapal terbang itu ke Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura.

Ketika Mas Selamat berada didalam penjara, kakinya tempang sebelah kerana tindakannya yang ingin melarikan diri dengan terjun daripada bangunan tinggi pada 2001.Namun pada 2005 Mas Selamat dibebaskan oleh polis Indonesia.Pada 20 Januari, sekali lagi Mas Selamat ditangkap oleh polis Indonesia ketika melawat anaknya di Pulau Bintan.Singapura kemudiannya meminta supaya Mas Selamat dibawa pulang ke Singapura.

Pada tanggal 27 Februari 2008, Jam 4.05 petang Mas melarikan diri melalui tandas yang tidak mempunyai jeriji ketika ingin menemui ahli keluarganya.Ini telah mengejutkan kerajaan Singapura apabila Mas Selamat berjaya melarikan diri daripada Pusat Tahanan Jalan Whitley.

Mas Selamat lari dengan kakinya kudung sebelah sementara Mas perlu memanjat tembok setinggi 7 meter.Selain tembok, pagar berduri juga dipasang di penjara tersebut.Penjara tersebut juga mempunyai unit kamera litar tertupup ( CCTV ) malangnya tidak berguna kerana Mas Selamat berjaya melarikan diri di Pusat Tahanan yang terkenal dengan cara pengawalannya yang begitu ketat.

Polis Singapura telah berusaha mengesan Mas Selamat di dalam Singapura dengan melekatkan poster di Singapura dan menghantar khidmat pesanan Multimedia ( MMS ) keseluruh rakyat Singapura.Seseorang lelaki warga Singapura diberi ganjaran Rm 2.39 juta kerana membantu meberikan polis Singapura maklumat.

Mas Selamat dikatakan telah menyeberang laut ke Malaysia dengan jarak kurang daripada 1 kilometer dengan menggunakan pelampung.Kemudian dia ke rumah saudaranya di perkampungan Skudai, Johor. Mas Selamat membatalkan hasratnya untuk ke Filipina dan Indonesia kerana menyangka Johor adalah tempat paling sesuai.

Pada 8 Mei 2009, Anggota Unit Tindakan Khas atau UTK telah kerumah saudaranya dan menangkap beliau.Ini kerana hasil kerjasama diantara polis Malaysia, Singapura dan juga Indonesia yang membantu menyelesaikan kes ini.

Datuk Seri Hishammudin yang juga Menteri Dalam Negeri telah menahan Mas Selamat Bin Kastari di Pusat Tahanan Kamunting di Perak.Pihak Singapura meminta supaya Mas Selamat dipulangkan ke Singapura tetapi tidak diendahkan Malaysia.Salah satu sebabnya jika Mas Selamat pulang ke Singapura kemungkinan besar beliau akan dibelasah oleh polis Singapura.Selain itu, Malaysia ingin mengetahui rasa Singapura dengan menyoal siasat beliau.

Kehilangan Mas Selamat ini juga dikenali sebagai Toilet Break hasil daripada filem US yg terkenal Prison Break...Ari Isnin jam 10.30 - 11.30 mlam 708

Friday, May 29, 2009

Ragut

Sebenarnya hari ini plan aku nak tulis pasal Mas Selamat yang tak selamat kerana ditangkap oleh polis.Tapi hari ini aku nak menceritakan kecelakaan peragut yang tahu meragut tanpa memikirkan orang lain.Mehh aku buat karangan....

Pada suatu hari yang cerah, Aku bersama rakanku turun kebawah untuk pergi ke kantin.Hari yang ini agak gembira apabila kawanku yang bernama Faris berpesta belanja rakan-rakannya makan.Aku bersama rakan-rakanku tadi ke tempat duduk biasa iaitu bersebelahan dengan kolam dan dekat dengan kantin.

Ketika sedang makan nasi berlaukan ayam, Aku bersembang-sembang bersama rakanku.Aku duduk menghadap ke blok A. Tiba-tiba Faris cakap ada orang gaduh diluar sana.Aku berjalan kesana diikuti oleh Ustaz Amer.Rupa-rupanya seorang wanita diragut oleh peragut.

Wanita itu adalah ibu kepada seorang murid yang bersekolah disitu.Apa yang dicuri adalah beg tangan dan rantai.Dipercayai seorang lelaki bertopi kaledar turun dari motosikal dan terus meragut lalu naik kembali ke motosikalnya dan terus dipecut ke lorong.

Malangnya peragut itu tidak sempat mengambil telefon.Aku bersembang dengan calon ketua pengawas dan dia berkata " Weii...Dia tak ingat kerr no plat moto tuuhh " Aku pun cakap la " Org tngh panik maner boleh buat apa2 ". Tapi kalau dia ingat pun no plat tu mungkin motosikal yang dinaiki peragut terbabit adalah motosikal curi.

Pengajaran yang terdapat dalam petikan ialah kita mestilah berhati-hati walau dimana jua.Selain itu, kita hendaklah prihatin dengan keadaan disekeliling kita.Disamping itu, Kita perlulah baik hati dengan semua orang.Seterusnya kita sewajarnyalah menolong orang yg memerlukan bantuan.Akhrinya, Kita sepatutnyalah..............................

" OK laa tuhh aku nyerr karangan kompom 31/30 dengan Bahagian C 21/20 tapi bahagian A tak derr sebab tak der gambar...Ini dikira homework laa...Hihihi... "

Thursday, May 28, 2009

Manchester United kalah...

Dengan rasa penuh gembira melihat Manchester United kalah ditangan Barcelona di perlawanan akhir ketika beraksi di Stadium Olimpico yang berada di Itali.Walaupun aku bukan peminat Barcelona tetapi sungguh seronok apabila melihat juara BPL itu kalah 2-0 keatas Barcelona.

Jaringan Samuel Eto'o pada minit yang ke-10 telah membuatkan Manchester hilang rentak beraksi difinal Champions League.Selepas separuh masa ke-2,Lionel Messi telah menjaringkan gol kedua Barcelona hasil daripada tandukannya pada minit yang ke-70. Aku sebenarnya peminat Juventus malangnya Juventus tersingkir pada Suku Akhir ditangan Chelsea.

Man of the match pada perlawanan kali ini dimenangi oleh Lionel Messi.Cristiano Ronaldo yang bakal ke Real Madrid kali ini tidak dapat menjulang piala UEFA Champions League.Ribuan penyokong Barcelona di ibukota Sepanyol telah meraikan kemenangan Barcelona dan membuatkan beratus orang ditangkap oleh pihak berkuasa Sepanyol.

Di final piala FA kali ini menyaksikan pasukan yang berkedudukan ketiga iaitu Chelsea menentang Everton yang berada dikedudukan ke-5 dalam BPL.Everton adalah pasukan favourite aku selepas Juventus.Pengurusnya, David Moyes telah dianugerahi Pengurus terbaik oleh persatuan pengurus England.

Everton atau nama komersialnya Merseyside telah mengalahkan Manchester United menerusi sepakan penalti akibat ego Sir Alex kerana meletakkan pemain-pemain muda yang tidak berpengalaman kedalam senarai ketika menentang Everton.

Everton dan Chelsea akan berentap di stadium Wembley pada hari Sabtu ini akan menentukan siapa yang layak menjulang piala FA.David Moyes juga telah menduduki tempat ke-5 dibelakang Chelsea dan juga Arsenal.Ini bermaksud jurang antara Chelsea dan Everton tidak jauh.

Wednesday, May 27, 2009

Sudah jatuh dibaling botol...

Kisah " Sudah jatuh dibaling botol " sekejap lagi kita akan cerita tetapi kita cerita tentang sudah jatuh kerusinya patah.Itulah yang terjadi pada Khairul Raimi yang ketika itu jatuh kerusi akibat "wikang" kerusi itu.Ketika itu aku sedang bersembang dengan Simpson ehh bukann Faris.Tiba-tiba dengar orang jatuh kerusi aku pun tengok la yang Raimi jatuh kerusi sambil gelak.Sempat juga ajak seluruh warga 6Usaha supaya tepuk tangan.Lainkali jangan merempit lagi...Kann dah jatuh sampai kena panggil bomba untuk angkat Raimi naik...hihihi

Sambung tentang kisah " Sudah Jatuh Dibaling Botol ".Ketika hendak pulang aku berjalan bersama-sama Irfan.Ketika jalan2 itu Irfan asyik angkat je beg aku ni.Jadi botol air aku jatuh kelantai dan mereka main sepak-sepak.Sampai dekat bawah dapat dekat Fahim dan dia terus baling botol kena kepala aku.Aku pun ingin membalas dendam kejar dia sampai depan kelas 1 Gigih Fahim jatuh disebabkan tidak sempat membrek kerana dihadapannya ada murid tahun 1.Ustazah yang berada didepan itu pun tertanya-tanya apahal dengan budak smpai nak lnggar murid darjah 1.Masa tu pula aku memegang botol air Coke membaling ke kepala Fahim.Ustazah pun tahan aku dengan mencubit aku pun tepis la.Lepas itu aku lari tanpa botol coke aku...

Hihihi...Moralnya disini jangan cari pasal dengan orang sebab jadi macam tuuhh rr...

Korea Selatan telah membuat ujian peluru berpandu nuklear dinegaranya.Ini membuatkan Amerika dan Korea Utara tidak senang dengan tindakan Korea Selatan.Malaysia juga mengatakan bahawa peluru berpandu itu bahaya dirantau Asia.Jepun juga telah merasa gegaran akibat ujian peluru berpandu itu.

Iran juga dikatakan akan melaksanakan program nuklear yang sedang dalam rancangannya.Ini menyebabkan Amerika dan rakan baiknya iaitu Israel takut akan Iran kerana program nuklear Iran.Israel dikatakan akan menyerang Iran pada bulan 9 ini.India juga mempunyai reaktor Nuklear tetapi tidak menggunakannya sebagai senjata tetapi sebagai perubatan.

Tahukah anda bahawa sebiji bola golf mempunyai 336 lekuk.Tak percaya ?? kira sendiri.

Tuesday, May 26, 2009

Bilik Termenung punya pasal hilang 2 markah

Kelmarin ada ujian Jawi di sekolah jadi aku pun buat la.Masa tu pula gelak tentang Simpson punya botol air yang Faris bawa.Masa ujian Jawi ada 1 bahagian yang kena cari perkataan Seerti.Antara pertanyaan tu adalah Bilik air.Aku tulis "bilik termenung".Selepas itu aku tunjukkan kertas periksa aku kepada ulama' atau lebih dikenali sebagai Ustaz ( Shazmer ).Dia gelak dan tunjuk dekat orang yang berada disekeliling aku.

Aku teruskan membuat Jawi dengan menggunakan pensel khat yang dibeli dengan harga Rm1.60.Selepas selesai membuat periksa aku terus sembang dengan kawan-kawan.Cukup 1 jam mereka minta kertas aku pun bagi la.Masa bagi tu aku teringat tentang "bilik termenung".Aduhh...Rugi 2 markah sebab "bilik termenung"

Keesokannya ( hari ini ) ketika hendak keluar rehat aku terjumpa Ustaz Ashrof atau lebih dikenali sebagai dewa bola ( jngn mrah Ustaz ). Aku cerita dekat Ustaz tentang "bilik termenung".Ustaz cakap " Tak bolehh!! Itu bahasa pasarr..." Lepas itu Ustaz tanya Adlin Ilyana ( hehehe ) " Tau tak bilik termenung " .Adlin cakap "tak"...

Turun la kebawah makan nasi.Semasa makan nasi tu hujan turun.Aku lari ke dalam kantin dan duduk sebelah Ustaz.Aku tak tahu apa mimpi Ustaz duduk luar makan dengan anak murid.Aku pun cakap laa Ustaz yang ustaz yang Ustaz ajar pasal bilik termenung. Ustaz jawab " Tak boleh!! sama juga kalau perkata 'saja'...Sepatutnya 'sahaja' " Lepas itu ada laa kawan cakap " Weii hulur-hulurrr...Sepuloh-Dua poloh" Ustaz jawab " Alaaa...gaji Ustaz dah cukup...Tak payah rasuah laa.."

Moralnya disini adalah jangan melawak yang boleh merugikan diri sendiri.Jadi aku sudah pasti kehilangan 2 markah dalam jawi.

Thursday, May 21, 2009

Rompak.....

1. Di Ipoh seorang wanita bersama anaknya dan juga pembantu rumah telah mati ditetak oleh seorang penjenayah.Penjenayah tersebut dikatakan mengikuti mangsa daripada bank kerana mangsa mengeluarkan wang.Anaknya yang berumur 5 tahun mati dan dijumpai mayatnya didalam tandas.


Suaminya bergegas pulang apabila mendengar jeritan daripada telefon bimbitnya daripada isterinya.Isterinya dan juga pembantu rumah mati di ruang tamu manakala anaknya yang berusia 5 tahun di tandas


Dia kemudiannya terserempak dengan seorang lelaki yang terburu-buru keluar dan membawa beg ketika melompat pagar rumah mangsa.Dia kemudiannya mencapai sebilah parang dan mengejar lelaki tersebut dengan bantuan seorang rakannya yang terserempak dengan pencuri itu.


Mereka dapat menangkap perompak tersebut dengan bantuan rakannya.Perompak itu dikatakan mengekori wanita tersebut ketika ia mengeluarkan wang sebanyak Rm4000 dari sebuah bank.


2. Rm 8 juta lesap dalam masa 5 minit adalah kecurian yang paling besar dalam sejarah Malaysia.Rm 8 juta hilang dalam masa 5 minit dengan tiada kejadian pembunuhan.Ayahku tersenyum sebab bangga ada perompak yang merompak tanpa bersenjata tetapi merompak dengan jumlah wang yang banyak.


Ayahku juga berkata " Baekk laa rompak berjuta daripada rompak sepuloh ringgit mati habis orang ".Perompak dikatakan profesional kerana dapat membuka pintu van keselamatan terbabit.


Perompak begini adalah lebih baek daripada merompak dan membunuh orang.Mereka yang merompak dengan membunuh patut diberi hukuman gantung sementara perompak yang profesional perlu dibuat kawan.Maksud aku bekerjasama dengan polis.


2 Bulan lepas polis Malaysia telah membeli 15 biji kereta Mitsubishi Lancer.Ini kerana mereka ingin mengejar suspek yang dikehendaki.Polis juga mempunyai kereta Audi,Proton dan juga Rexton.Berbeza dengan polis Jepun yang mempunyai Skyline sebagai patrol car.


Itali pula memakai kereta Lamborghini Galardo sebagai kereta patrol car. Mereka punya perompak pun mesti pakai kereta hebat-hebat.Cara rompakan mesti lebih profesional macam cerita " The Italian Jobs ". Kalau macam tuhh aku pun nak jadi polis.

Sunday, May 17, 2009

Hell In Da World...

Kem ini telah mencipta sejarah bagiku apabila tidak mandi lebih dari 24 jam.Selalunya orang mandi 2 atau 3 kali sehari tetapi dalam masa lebih 30 jam baru aku mandi.

Sabtu : Aku datang ke sekolah untuk mengikuti kem Insaniah tetapi datang lewat sikit sebab ke kedai minyak beli barang sedikit.Selepas sampai disekolah, Aku terus masuk barisan tanpa mendaftar nama.Puan Azlina ( Mak tiri ) panggil aku suruh daftar nama.

Selepas daftar nama, Aku bersama kawan-kawanku yang lain ke kantin untuk makan "Breakfast".Tujuh minit masa yang diberikan untuk menghabiskan makanan.Dalam hati aku cakap " Budak ni ( Abg Fasi ) tak betul ker ". Walaubagaimanapun makanan yang diberikan tak habis.Apa lagi buang la.

Lepas habis makan pergi pula dewan dengar ceramah Ustaz Hisyam.Tak Bosan la dengar ceramah Ustaz ni.Kalau nak maklumat lanjut layarilah blog ustaz www.norish77.blogspot.com
Macam-macam la ustaz ni merapu.

Selepas habis mendengar ceramah Ustaz tu.Aku ditempatkan di kumpulan IBN KATHIL bersama-sama Qayyum ( ketua ) Fahim,Irfan,Shaqeel,Daniel,Zarif,Mas Asif dan 2 orang lagi budak.

Kumpulan kami masuk ke surau dan memberitahu tentang diri masing-masing.Selepas tu ada la orang merapu macam aku.Abang Aidzat dan Kak Mary.Selepas itu kena masuk dewan kena buat macam-macam la.Kena belasah kawww punya dengan Abang Hafiz selaku ketua kem.

Makan tengah hari buat aku bengang dengan Abg Fasi sebab bagi 7 minit nak makan dengan minum.Kalau kaki makan tak per rr.Nie orang yang slim jaga badan semua nak makan nasi dengan masa terhad.Kena buat sekali lagi strateginya.

Masa hampir senja buat aku hangat hati.Bagi masa 5 minit nak makan.Macam nak protes je kem ni.Macam banduan.Bukannya banduan Malaysia tapi banduan Panama.Selepas itu solat Subuh.Selepas solat itu bawa balik barang kebilik dia bagi masa 15 minit untuk mandi.Disitu terciptanya sejarah.Dalam hati aku cakap " Budak ni mabuk ke...Kasi 15 minit mandi berpuluh orang..."

Pada lebih kurang pukul 10.00 kena masuk dewan.Disitu kena pula merempit.Kalau Superbike tak per gak nie naik vespa.Aduuhh kena sound dengan Abang Hafiz kaw-kaw nyerr sebab buat Kak Izyana yang agak cute tu merajuk...Sampai hari ni sakitnya tinggalkan kesan lagi sebab dekat paha rasa sakit lagi.

Duduk dalam dewan sampai pukul 12 balik tidor.Sampai kelas 1 Berani orang lain semua tido atas bantal aku tido atas Beg Micky Mouse aku tuh.Aku bersembang dengan Shaqeel dan Khairul sampai pukul 2 pagi.Macam2 benda la mencarut.Orang lain tido boleh kutuk2 orang yang tido sebelah dia.Benda paling lawak sekali Shaqeel pergi merangkak ke tingkap dan tutup tingkap itu.Sebabnya takut Abang Fasi nampak diorang bersembang.Walaubagaimanapun tertinggal 2 tingkap.Diorang suruh aku pergi tutup tapi aku kasi alasan kalau tutup nanti kantoi la yang kita ni gi tutup tingkap.

dalam pukul 4.45 tu bangun buat Qiyamulai pula.Aduh dengan ngantuknya pergi kesurau.Aku tengok orang dekat sekeliling aku ni ada yang tidur masa tengah berzikir.Aku senyum je la..Masa itu baru Abang Hafiz cerita sebab apa dia buat macam tu.Aku dah agak budak ni saja.Maksud aku dia saja buat lakonan.Lakonan dia agak menjadi.Aku dah cakap dekat sorang kawan aku ni yang Abg Hafiz ni saja buat macam tu.

Lepas itu terus la pergi bersenam.Aku macam biasa la bersenam pagi-pagi rupa orang tak betul jer.Sampai lebih kurang pukul 10.00 pagi dapat buat Ikhtiar Hidup.Terima Kasih Abg Aidzat dan Kak Mary sebab banyak membantu kami buat kerja itu.

Selepas makan pula,Terus kedalam dewan untuk majlis penutupan.Disitu aku tergelak dengan apa yang dikatakan oleh guru besar yang menghentam Abg Hafiz kaawwww punya.Walaubagaimanapun aku nak berterima kasih dengan Semua Fasilator dan yang terlibat kerana banyak memberi pengetahuan dan menguatkan iman kami...TERIMA KASIH

Friday, May 15, 2009

Hebat Dan Penat...

Kelmarin balik pukul 1:30 sebab nak practice tapi haram tak practice.Rancangan yang dilakukan kelmarin iaitu Tukang Kompang ( Faris,Raimi dan Daniel ) menyambut pengantin tidak terjadi bersalaman dengan guru-guru sekolah Seafield.

Hari ini aku menjadi pengapit kepada Fahim manakala Syasya menjadi pengapit Sakina.Che'gu membuat perubahan dalam masa kurang sejam tanpa practice tapi tetap menarik.Hanis dan Adlin Ilyana menyerikan majlis dengan membawa Bunga Manggar.

Kompang dipalu dan pengantin perempuan datang dan disambut oleh Puan Norlela.Aku menjadi pengapit sedang tutup muka.Fahim sempat membuat lawak diatas pentas yang disaksikan beratus orang dari darjah 1 hingga darjah 6.

Selepas Sakina sampai diatas pentas Fahim mengapit tangan Sakina selepas itu seluruh warga Seafield buat kecoh.Ada yang sampai bangun.Itu bermaksud persembahan yang kami lakukan adalah mendapat sambutan dari warga Seafield.

Aku nak ucapkan terima kasih kepada :

Fahim
Sakina
Syasya
Hanis
Adlin Ilyana
Faris
Daniel
Raimi

kerana membantu menjayakan persembahan yang kita lakukan.

Thursday, May 14, 2009

Persediaan dibawah 24 jam

Sebelum ketajuk utama aku nak tergelak dengan seorang polis ni yang mencuri 2 buku yang berharga RM194.90 di kedai buku terkenal MPH.Polis ini adalah Detektif Lim didalam cerita "Gerak Khas" atau nama sebenarnya Farid Amirul Hasyim Abdullah.Lim dipercayai telah mencuri buku bertajuk Sistine Secret yang berharga RM89.90 dan Decoding the Heaven yang berharga RM105. Tetapi ini hanya tuduhan dan Lim tidak mengaku bersalah dan pertuduhan ini disebut semula 18 Jun ini.

Pada sekitar jam 8:20 pagi ketika sedang melakukan kerja-kerja Matematik seorang Che'gu datang kekelas dan berkata " Ini kepada murid yang sporting je...Kalau suruh bukak baju pun dia bukak".Aku sebenarnya ketika itu tengah buat kerja di papan putih sebab che'gu yang menggantikan En.Nadzarawi suruh buat 1 soalan.Aku rasa tak boleh jawab mengambil peluang yang ada untuk melarikan diri daripada terus menjawab soalan dan akan dikertawakan oleh rakan sekelas sebab salah.

Aku pun telah berbincang dan dengan che'gu cara melakukan persembahan yang dibuat kurang daripada 24 jam.Pada jam 11 pagi kami dipanggil ke dewan untuk membuat latihan tentang persembahan yang akan diadakan.Setelah sampai pukul 12 che'gu suruh masuk ke kelas dan sekali lagi mengambil kesempatan ponteng dari masuk kekelas dan membuat latihan.Sedangkan latihan itu sekejap sahaja....Aku akan pastikan yang persembahan esok mesti seronok....

Wednesday, May 13, 2009

Rusuhan 13 Mei 1969

Pada 13 Mei 1969 berlakunya 1 rusuhan kaum diantara bangsa Melayu dan Cina.Tragedi ini telah mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda.Ini menjadi satu titik hitam kepada perpaduan negara.

Pada Pilihan Raya umum 1969 Parti Perikatan telah kalah dan pembangkang memenangi 1 kerusi Parlimen di sekitar Kuala Lumpur.Pembangkang mengadakan perarakan dan didalam perarakan beberapa penyokong pembangkan telah menghina dan mencaci bangsa Melayu dan membuatkan kecoh.

dari parti Gerakan telah menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan 50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO, berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato Harun Idris.

Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial). Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di tepi-tepi jalan.

Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Gerakan memohon maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.

UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu isyarat lampu hijau dari Dato' Harun Idris untuk mengamuk

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah Menteri Besar Selangor. Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang wanita mengandung yang dibunuh dan kandungannya dikeluarkan daripada perut dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan semula janin yang terkeluar itu kedalam perutnya.

4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi, tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama Cina.

Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina. Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga keselamatan sekitar Kuala Lumpur.

Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang Melayu, Iban, Cina, India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer dikatakan berbangsa Cina.

Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan ke arah rumah Menteri Besar Selangor.

Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru, Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana. Ada yang berkata askar tersebut berpakaian preman.

Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih timah. Konon ada rakaman televisyen, beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan mengenai rakaman ini.

Pemuda-pemuda Cina dari kongsi-kongsi gelap telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut ramai yang mati. Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal, Kajang.

Seorang polis bernama Rahim yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Akibat daripada tindakan sebegini, orang-orang Melayu mulai bertindak balas, dan dikatakan kepala orang Cina yang dibunuh diletakkan di atas pagar .

Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.

Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.

Ada 4 kiai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal. Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar kisah parang terbang yang terbang dan memenggal kepala orang Cina.

Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tidak ada sebarang pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-apa. Cuma ada sedikit kekecohan di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM.

Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143 ditahan. 211 kenderaan musnah. Tapi ramai telah menganggar ramai lagi dibunuh. Sebuah thesis PhD. daripada Universiti California, Berkeley menganggar seramai 2,000 orang hilang nyawa dalam peristiwa 13 Mei.

Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang

Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor Star meraikan kemenangan beliau di sana.

6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman. Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Ada khabar angin mengatakan Tunku sedang bermain mahjung dan ada khabar menyatakan Tunku sedang menikmati hidangan arak.(mabuk). Dalam tulisannya, Tunku menafikan hal tersebut.

196 orang mati akibat rusuhan ini dan disebabkan inilah kita mengelakkan diri daripada berlakunya rusuhan.Ayah aku ketika itu berusia 8 tahun dan menceritakan bahawa ibunya belajar seni silat apabila mendengar khabar tersebut.Mak Cik aku pula menceritakan bahawa tasik titiwangsa itu adalah tempat mereka membawa mayat dan meletakkan disitu.

Sekarang Malaysia aman dan makmur dan pelbagai kaum boleh hidup didalam 1 negara.Tahukah anda bahawa setiap minit anda membaca ayat ini 100 orang akan mati dan 140 akan dilahirkan.

Tuesday, May 12, 2009

Yee...Dia pindah...

Kali ini aku nak bercerita pasal bola.Bukan bola lain tetapi bola sepak.Aku punya favourite team dalam English League adalah EVERTON...Apa kelas Big four...Diorang tu sbab kaya jerr...Dengar cerita Cristiano Ronaldo nak pindah ke Real Madrid dngn harga perpindahan $ 109 juta.Bagus laa tuu tak laa ada pemain yang suka tipu pngadil.Real Madrid tu teruk sikit.Semua dia nak beli tapi main tak bagus pun..

Manchester sombong sikit sebab dia punya manager suka pandang rendah dengan lawan.Seperti dengan Everton letak pemain muda-muda.Akhir sekali kalah pada penalti tak boleh masuk final...Everton gak masuk final.

Chelsea pula captain dia suka tanduk kepala orang.John Terry tu tinggi suka buli orang kecil.Pemilik Chelsea sekarang dah miskin.Dulu Roman Abramovic tu orang yang ke-15 terkaya di dunia sekarang dah ke-51.

Juventus pun aku punya favourite team.Sebab ada Del Piero.Juventus pernah disingkirkan ke Serie B itali sebab skandal mengatur perlawanan.Masa kena boo... Dngn saudara-mara kaw kaw punya...

Kalau bab negara ini aku sokong Itali sebab aku sokong Juventus.Juventus tu kelab Itali.Dulu masa World Cup aku umur 9 tahun.Aku tido pukul 5 pagi tengok bola sepak.Abang aku minat England jadi aku kutuk kaw-kaw laa...Masa Euro tahun lepas aku pula kena kutuk sebab kalah dngn Netherland.

Friday, May 8, 2009

100 Orang Paling Berpengaruh di Dunia 2009

Mengikut majalah "Time" telah membuat 208 calon bagi mendapat gelaran orang paling berpengaruh didunia 2009.Daripada 206 orang calon hanya 100 sahaja yang dapat gelaran itu.

Antara calon-calon tersebut adalah :


Barack Obama
The Twitter Guys, Jack Dorsey and Biz Stone
Jim Cramer
The Charter 08 authors
Tzipi Livni
Bernie Madoff
Arianna Huffington
Pope Benedict XVI
Rain
George W. Bush
Katie Stam
Alex Rodriguez
M.I.A.
Prince
Bill O'Reilly
Joaquin Phoenix
David Plouffe
Rahm Emanuel
Dov Charney
Mark Cuban
Eric Holder
Odell Barnes
Rod Blagojevich
The Pregnant Man: Thomas Beatie
Roland Burris
Stephen Colbert
Sarah Palin
The Jonas Brothers
Britney Spears
Miley Cyrus
Angelina Jolie
John McCain
Hillary Clinton
Ron Paul
Mike Huckabee
Arnold Schwarzenegger
Ratan Tata
Oprah Winfrey
Tina Fey
Michelle Obama
Katie Couric
Michael Phelps
Kobe Bryant
Lil' Wayne
Mukesh Ambani
Ron Bloom
Bill Gross
Sheikh Ahmed bin Zayed Al Nahyan
Warren Buffett
Carlos Slim
T. Boone Pickens
Ram Charan
Neel Kashkari
James Lockhart
Jamie Dimon
Michael Duke
Ken Lewis
Dick Kovacevich
Sheila Bair
Charlie Gasparino
Tim Geithner
Meredith Whitney
General Petraeus
Abdul Rahman al-Rashed
Michelle Rhee
Nancy Pelosi
Elizabeth Warren
Gordon Brown
Boris Johnson
Benjamin Netanyahu
Asif Ali Zardari
Ashfaq Pervez Kayani
Morgan Tsvangirai
Robert Mugabe
Paul Kagame
Richard Kelly
Alexander Lebedev
Ronnie Screwvala
Steve Jobs
Jeff Kindler
Nouriel Roubini
Yochiro Nambu
Stephan Schuster and Webb Miller
Linda Avey and Anne Wojcicki
Douglas Melton
Nicholas Christakis
Nate Silver
Rowan Williams
Paul Krugman
Dr. Alain Carpentier
Doris A. Taylor
Roland Fryer
Steven Chu
Connie Hedegaard
Jon Favreau
Rachel Maddow
Rush Limbaugh
Kate Winslet
Seth MacFarlane
Damien Hirst
William Kentridge
Danny Boyle
Gustavo Dudamel
Renzo Piano
Ricky Gervais
Dan Barber
Will Wright
Hugh Jackman
Clint Eastwood
Roberto Saviano
Chesley B. "Sully" Sullenberger III
Jeff Bezos
Rick Warren
Patrick Swayze
Tiger Woods
Danica Patrick
Manny Pacquiao
Jessica Jackley
Rafael Nadal
Dalai Lama
Vladimir Putin
Hu Jintao
Jacob Zuma
Anwar Ibrahim ( calon dari Malaysia )
Ben Bernanke
Muqtada al-Sadr
Robert Gates
Sonia Gandhi
Baitullah Mehsud
Evo Morales
Ma Ying-jeou
Brad Pitt
Lance Armstrong
Kaká
Sheik Mohammed al-Maktoum
Yoani Sénchez
Madeeha Hasan Odhaib
Tony Blair
Aung San Suu Kyi
George Mitchell
Craig Venter
Larry Brilliant
Jeff Han
Nancy Brinker
Peter Pronovost
Eric Chivian and Richard Cizik
Mary Lou Jepsen
Mark Zuckerberg
Tyler Perry
Khaled Hosseini
Rem Koolhaas
Judd Apatow
George Clooney
Suze Orman
Sister Mary Scullion
Stephenie Meyer
Takashi Murakami
Indra Nooyi
Ali al-Naimi
Rupert Murdoch
John Chambers
Jay Adelson
Steve Ballmer
Prince Alwaleed bin Talal
Jeffrey Immelt
Tom Ford
Lloyd Blankfein
Mo Ibrahim
Ted Kennedy
Nadya (Octomom) Suleman
Tom Hanks
Elizabeth Diller and Ricardo Scofidio
The View
Jay Leno
Dan Houser
Angela Merkel
Shigeru Miyamoto
Leonard Abess
Kevin Rudd
Stella McCartney
Zac Efron
Eric Cantor
Newt Gingrich
Jeff Kinney
Tom Dart
Sam Zell
David McKiernan
Ryan Schreiber
Michael Rapino
Jonathan Krohn
T-Pain
Tucker Max
Jon Stewart
Taylor Swift
moot
Gamal Mubarak
Kanye West
Matthew Weiner
Malcolm Gladwell
Cory Booker
John Boehner
Richard H. Thaler and Cass R. Sunstein
Michael Bloomberg

Hanya 100 orang sahaja yang dipilih daripada 208 orang yang dicalon berikut adalah senarai orang-orang yang diiktiraf sebagai "100 orang paling berpengaruh di dunia 2009" :

Leaders & Revolutionaries
Edward Kennedy
Gordon Brown
Christine Lagarde
Thomas Dart
Avigdor Lieberman
Joaquín Guzmán
Nouri al-Maliki
Hillary Clinton
Susilo Bambang Yudhoyono
Boris Johnson
Norah al-Faiz
Elizabeth Warren
Paul Kagame
Nicolas Sarkozy
Angela Merkel
Wang Qishan
Xi Jinping
David McKiernan
Ashfaq Kayani
Barack Obama
The Twitter Guys
T. Boone Pickens
Ted Turner
Tessa Ross
Carlos Slim
Brad Pitt
Meredith Whitney
Suze Orman
Lauren Zalaznick
Timothy Geithner
Nandan Nilekani
Stella McCartney
Jamie Dimon
Sheila Bair
moot
Alexander Medvedev
Alan Mulally
Robin Chase
Jack Ma
Bernie Madoff
Artists & Entertainers
Rush Limbaugh
M.I.A.
Sam and Dan Houser
Kate Winslet
Werner Herzog
William Kentridge
Penélope Cruz
Lang Lang
John Legend
Elizabeth Diller and Ricardo Scofidio
Gustavo Dudamel
Jeff Kinney
Tavis Smiley
The View
Zac Efron
Tina Fey
Tom Hanks
Jay Leno
A.R. Rahman
Judith Jamison
Heroes & Icons
Michelle Obama
Chesley B. Sullenberger
Richard Phillips
Seth Berkley
Michael Eavis
Leonard Abess
Hadizatou Mani
Rick Warren
Van Jones
Somaly Mam
Rafael Nadal
Suraya Pakzad
Jeff Bezos
Tiger Woods
George Clooney
Brady Gustafson
Sister Mary Scullion
Oprah Winfrey
Sarah Palin
Manny Pacquiao
Scientists & Thinkers
Nouriel Roubini
Amory Lovins
Jon Favreau
Dambisa Moyo
Dan Barber
Yoichiro Nambu
Roland Fryer
Martin Lindstrom
Barbara Hogan
David Sheff
Steven Chu
Paul Krugman
Connie Hedegaard
Daniel Nocera
Stephan Schuster and Webb Miller
Nicholas Christakis
Doug Melton
Paul Ekman
Shai Agassi
Nate Silver

Thursday, May 7, 2009

Wakenabeb

Kelmarin semasa waktu Kokurikulum ada unit berunifom.Hadi jadi captain dalam KRS tu dia pun bagi arahan la.Lepas tu cikgu tegur Hadi sebab cakap Senam diri.Sepatutnya senang diri.Lepas tu Hafizi menyampuk.Dia cakap " Apa la bagi arahan salah...Kasi aku jer la bagi arahan" Hadi balas " OK kau duduk depan aku duduk belakang kau kasi arahan" Aku pun tengok la.Lepas tu aku tengok Hafizi main-main aku baling kasut aku dekat dia.Diorang semua gelak...

Selepas main tu main Belalang dan belatok...caranya kalau cikgu sebut belatok..Belatok kena lari Belalang kena kejar begitulah sebaliknya.Main-main Faiq jatuh ditolak seorang budak.Dia nangis terus.Cikgu tolonglah dia.

Habis main aku kena tolong cikgu angkat cone.Aku pun angkat la dengan Syakir.Sampai dekat bilik store aku jumpa Encik Ahmad.Lepas tu mula la aku dengan hobi aku mengepow cikgu.Cikgu cakap dia tak ada duit tapi ada la 50 sen dia jumpa.Aku pun cakap tu duit saya.Encik Ahmad pun tanya dekat mana?Aku cakap : Tadi saya keliling padang...Lepas tu saya pergi naik blok A buat kawalan sampai blok D.Masuk toilet semua...Pergi kantin beli minuman...macam-macam lagi aku cakap...

Lepas tuu Encik Ahmad gelak gila-gila...Dia cakap " Masalahnya duit 50 sen tu saya jumpa dekat Perak "...Syakir pun gelak dekat aku...Moralnya jangan menipu...

Tuesday, May 5, 2009

Melaka...

Apahal orang Inggeris eja melaka " MALACCA " ?? Ramai orang tanya aku "kau pergi tak lawatan ke Melaka?" Aku jawab tak."Kenapa?" Setiap tahun pergi Melaka tak ada negeri lain ke? Malaysia ni kecil sangat ke? Asyik Melaka je.Tahun lepas pun Melaka juga.

Melaka mempunyai banyak tempat2 menarik.Aku bukan orang Melaka tapi orang utara. Melaka juga telah mendapat pengiktirafan Tapak Warisan Dunia daripada UNESCO.Ini kerana lokasinya agak strategik.Melaka juga terkenal dengan pahlawan-pahlawannya.

3 hari lepas aku ke Melaka kerana ada kerja sikit.Sebab tu la aku balik awal pada parti Fakhru dan tidak dapat datang ke parti Nur Aisya.Semasa sampai lebih kurang jam 7 malam aku ambil kunci bilik dengan hotel dan terus keluar pergi makan sekitar pekan Melaka.

Selepas aku balik daripada makan tu.Aku terus mandi sebab agak penat.Sementara tu sempat juga tengok Anugerah Industri Muzik.Dalam pukul 10 tu aku bosan2 aku cakap dekat mak aku nak turun bawah sekejap.Aku pun turun dan aku jalan2 aku dapati ada pool dekat situ.Aku nak ajak ayah aku main sebab seronok juga main pool.Banyak kali dah aku main pool lebih kurang 10 kali tapi tahu main je la.Kena bola senang tapi nak masukkan bola dalam lubang tu susah sikit.

Lepas main situ aku ketingkat 1 pula.Aku tengok ada Karaoke.Bagus laa...Dulu asyik pergi Karaoke jamban rr tapi dekat sini karaoke bilik.Aku pernah pergi REDBOX nak ajak abang aku balik.Aku sempat kot nyanyi 3 patah perkataan.Lepas tu aku naik ke bilik.

Dah sampai kebilik aku tengok semua dah mandi aku ajak diorang pergi karaoke.Diorang cakap boleh lepas tu turun bawah.Pergi dekat situ dia cakap "Package 3 jam Rm112 dengan beer sekali 5 gelas. Lepas tu ayah aku tanya kalau nak ganti beer tu dengan air leh tak? Boleh...Lepas tu aku pun masuk la bilik karaoke tu sampai pukul 2 pagi.Aku nyanyi paling banyak lagu.Adik aku sampai tido dengar kelunakan suara aku...Hehehe( padahal mengantuk )... Aku pun terus masuk bilik hotel dan tido....

Aku bangkit nak breakfast lebih kurang jam 9.00 pagi.Aku pun turun bawah dengan family aku dan masuk diorang tanya kupon.Ayah aku cakap mana ada kupon diorang tak kasi.Lepas tu diorang check no bilik hotel dan diorang cakap tak ada kupon.Ayah aku keluar arr makan dekat tepi jalan2

Ayah aku pergi park kereta utk breakfast.Aku keluar dulu sementara ayah aku cari parking.Masa aku tengah makan tu aku cakap "sial".Mak aku tanya pahal? Mata-mata saman kereta.Ayah aku selalu kena saman dengan luar negeri kalau dekat KL haram sekali pun tak pernah kena saman.Mak aku pernah kena saman dekat Perlis sebab langgar lampu merah.Lepas tu mak aku balik KL balik.Tapi mak aku tak bayar juga saman tu.Dapat perintah mahkamah kena bayar dalam masa seminggu.Mak aku terus bayar la sebab kalau masuk court kena masuk court dekat Perlis buang masa je.

Lepas tu aku pun baliklah ke KL dengan menaiki kenderaan bermotor.

Monday, May 4, 2009

HAPPY BIRTHDAY!!!



Hari Sabtu yang lepas aku pergi ke IOI mall untuk menghadiri parti Fakhru.Jadi aku pun pergi la.Setelah sampai ke IOI terus aku pergi dekat T.G.I Friday's.Aku pun tengok ada 3 - 5 kawan aku dah sampai.Aku pun sembang-sembang arr dengan diorang




Setelah tu aku nampak 1 clown, Dia datang nak buat magic.Magic dia buat biasa jerr.Aku pun terkena dengan dia.Dia buat orang gelak.Masa habis tuu aku pergi minum air kejap.Ismail pun gi ambik jugak.




Lepas clown ada la pula satu penyanyi.Dia nyanyi lagu Jonas Brother.Aku pun tak tahu lagu apa.Lagipun aku bukan minat Jonas Brother.Dia nyanyi la dengan gitarnya yang agak..........




Ayah kepada Fakhru panggil makan.Aku pun apa lagi bedal la semua yang ada.Fries ada macam-macam arr ada.Aku pun ambil dan makan.Lepas makan aku round-round IOI jap.Lepas tu balik semula ke T.G.I




Ada la seorang budak usia lebih kurang 18 - 25. Buat Street sound.Macam-macam sound dia buat.Hip Hop la katakan.Gila letup dia buat sound tu.Mana la Fakhru cari orang macam tu.Boleh dikatakan hebat la orang macam tu.




Aku pun tunggu laa. Lebih kurang Pukul 4.30 tu diorang potong kek.Dah budak2 T.G.I tu nyanyi lagu apa ntah.Letup jugakk lagu budak2 T.G.I buat tuu.Dah potong kek aku kena balik.Sebab ada kerja dekat Melaka.