Friday, April 10, 2009

Thank Que Elena

Aku terbaca artikel yang Elena tulis pasal ragut tu.Aku pun ada juga pengalaman macam Elena.Perkara ni berlaku 3 tahun lepas.Masa tu aku baru pindah rumah.Bila dah pindah rumah panggil la saudara-mara dari serata pelusuk Malaysia.Ada dari Kangar.Ada dari Rawang.Ada dari Banting.Masa berlaku kejadian ini masa cuti sekolah.Aku pun dengan sepupu aku ni main PS2 dekat ruang tamu rumah.Parent dah tido.Masa tu dalam rumah tu ada dalam 13 orang.6 dah tido yang tinggal aku, abang aku dengan cousin aku 4 orang.Aku main dengan cousin aku PS2 pukul 3 pagi.Sepupu aku seorang lagi tido dekat ruang tamu juga.Yang lain ada atas.Maksudnya ada 4 orang dekat atas dan 3 orang dekat bawah.Dekat rumah aku ni ada 1 lampu kalau orang lalu benda ni menyala.Lampu mengejutkan orang sikit.Jam 3.15 pagi ni cousin aku duduk menghadap tingkap tapi dia beralih kanan sebab TV ada belah kanan.Tiba-tiba lampu tu menyala.Sepupu aku yang main PS2 dengan aku ni tengok la tapi dia ingat abang aku.Pastu dia teringgat abang aku dah balik dia tengok balik dia nampak orang pakai topeng macam Long Ranger dalam cerita P.Ramlee tu.Topeng yang hanya tutup bahagian mata jer.Dia cakap kat aku ada pencuri la.Aku suruh dia tunggu bawah tengok tu pencuri tu tapi pencuri tu nampak cousin aku.Aku terus panggil cousin aku dekat atas tapi dia ikut juga.Masa aku lari naik atas tu.Aku terjatuh sampai lebab lutut.Punya la takut.Yang cousin aku tido dekat ruang tamu ni tengok aku lari naik atas dia pun nak lari tapi sampai separuh tangga aku dah turun ngan cousin-cousin aku.Aku takut gila nak mampus sampai usung tilam dari bawah naik atas.Tak nak tido bawah.Berhimpit la dekat dalam bilik abang aku ni.Cuma kau fikirkan dalam 2 bilik masukkan sampai 13 orang.Panas gila nak mampus.Tapi disebabkan takut panas pun panas la.Masa tu pukul 4.25 pagi.Pukul 8 pagi mak aku bangkit.Dia cakap napa kain jemur semalam jatuh.Lepas tu aku cerita la.Mungkin dia panjat dari rumah sebelah sebab rumah sebelah aku ni kosong.

Jadi tidorlah lewat-lewat...

Lagi satu, TQ tu Elena sebab bagi aku Ilham.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen