Tuesday, April 28, 2009

Krisis Ekonomi - Selesema Babi

Akibat dari selesema babi keadaan dunia agak kelam kabut apabila setakat ini mencatatkan kematian sebanyak 140 orang diseluruh dunia.Virus yang berasal dari Mexico ini disebabkan kekurangan anggota kesihatan.

Disebabkan virus ini, Ekonomi dunia agak merudum apabila sesetengah pelabur menarik balik wang yang dilaburnya dinegara-negara tertentu.Antara saham-saham yang merudum adalah nilai matawang euro dan juga harga minyak.

Usaha pencegahan awal dipertingkatkan apabila Malaysia telah membeli alat thermografik yang berpotensi mengetahui suhu badan seseorang.Alat ini diletakkan disetiap pintu masuk negara bagi menghalang virus ini merebak ke Malaysia.

IMF ( International Monetary Fund ) ataupun lebih dikenali sebagai Tabung Kewangan Dunia telah meminjamkan sebanyak $205 juta kepada Mexico untuk memberi kelengkapan menghalang virus selesema babi ini ke luar negara.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen