Monday, April 6, 2009

Kacau bilau

Perlumbaan pada kelmarin telah dihentikan selepas 32 pusingan akibat hujan turun.FIA ( Persekutuan Automobil Antarabangsa ) telah mengambil keputusan untuk tidak meneruskan terus perlumbaan apabila cuaca semakin gelap.SIC ( Sepang International Circuit ) pula tidak sediakan kelengkapan untuk perlumbaan pada sebelah malam.Gara-gara itu perlumbaan dihentikan.Pada dahulu perlumbaan F1 bermula pada jam 3 petang tetapi disebabkan mahu penduduk Eropah lihat perlumbaan jadi dilewatkan 2 jam ke jam 5.Jika perlumbaan dibuat pada jam 3 petang.Mungkin perlumbaan akan diteruskan.

SIC juga kecewa apabila penonton berkurangan sehingga 40 ribu berbanding tahun lalu.Tahun lalu penonton F1 sebanyak 120 ribu pada tahun ini ia berkurangan kepada 80 ribu penonton.SIC juga berkata perlumbaan tahun hadapan akan diadakan pada jam 3 petang.

Pengalaman aku tengok F1 :

Aku dah banyak kali tengok F1 tapi tahun ini ayah tak dipanggil untuk event disana.Maka tak dapat la aku ikut.Tahun lepas ayah aku dapat event jadi aku pun ikut la.Aku kena bangun pukul 6 pagi.Race start jam 3 petang tapi pukul 6 dah keluar.Sampai Sepang aku pun rehat la dekat dalam 1 khemah.Ayah aku tengah sibuk buat kerja dengan kawan-kawan dia nak siapkan kereta untuk driver F1.Jam 2 petang macam tu ayah aku dapat tiket daripada chairman SIC lepas tu ayah aku kasi dekat aku ngan kawan aku suruh pergi duduk dekat tower.Aku bawa beg dalam tu penuh dengan botol air.Nak masuk situ tak boleh bawa air.Lepas tu ayah aku ambik ayah aku masuk.Ayah aku ada pass sebab jadi crew SIC bawa beg lepas masuk dalam ayah aku kasi beg tu balik.Pastu ayah aku balik pergi dekat tempat dia kerja.Aku tengok dalam 25 minit aku tertidur.Bila dah jaga race dah nak habis.Tanya ayah aku kenapa bising-bising pun boleh tidur.Ayah aku cakap " Sebab bising dengan gegar dari kereta F1 tu buat kita letih.Aku pun balik la.Aku balik naik Rolls Royce.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen