Wednesday, April 8, 2009

Ekslusif tentang budak darjah 5 jari berdarah.

Masa rehat tadi aku turun bawah makan.Dah habis makan tu aku nak minum air tapi terlupa yang botol air tu ada dekat atas.Aku pun terus naik atas nak ambik botol air.Semasa ditingkat 2 aku ternampak Encik Zaidi tengah kelam kabut dengan handphone dia.Aku tengok ada 3 budak darjah 5 ada dekat situ aku agak diorang tu gaduh la.Aku pun tak kisah sangat.Disebabkan terlalu dahaga,Aku naik ambik botol air.Lepas ambik botol air tu aku pun turun la.

Masa turun tu aku tengok Cikgu Zaidi dah atas dalam bilik guru.Roshand bertugas dekat situ jadi aku tanya dia apa jadi tu.Roshand cakap budak tu main pintu.Lepas tu,aku ni macam tak ada apa-apa tapi saja nak pergi tengok.Budak yang kena tu nama dia Shahrul Yasin tu ada dekat depan pintu tengah bilik guru.Aku pandang tangan budak tu dan nampak kuku dia terkeluar.Sikit lagi nak jatuh dengan darah.Aku tanya Roshand "kau nampak tak?" dia cakap " nampak".

Masa pergi kokurikulum aku nampak seorang budak dengan jari dia berbalut kain putih.Tidak lain tidak bukan Syahrul la.Aku tanya"apahal?" dia cerita dekat aku dia dengan kawan-kawan dia main tolak-tolak pintu dekat toilet.Lepas tu dia cakap macam best lak.Dia main lagi.Lepas tu silap tolak pintu tu terkena dia.Tapi aku tau budak ni memang nakal sikit.

Jadi....Janganlah bermain pintu

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen