Sunday, April 5, 2009

Dramatik

Perlumbaan di Sepang pada 2009 telah dimenangi oleh Jenson Button daripada Brawn GP yang menggunakan enjin Mclaren Mercedes.Jenson Button yang memenangi perlumbaan sebanyak 2 kali pada musim ini.Button bermula pada petak hadapan sambil diikuti Jarno Trulli daripada Toyota dan Sebastien Vettel daripada RBR-Renault namun dikenakan penalti 10 petak kebelakang.Aku yang selalu menonton Formula 1 diMalaysia kali ini tidak dapat kerana Ayah aku tak jadi crew.Apa yang aku tengok dari darjah 3 dahulu yang ini perlumbaan paling teruk apabila bendera merah dikibarkan bermakna perlumbaan perlu dihentikan.Perlumbaan dihentikan apabila cuaca buruk dan banyak pemandu F1 terbabas.Perlumbaan ini dilewatkan selama 2 jam daripada waktu asal pada jam 3 kerana cuaca panas.Kimi Raikkonen yang bermula pada ke-8 sementara rakan sepasukannya Felipe Massa tidak menaiki podium sama juga dengan Mclaren Mercedes yang bermula pada petak ke-13 dan 14.Jenson Button memenangi perlumbaan sementara diikuti oleh Nick Heidfeld daripada BMW.Timo Glock pula menduduki tempat ke-3.

Berikut adalah senarai kedudukan :

1.Jenson Button - Brawn GP
2.Nick Heidfeld - BMW Sauber
3.Timo Glock - Toyota
4.Jarno Trulli - Toyota
5.Rubens Barrichello - Brawn GP
6.Mark Webber - RBR-Renault
7.Lewis Hamilton - Mclaren Mercedes
8.Nico Rosberg - William Toyota
9.Felipe Massa - Ferrari
10.Sebastian Bourdais - STR-Ferrari
11.Fernando Alonso - Renault
12.Kazuki Nakajima - William-Toyota
13.Nelson Piquet - Renault
14.Kimi Raikkonen - Ferrari
15.Sebastien Vettel - RBR-Renault
16.Sebastien Buemi - STR-Ferrari
17.Adrian Sutil - Force India
18.Giancarlo Fischella - Force India
Out - Robert Kubica - BMW Sauber
Out - Heikki Kovalainen - Mclaren Mercedes

Disebabkan perlumbaan hanya separuh apabila bendera merah dikibarkan pada pusingan yang ke-23.Mata yang diperolehi hanya separuh.

Mata Kategori Pengeluar :

Brawn GP - 25 mata
Toyota - 16.5 mata
BMW Sauber - 4 mata
Renault - 4 mata
William Toyota - 3.5 mata
STR-Ferrari - 3 mata
RBR-Renault - 1.5 mata
Mclaren Mercedes - 1 mata
Force India - 0 mata
Ferrari - 0 mata

Lagi berita F1...Esok

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen