Friday, March 27, 2009

Penat...

Raptai untuk perbarisan dilakukan dari kelmarin hingga hari ini berlanjutan hingga esok sempena hari sukan pada hari Ahad ini.Aku yang join perbarisan untuk rumah banglo ( Laksamana ) adalah antara 19 orang yang hadapan.Esok raptai diadakan penuh daripada darjah 1 hingga darjah 6 perlu hadir.Esok juga gotong-royong akan diadakan untuk membersihkan sekolah.Semasa berani dalam perbarisan aku sempat sembang dengan classmate aku dulu masa sekolah agama.Semua murid diwajibkan memasuki perbarisan hingga menyusahkan cikgu urus.Kalau beralih kebelakang nampaklah budak-budak darjah 1 penuh...Selepas habis raptai kami berpeluang melihat acara tarik tali diadakan dimana peringkat akhir diadakan pada hari sukan.Selepas itu, kami semua ke kantin untuk berehat.Selepas itu,Puan Azlina suruh beratur turun kebawah untuk tengok acara lompat jauh.Hadi memenangi dengan lompatan sejauh 4.07 meter.Tukang ukurnya iaitu Fahim Azzam atau lebih dikenali Boboy mendapat gaji sebanyak makanan dan minuman.Selepas habis tengok acara itu kami pun balik ke kelas dan belajar seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen