Thursday, March 12, 2009

Hero kita dipenjara!


Kebanyakkan hero selalunya dipandang jahat.Tak percaya, OK kita tengok Spider-man semua kata dia jahat.Cicak-man pun diorang kata jahat.Sebenarnya diorang ni nak menolong tapi semua dipandang jahat lain la kalau Postman.


Muntadhar Al-Zaidi seorang wartawan Iraq yang berusia 30 tahun membaling sepasang kasutnya ke presiden perang George W Bush semasa sidang media di Iraq.Lawatan terakhir Bush itu dicemari tindakan itu.Dalam budaya Arab membaling kasut bermaksud menghina seseorang ( Bush ).Iran mendapat idea dengan membuat satu demonstrasi dengan meletakkan patung Bush dan menyuruh rakyatnya membaling kasut.Malangnya bukan kasut yang baling tapi sliper.Lagi terhina George Bush.Bagaimanapun balingan Muntadhar itu dapat dielakkan oleh bekas presiden Bush.Selepas membaling kasut beliau dikerumuni oleh pegawai keselamat disitu menyebabkan dia dibelasah dan patah tangan.Selepas itu beliau ditahan polis.Penduduk Iraq membuat bantahan tentang penangkapan wira mereka.Munthadar dihadapkan ke mahkamah kerana memalukan Perdana Menteri Iraq.Munthadar disokong 25 orang peguam bela.Walaubagaimanapun,Munthadar tidak bernasib baik kerana beliau dihukum penjara 3 tahun.Biasa la hero mesti disalahkan.Itulah nasib seorang wira.

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen