Monday, March 23, 2009

Cuti selama-lamanya.....

" Che'gu, kerusi boleh rosak kerr?" Tanya rakan sekelasku." Semua yang ada didunia ni akan rosak,Kipas,lampu,meja semua nanti akan rosak,Kamu pun nanti akan rosak,Bila kamu mati rosak la tu".Itulah kata-kata terakhir yang kudengar dari che'gu Anuar ketika dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Che'gu dikatakan mati akibat diserang sakit jantung ketika ingin melihat ayahnya di ICU ( Unit Rawatan Rapi ).Mungkin disebabkan terlalu risau tentang nyawa ayahnya dia mengalami sakit jantung.Che'gu Anuar yang agak loyar buruk sikit ni meminta sehari cuti daripada Puan Too untuk melihat ayahnya dihospital ( Mungkin diKedah kerana Che'gu berasal dari sana ).Che'gu kembali ke rahmatullah pada jam 12:20 tengah malam.Semoga roh che'gu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen