Tuesday, March 31, 2009

Kerja...

Kalau dikatakan tentang kerja ini semua ingat nak jadi doktor,jurutera,pilot dan lain-lain.Bila orang cakap nak jadi penyapu sampah dianggap hina dan jika tiada penyapu sampah.Negara pula dihina sebab kita.Penyapu sampah pun berbakti kepada negara juga tau.Kerja pilot ini boleh pergi melancong keluar negara.Itu antara sebabnya dan boleh bawa kapal terbang tetapi jika kemalangan...Pilot yang dipersalahkan.Kalau jadi doktor.Kalau jadi salesman pun sama juga.Kalau dapat pelanggan best tapi bila pelanggan dah lari...Lupikir arr sendiri...Tapi kalau chef menjealouskan aku sebab nampak sedap jadi rasa nak makan jer.Kalau kerja jadi model mesti cantik.Kalau tak cantik kena ban.Orang pun tak nak tengok show dan paling lawak sekali ada model jatuh dekat stage.Malunyerrr...Kalau jadi polis pula kena jujur.Sebab sekarang ni polis sua duit lepas jerr.Tapi kalau kita tak buat salah mana polis nak dapat duit.Jadi polis ni bergantung kepada kita.Sebab kita kena buat salah baru boleh kena saman dan bila kena saman mesti kena bayar duit.Kalau jadi ahli bomba...Agak-agak laa...Kalau jadi DJ radio pulak mesti kena cakap laju-laju dan jangan tersalah cakap sebab kalau salah 1 Malaysia tahu.Kepada sesiapa yang bercita-cita nak menjadi doktor jangan marah tau.Doktor ni kerja dia merawat orang sakit.Kalau semua orang sihat macam mana dia nak dapat duit.Doktor pun mesti doakan orang supaya sakit kalau orang sakit baru dia boleh rawat dan bila boleh rawat jadi boleh dapat duit.

Saturday, March 28, 2009

Semangat Tom Tom Bak

Shazlan dah tak lehh tolong Syahbandar untuk menang...Dulu lehh laa Shazlan guna dia punya buku tolong girlfriend dia dalam sukan...Sekarang semangat Tom Tom Bak dah ganti...Aku tengok la dalam carta mata.Pagi tadi Laksamana ( Laksa mana? ) mendahului Bendahara ( Benda Haram ) sebanyak 20 mata sementara aku rasa Temenggong hanya termenung melihat nasib bakal menimpa.Aku menyertai perbarisan bersama 20 orang yang lain dengan logo Keamanan dan Keindahan Alam sekitar.Tadi pagi aku bersama boss aku dan lain-lain tolong cikgu menyiapkan kerja yang perlu disiapkan.Aku juga berkesempatan bersembang dengan boss aku sebab dah lama aku tak berbual dengan dia.Aku juga dapat mendengar muzik yang bakal didengkan ketika perbarisan.Bunyi muzik memang tak belah.Kami rumah sukan terakhir ketika perbarisan dan ini bernasib baik kerana dapat bermain ketika didepan khemah dan juga tak lama dan tunggu panas-panas.Lagi 1 yang diatas tuu hanya gurauan.Semua rumah sukan berpeluang untuk menang.Kita tunggu siapa menang.

Friday, March 27, 2009

100 Post

1) Masuk artikel kali ini sudah 101 artikel dihantar.Terima kasih kepada semua pembaca-pembaca blog aku dan jiran-jiran aku yang sama-sama mempromosikan blog masing-masing.Blog ini yang mula dilancarkan pada 18 oktober 2008 kini sudah mempunyai 101 artikel.Sekali lagi aku nak ucapkan Terima Kasih.


2) Malam esok pada jam 8:30 hingga 9:30 diminta menutup bahan-bahan elektrik untuk menyokong Earth Hour anjuran WWF untuk mengurangkan pemanasan global ( Global Warming ) Earth Our telah sokongan 82 buah negara dan lebih 2100 kota raya diseluruh dunia.Jadi sama-samalah menyokong Earth Hour dengan menutup alatan elektrik.

Penat...

Raptai untuk perbarisan dilakukan dari kelmarin hingga hari ini berlanjutan hingga esok sempena hari sukan pada hari Ahad ini.Aku yang join perbarisan untuk rumah banglo ( Laksamana ) adalah antara 19 orang yang hadapan.Esok raptai diadakan penuh daripada darjah 1 hingga darjah 6 perlu hadir.Esok juga gotong-royong akan diadakan untuk membersihkan sekolah.Semasa berani dalam perbarisan aku sempat sembang dengan classmate aku dulu masa sekolah agama.Semua murid diwajibkan memasuki perbarisan hingga menyusahkan cikgu urus.Kalau beralih kebelakang nampaklah budak-budak darjah 1 penuh...Selepas habis raptai kami berpeluang melihat acara tarik tali diadakan dimana peringkat akhir diadakan pada hari sukan.Selepas itu, kami semua ke kantin untuk berehat.Selepas itu,Puan Azlina suruh beratur turun kebawah untuk tengok acara lompat jauh.Hadi memenangi dengan lompatan sejauh 4.07 meter.Tukang ukurnya iaitu Fahim Azzam atau lebih dikenali Boboy mendapat gaji sebanyak makanan dan minuman.Selepas habis tengok acara itu kami pun balik ke kelas dan belajar seperti biasa.

Thursday, March 26, 2009

Anti-Bush


Nieehh apahall lakk guna nama aku niee....Aku tau laa aku sorang jerr lehh tolongg kau tapi jgn sbut laa...











Tengokk aperr???
Apa kau buat huh??


Isyh....
Isyhh...


Apalaa dengan baby pun takut.Macam mana dia ni boleh jadi presiden tapi baby pun takutt...


Setelahh membuat kajian...Sel badanya semua sama dengan monyet...Patut prangai macam monyet...Hehehe



Wednesday, March 25, 2009

Gilaa.....

Setengah orang mati kena heart attack tapi ada juga orang yang nak cari mati...Tak percaya...Siapa lagi kalau bukan David Blaine
video

Monday, March 23, 2009

Cuti selama-lamanya.....

" Che'gu, kerusi boleh rosak kerr?" Tanya rakan sekelasku." Semua yang ada didunia ni akan rosak,Kipas,lampu,meja semua nanti akan rosak,Kamu pun nanti akan rosak,Bila kamu mati rosak la tu".Itulah kata-kata terakhir yang kudengar dari che'gu Anuar ketika dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.Che'gu dikatakan mati akibat diserang sakit jantung ketika ingin melihat ayahnya di ICU ( Unit Rawatan Rapi ).Mungkin disebabkan terlalu risau tentang nyawa ayahnya dia mengalami sakit jantung.Che'gu Anuar yang agak loyar buruk sikit ni meminta sehari cuti daripada Puan Too untuk melihat ayahnya dihospital ( Mungkin diKedah kerana Che'gu berasal dari sana ).Che'gu kembali ke rahmatullah pada jam 12:20 tengah malam.Semoga roh che'gu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah

Saturday, March 21, 2009

Return...

"How are you Mr President?" sambil memeluk Barack Obama.Itulah yang berlaku ketika aku berada di AS.Sungguh gembira kerana dapat memeluk Barack Obama ketika aku kesana.Bukan senang untuk berjumpa presiden Amerika ketika di White House.Aku tidak menipu kerana ini benar-benar berlaku didalam mimpiku ketika aku berada di Alor Star ( AS ).Sebab itu aku tulis "AS" bukannya "US".Sekarang aku nak cerita sedikit tentang dream.

Mengikut kajian yang aku lakukan selama aku cuti selama seminggu adalah seperti berikut.

  • Seorang manusia mendapat 1460 mimpi setiap tahun dan ini bermakna anda mendapat 4 mimpi semalam.Tapi ni average jer.
  • Manusia yang buta selepas lahir boleh melihat gambar didalam mimpi mereka sementara yang buta sejak lahir hanya dapat rasa,bau,sentuhan,bunyi dan juga emotion.
  • Tahukan anda bahawa semua watak dalam mimpi anda adalah orang yang anda jumpa sebelum ini.Ini bermaksud anda mengenali sesiapa yang berada dalam mimpi anda tetapi mungkin anda tidak perasan siapa itu.
  • 1 daripada 10 orang akan mimpi hitam putih. * Mimpi tak ada duit kot nak beli mimpi warna...Ataupun Mimpi dia tuu rosak sikit.
  • Lagi satu benda yang aku nak kasi tahu,Haiwan juga mendapat mimpi....
  • Khas kepada penipu mimpi, Mengikut kajian aku, Mimpi ni tak sampai 15 saat.Jadi jangan reka cerita mimpi lama-lama...Hehehe....

Bagaimana mimpi anda???

Saturday, March 14, 2009

Amerika Penipu


Al-Qaeda adalah satu organisasi yang dipimpin oleh jutawan arab iaitu Osama Bin Laden.Osama Bin Laden dikatakan mempunyai aset yang bernilai 300 juta dolar ( RM1.05 billion )Al-Qaeda yang berpengkalan di Afghanistan.Amerika sekali lagi mengambil kesempatan apabila menceroboh Afghanistan dengan alasan menyorok Osama Bin Laden.Al-Qaeda yang mula dikenali dunia apabila serangan 11 September yang menyebabkan bangunan berkembar di New York runtuh.Amerika menuduh Al-Qaeda melakukan serangan tersebut tetapi Al-Qaeda yang dipimpin Osama tidak mengaku dan tidak menafikan tentang penglibatan mereka.Osama dikatakan tinggal Afghanistan kerana kawasan disana agak strategik kerana mempunyai bukit bakau jadi susah Amerika mencari mereka.Disini aku nak katakan Amerika ni penipu sikit.Mengapa? Sebab mereka mengatakan mereka melancarkan satelit yang dikatakan boleh melihat manusia 3 kaki dari bumi ini bermaksud dia boleh mengetahui dimana kita berada jika kita duduk ditempat terbuka.Jadi ini antara penipuan Amerika yang boleh dikenali sebagai negara yang paling pandai menipu.Semasa serangan 11 September 2001, Tiada seorang pun orang Yahudi yang mati di bangunan World Trade Centre tersebut.Sedangkan disitu selalunya sesak dengan orang Yahudi.Dan tidak ramai orang yang mati.Mengikut andaian aku sekurang-kurangnya 1100 orang yang mati tetapi yang mati hanya 300++ orang lebih.Di mana yang selebihnya? Mereka semua diberi cuti gaji jalan.Kenapa mereka beri cuti? Sebab tak mahu kasi mereka terbunuh.Selain itu,rakaman video itu pun menghairankan aku juga kerana jika kita berada di jarak yang jauh, Kita tak dapat memastikan bahawa kapal terbang itu berada didepan atau dibelakang bangunan itu.Ataupun melanggar bangunan itu.Hampir kesemua orang lari sedangkan jurukamera masih lagi merakam.Ini bermaksud jurukamera itu memang ingin merakam kejadian itu dan mungkin jurukamerea diupah oleh CIA ( Central Intelligent Agency ). Jadi aku nak cakap bahawa Amerika yang mengatur serangan 11 September itu. Untuk mengatakan Islam ini adalah agama keganasan.

Friday, March 13, 2009

Rakaman Video Gantung Saddam Hussein

video

Hati-hati Guna ruang aku ( Heart-Heart use myspace )

RAMAI yang suka menggunakan laman web sosial seperti MySpace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan dan juga member lama di ruangan maya.

Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya.
Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai tempat memperjuangkan wadah dan pemikiran masing-masing. Yang penting, ia percuma dan itulah yang saya ingin kongsikan.

Lamab web sosial sekarang tidak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu percuma, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapat satu account bagi diri masing-masing.

Laman web sosial yang sedang meletup sekarang ialah Facebook.
Sebenarnya, ada sebahagian dark side yang tidak diketahui oleh jutaan pengguna Internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu teori konspirasi yang telah pun menjadi fakta benar.

Jika ada antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan.

Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang Facebook? Sedarkah kita bahawa semua data yang
kita berikan itu telah pun disimpan oleh pihak perisikan antarabangsa?

Mereka boleh mengakses semua butiran mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir diri tanpa perlu bertanya kepada orang lain. Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai daripada kita terutamanya rakyat Malaysia sudah memberikan 100 peratus informasi dan
butiran diri mereka dengan tepat.

Dalam keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap Facebook, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang Facebook letak dalam laman web mereka. Yang kita tahu hanyalah percuma dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.

Bagi pengguna kebanyakan, mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak itu tetapi bagi mereka yang mempunyai title sebagai professional seperti doktor, peguam, profesor, saintis dan lain-lain, mereka inilah yang dicari-cari.
Pernahkah kita atau mereka fikirkan mengenai risiko yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?

Semua data mengenai aktiviti dimasukkan.
Semua data mengenai kejayaan diri dimasukkan.
Alamat, bandar, nombor telefon, kelab, pekerjaan, rekod pendidikan, minat, aktiviti harian, habis diberikan begitu sahaja.
Data-data ini akan disimpan oleh pihak perisikan sebagai data yang boleh dijadikan statistik untuk kegunaan mereka pada masa depan.
Malah, maklumat mengenai keluarga juga dimasukkan dengan selamba.
Bagi saya, bersosial di laman web tidaklah salah, tetapi berhati-hatilah dengan semua privasi diri sendiri. Jangan sesekali memberikan maklumat penting. Palsukan semua maklumat yang dirasakan tinggi privasinya.

Maklumlah.. rakyat Malaysia inikan cepat terpengaruh. Apalagi dengan benda percuma sebegini


* Aku pun maen myspace gak dan bgi maklumat yg agak tepat...Hehehe... Kata orang paku tersepih,Kata orang dia yang lebeh...

Thursday, March 12, 2009

Hero kita dipenjara!


Kebanyakkan hero selalunya dipandang jahat.Tak percaya, OK kita tengok Spider-man semua kata dia jahat.Cicak-man pun diorang kata jahat.Sebenarnya diorang ni nak menolong tapi semua dipandang jahat lain la kalau Postman.


Muntadhar Al-Zaidi seorang wartawan Iraq yang berusia 30 tahun membaling sepasang kasutnya ke presiden perang George W Bush semasa sidang media di Iraq.Lawatan terakhir Bush itu dicemari tindakan itu.Dalam budaya Arab membaling kasut bermaksud menghina seseorang ( Bush ).Iran mendapat idea dengan membuat satu demonstrasi dengan meletakkan patung Bush dan menyuruh rakyatnya membaling kasut.Malangnya bukan kasut yang baling tapi sliper.Lagi terhina George Bush.Bagaimanapun balingan Muntadhar itu dapat dielakkan oleh bekas presiden Bush.Selepas membaling kasut beliau dikerumuni oleh pegawai keselamat disitu menyebabkan dia dibelasah dan patah tangan.Selepas itu beliau ditahan polis.Penduduk Iraq membuat bantahan tentang penangkapan wira mereka.Munthadar dihadapkan ke mahkamah kerana memalukan Perdana Menteri Iraq.Munthadar disokong 25 orang peguam bela.Walaubagaimanapun,Munthadar tidak bernasib baik kerana beliau dihukum penjara 3 tahun.Biasa la hero mesti disalahkan.Itulah nasib seorang wira.

Tuesday, March 10, 2009

Tidak Adil

Iraq dahulunya adalah negara yang agak kaya di rantau negara teluk.Negara ini kaya dengan hasil minyak.Iraq mempunyai penduduk sebanyak 26 700 000.Ibu negara mereka bernama Baghdad.Amerika telah menceroboh Iraq pada tahun 2003 tanpa alasan yang kukuh.Dikatakan mereka ingin mengambil minyak yang terdapat ditanah Iraq.Presiden Iraq semasa itu adalah Saddam Hussein adalah anti-Amerika.Disebabkan itu,Amerika bertekad menangkapnya dan membawa ke mahkamah.Mereka menangkap Saddam Hussein dibawah tanah hasil bantuan daripada sepupunya juga.Sepupunya diberikan 25 juta dolar kerana memberi tahu lokasi Saddam Hussein sembunyi.Saddam Hussein ditangkap selepas beberapa hari dia dibawa ke mahkamah.Amerika sudah berjanji dengan Hakim yang membicara kes Saddam supaya menjatuhkan hukuman mati terhadap Saddam Hussein.Dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh orang awam( yang mengancam negara).Beliau mati pada 30 Disember 2006.Saddam Hussein adalah seorang yang tegas kerana itu adalah salah satu sebab mereka membunuh beliau.Bekas Pembantu Saddam Hussein berkata jika Saddam masih hidup Israel tidak berani menyerang Palestin.Kebencian terhadap Amerika ( Bush ) sudah nampak apabila dibaling kasut oleh seorang wartawan Iraq."Berani sungguh dia baling kasut...."






Ini cerita daripada Indonesia.Jemaah Islamiah atau lebih dikenali sebagai JI.Mereka bergerak disekitar Asia Tenggara.JI ini telah mengebom banyak gereja,Hotel dan Sebuah disko di Bali Indonesia dengan mengatakan ia jihad.Tiga orang rakyat Malaysia dikatakan terlibat.Salah seorangnya bernama Nordin Mat Top adalah pakar pembuat bom.Kumpulan ini dikatakan mempunyai hubungan dengan kumpulan pejuang Al-Qaeda.3 pemimpin tertinggi mereka bernama Imam Samudera,Amrozi dan Ali Ghuffron telah dijatuhkan hukuman tembak atas kesalahan membunuh orang awam.Tepat jam 1.15 pagi Boom ketiga-tiganya mati ditembak.Mereka semua dikatakan mati syahid kerana berjuang dijalan Allah.
Kedua-dua cerita ni mengatakan sesiapa membunuh orang awam dihukum mati.Memang kedua-dua mereka ini ada membuat salah tetapi tak sejahat rejim Zionis ( Israel ).Israel beratus-ratus orang awam.Tidak pula dihukum gantung.Ini bermaksud tidak adil.












Monday, March 9, 2009

Penat

Dalam masa 11 hari ( 224 jam ) aku menghabiskan 1 hari ( 24 jam ) berada didalam kereta untuk pulang kekampung dan kerumah aku balik.Sungguh memenatkan.Aku baru sahaja pulang dari kampung halaman aku.Disana tiada akses internet jadi aku tidak dapat mengupdate blog aku ni.Sampai ada orang kata aku ni dah menganggur.Aku balik kesini aku teringat kata-kata Ustaz Ashrof bahawa 1 hari dibahagikan dengan 3 iaitu beribadat,rehat dan belajar.Jadi aku membuat kajian tentang apa yang anda lakukan dalam masa sehari.

8 :00 jam tidur
9 :00 jam belajar
0:30 jam beribadat
1:00 jam Makan
0:30 mandi dll

7 jam free
17 jam / 24 jam

24 jam x 7 = 168 jam

8 jam x 7 = 56 jam semingu anda tidur
9 jam x 5 = 45 jam seminggu anda belajar = 30 jam anda berada disekolah
setengah jam x 7 = 3 jam 30 minit seminggu anda beribadat
1 jam x 7 = 7 jam seminggu anda makan
setengah jam x 7 = 3 jam 30 minit seminggu anda mandi
7 jam x 7 = 49 jam seminggu anda bebas membuat apa-apa.

168 jam
115 jam anda perlu melakukan perkara-perkara asas
49 jam anda bebas melakukan apa-apa

1/4 daripada 1 hari anda berada disekolah = 6 jam disekolah
1/3 anda tidur = 8 jam

* Kajian adalah simple sahaja

Thursday, March 5, 2009

Style

Dekat sekolah mempunyai ramai guru.Guru ni ada bermacam-macam jenis.Ada yang suka mrah,baik,bagi kerja banyak-banyak.Kalau che'gu tu garang-garang nanti ramai anak murid tak suka.Jadi dinasihatkan kepada che'gu-che'gu supaya berbaik-baik.

Che'gu Saiful ( English ) = Masuk kelas.Suka tampar orang.Tulis dekat whiteboard senget.4 soalan penuh whiteboard.

Che'gu Nadzarawi = ( No comment sbab kelas aku ada anak dia )

Miss Gheeta = Masuk lambat2.Malas tulis dkat whiteboard.

Che'gu Azlina = Masuk kelas.Bangun.Salam ( Kena cepat-cepat ).Tengok bawah kutip sampah.

Che'gu Anwar = suka merapu.

Puan Too = Suka suruh orang buat correction.Suka kasi orang kena marah dengan parent.

Madam Nita = suka cop baju orang.

Banyak lagi tapi malas nak tulis...

Tuesday, March 3, 2009

Ada

A'kum...Aku disini nak menangkis dakwaan kawan-kawan aku yang kata aku merajuk.Bila
masa aku merajuk.Mereka semua ni aku rasa jealous kot dengan aku sebab tu buat macam-macam fitnah.
cuba bilang Black dot