Thursday, January 1, 2009

Lawak Gila Kentang!!!

Sperti yg aku janji nieeehh lawak hari ini....

Murid : Selamat pagi, cikgu.
Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi Sahaja? Petang Dan malam awak doakan saya tak Selamat?
Murid : Selamat pagi, petang Dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh Orang! Kata selamat sejahtera! Senang Dan Penuh Bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi Semua Masa Dan keadaan.
Murid : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang Perkataan Berlawan. Bila cikgu sebutkan Perkataannya,Kamu semua mesti menjawab dengan Cepat, lawan bagi Perkataan-perkataan itu, faham?
Murid : Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu Ada apa-apa gangguan.
murid :(senyap)
Cikgu : Pandai!
Murid : Bodoh!
Cikgu : Tinggi!
Cikgu : rendah!
Cikgu : Jauh!
Murid : Dekat!
Cikgu : Keadilan!
Murid : UMNO!
Cikgu : Salah!
Murid : Betul!
Cikgu : Bodoh!
Murid : Pandai!
Cikgu : Bukan!
Murid : Ya!
cikgu : oh Tuhan!
Murid : Oh Hamba!
Cikgu : Dengar ini!
Murid : Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid : Bising!
Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu : Mati aku!
Murid : Hidup kami!
Cikgu : Rotan baru tau!
Murid : Akar lama tak tau!
Cikgu : Malas aku ajar kamu!
Murid : Rajin kami belajar cikgu!
Cikgu : Kamu Gila!
Murid : Kami siuman!
Cikgu : Cukup! Cukup!
Murid : Kurang! Kurang!
Cikgu : Sudah! Sudah!
Murid : Belum! Belum!
Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
Murid : Sebab saya seorang pandai!
Cikgu : Oh! Melawan!
Murid : Oh! Mengalah!
Cikgu : Kurang ajar!
Murid : Cukup ajar!
Cikgu : Habis aku!
Murid : Kekal kami!
Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
Cikgu : Sudah, bodoh!
Murid : Belum, pandai!
Cikgu : Berdiri!
Murid : Duduk!
Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Kuang Aja jerr murid

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Dipersilakan Komen