Saturday, November 8, 2008

Malaysia

Malaysia (Jawi: مليسيا) ialah sebuah negara persekutuan yang terletak di Asia Tenggara. Malaysia mempunyai dua kawasan utama yang terpisah oleh Laut China Selatan; iaitu Semenanjung Malaysia, bersempadankan Thailand di utara dan Singapura di selatan; dan Malaysia Timur, bahagian utara Pulau Borneo yang bersempadan dengan Indonesia di selatan dan Brunei di utara. Malaysia adalah salah satu negara perintis ASEAN.


Rencana utama: Sejarah Malaysia
Semenanjung Melayu berubah menjadi pusat
perdagangan di Asia Tenggara apabila China dan India memulakan perdagangan mereka melalui Selat Melaka. Banyak kerajaan awal wujud pada abad ke-10 berasal daripada bandar pelabuhan. Ini termasuk Langkasuka dan Lembah Bujang di Kedah, Beruas dan Gangga Negara di Perak, serta Pan Pan di Kelantan. Pada awal abad ke-15, Kesultanan Melaka wujud dan kemakmuran ekonominya telah menarik minat penakluk daripada Portugis, Belanda dan Britain untuk mewujudkan petempatan atau koloni di Selat Melaka.
Petempatan selat koloni diraja Britain diwujudkan pada
1826, dan Britain sedikit demi sedikit menyebarkan pengaruh dan kawalannya ke atas seluruh semenanjung. Penempatan selat ini terdiri dari Pulau Pinang, Singapura dan Melaka. Pada 1867, Inggeris menjadi semakin agresif dan mula mendapatkan negeri-negeri Melayu yang lain. Disebabkan perang saudara, gangguan kongsi gelap Cina, Britain telah dipilih untuk menyelesaikan masalah masalah penduduk Negeri-negeri Selat. Akhirnya, Perjanjian Pangkor ditandatangani yang mengakibatkan perluasan kuasa Britain ke negeri-negeri Melayu (iaitu Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan yang dikenali juga Negeri-negeri Melayu Bersekutu). Negeri-negeri lain yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu berada di bawah kuasa Thailand.
Di
Borneo pula, Borneo Utara Britain dahulunya berada di bawah pemerintahan Kesultanan Sulu (sekarang Sabah) ditabalkan sebagai Koloni Diraja British, manakala Sarawak menjadi milik keluarga Brooke. Akibat penaklukan Jepun pada Perang Dunia II dan kebangkitan komunis, sokongan untuk kemerdekaan semakin kuat. Apabila Britain mahu mewujudkan Malayan Union selepas perang berakhir, masyarakat Melayu bangun menentang dan mahukan sistem yang pro-Melayu, menolak kemasukan Singapura dan mahukan sistem kewarganegaraan tunggal (berbanding dwiwarganegara, yang membolehkan kaum pendatang mendapat status warganegara Malaya dan negara asal mereka). Kemerdekaan untuk Semenanjung Tanah Melayu diperolehi pada 1957 di bawah nama Persekutuan Malaya, tanpa penyertaan Singapura.
Persekutuan yang baru diwujudkan di bawah nama Malaysia pada 16 September
1963 melalui penyatuan Persekutuan Malaya, Singapura, Borneo Utara (kemudian dinamakan Sabah) dan Sarawak. Kesultanan Brunei yang pada mulanya menyatakan hasrat untuk menyertai Malaysia menarik diri akibat tentangan sebahagian masyarakat Brunei yang kecewa kerana sultan mereka tidak disenarai dalam bakal Yang Di-Pertuan Agong. Pada awal penubuhan Malaysia, banyak perkara berlaku misalnya cubaan Indonesia menakluk Malaysia, dan tuntutan Sabah oleh Filipina. Selain itu, pada 1965, Singapura menarik diri daripada Malaysia dan rusuhan kaum terjadi pada 1969.
Kini Malaysia masih lagi mempunyai beberapa masalah dengan jirannya seperti masalah penambakan tanah oleh Singapura dan isu harga air. Dengan Indonesia juga terdapat sedikit perselisihan mengenai pemberian konsesi carigali minyak di perairan Sabah serta masalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Namun segala masalah tersebut dirundingkan secara aman dengan semangat setiakawan. Tambahan lagi, rakyat Malaysia dan jiran-jirannya berasal dari rumpun yang sama. Terutamanya dengan rakyat Indonesia, Malaysia telah banyak menjalin ikatan dengan rakyat di negara itu.


Persekutuan Malaysia merupakan sebuah negara raja berperlembagaan. Malaysia diketuai oleh Yang di-Pertuan Agong yang dipilih daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun.
Sistem ini adalah berdasarkan Westminster kerana Malaysia merupakan bekas tanah jajahan Britain. Kuasa pemerintahan lebih banyak dipegang oleh cabang
eksekutif berbanding perundangan. Pilihan raya umum pula perlu diadakan setiap lima tahun sekali.
Kuasa eksekutif ditetapkan oleh
kabinet yang dipimpin oleh Perdana Menteri. Berdasarkan perlembagaan Malaysia, Perdana Menteri mestilah seorang anggota Dewan Rakyat, yang pada pendapat Yang di-Pertuan Agong, memimpin kumpulan majoriti dalam parlimen. Manakala kabinet merupakan ahli parlimen yang dipilih daripada Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
Parlimen terbahagi kepada Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Negara mempunyai 70 orang senator (iaitu panggilan yang diberikan kepada ahli Dewan Negara). Pemilihan ahlinya boleh dibahagikan kepada dua:
26 ahli dipilih oleh
Dewan Undangan Negeri sebagai mewakili 13 negeri (setiap negeri diwakili oleh dua orang ahli).
44 ahli yang dilantik oleh Seri Paduka Baginda
Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, termasuk dua ahli dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, dan satu ahli masing-masing dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Putrajaya.
Dewan Rakyat pula mempunyai seramai 222 ahli, dan setiap ahli mewakili satu
kawasan pilihan raya. Ahli-ahli dipilih atas dasar sokongan ramai melalui pilihan raya. Setiap ahli Dewan Rakyat memegang jawatan selama lima tahun, dan selepas itu pilihan raya yang baru akan diadakan. Kuasa perundangan dibahagi antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.
Kuasa politik di Malaysia amat penting bagi memperjuangkan sesuatu isu dan hak oleh yang demikian kuasa memainkan peranan yang amat penting dalam melakukan perubahan.
Laman Rasmi Parlimen Malaysia


Geografi Ladang Teh di Sungai Palas, Cameron Highlands
Rencana utama:
Geografi Malaysia
Malaysia terdiri daripada dua kawasan utama yang dipisahkan oleh
Laut China Selatan. Kedua dua kawasan mempunyai bentuk muka bumi yang hampir sama, iaitu daripada pinggir laut yang landai sehinggalah hutan tebal dan bukit bukau. Iklim Malaysia ialah khatulistiwa.
Putrajaya ialah pusat pemerintahan yang baru dibina dengan tujuan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur. Pejabat Perdana Menteri telah berpindah ke Putrajaya pada 1999 dan keseluruhan pejabat kerajaan pusat selesai berpindah ke Putrajaya pada 2005. Hanya beberapa pejabat kerajaan seperti RTM dikekalkan di Kuala Lumpur, selain Parlimen. Kuala Lumpur kekal sebagai ibu negara Malaysia. Bandar raya lain termasuk Ipoh, George Town, dan Johor Bahru.


Menara Berkembar KLCC, mercu tanda Malaysia
Rencana utama:
Ekonomi Malaysia
Malaysia merupakan sebuah negara berpendapatan sederhana, berubah daripada sebuah negara pengeluar bahan mentah seperti
getah, bijih timah dan sebagainya pada 1971 kepada negara berekonomi pelbagai sektor melalui Dasar Ekonomi Baru. Pada dasarnya, pertumbuhan Malaysia adalah bergantung kepada eksport bahan elektronik seperti cip komputer dan sebagainya. Akibatnya, Malaysia merasai tekanan hebat semasa kegawatan ekonomi pada 1998 dan kemerosotan dalam sektor teknologi maklumat pada tahun 2001. KDNK pada tahun 2001 hanya meningkat sebanyak 0.3% disebabkan pengurangan 11% dalam bilangan eksport tetapi pakej perangsang fiskal yang besar telah mengurangkan kesan gawat tersebut.
Malaysia mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil (di mana kadar
inflasi dan kadar pengangguran kekal di bawah 3%), simpanan pertukaran wang asing yang sihat, dan hutang luar yang kecil. Ini membolehkan Malaysia untuk tidak lagi mengalami krisis yang sama seperti Krisis Kewangan Asia pada 1997. Walaubagaimanapun, prospek jangka panjang kelihatan agak kabur disebabkan kurangnya perubahan dalam sektor korporat terutama sekali sektor yang berurusan dengan hutang korporat yang tinggi dan kompetitif.
Selain
getah dan sawit yang banyak di semenanjung, Sabah dan Sarawak juga kaya dengan sumber asli seperti kayu balak, petroleum dan gas asli.

Rencana utama: Demografi Malaysia
Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54 % dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira kira satu perempat daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina, dan 7% lagi terdiri daripada kaum India. Hampir 85% daripada kaum India di Malaysia merupakan masyarakat Tamil.
Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di kedua-dua negeri itu. Keadaan di Sabah lebih teruk setelah kemasukan UMNO dalam usaha menguasai politik di negeri itu. Mereka terbahagi kepada puluhan kumpulan etnik tetapi memiliki budaya umum yang sama. Kaum yang utama adalah
Kaum Kadazan-Dusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke 20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian atau memeluk Islam.
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal daripada Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia.

Kaum Melayu
Rencana utama:
Budaya Malaysia
Budaya Malaysia merujuk kepada kebudayaan kesemua masyarakat majmuk yang terdapat di Malaysia:
Kebudayaan
Melayu
Kebudayaan
Cina
Kebudayaan
India
Kebudayaan
Kaum Kadazan-Dusun
Kebudayaan
Indonesia
Kebudayaan
Dayak, Iban, Kayan, Kenyah, Murut, Lun Bawang, Kelabit dan Bidayuh.
Juga merujuk kepada
kaum Malaysia



Negeri dan Wilayah
Malaysia terdiri daripada 13 buah
negeri dan 1 Wilayah Persekutuan (terdiri daripada 3 daerah) yang dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di Jalur Gemilang:

Negeri
Johor Darul Takzim (Johor Bahru)
Kedah Darul Aman (Alor Star)
Kelantan Darul Naim (Kota Bharu)
Melaka Bandaraya Bersejarah (Bandar Melaka)
Negeri Sembilan Darul Khusus (Seremban)
Pahang Darul Makmur (Kuantan)
Perak Darul Ridzuan (Ipoh)
Perlis Indera Kayangan (Kangar)
Pulau Pinang Pulau Mutiara (Georgetown)
Sabah Negeri Di Bawah Bayu (Kota Kinabalu)
Sarawak Bumi Kenyalang (Kuching)
Selangor Darul Ehsan (Shah Alam)
Terengganu Darul Iman (Kuala Terengganu)

Wilayah Persekutuan
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan Labuan
Wilayah Persekutuan Putrajaya



Tunku abdul Rahman
Dato' Onn bin Jaafar
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Abdul Halim Hamid Shah
Tun Abdul Razak Hussein
Tun Hussein Onn
Tun Dr Mahathir Mohamad
Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi


EAEC sebelumnya EAEG
EAF
ASEAN + 3
ASEAN
OIC
Negara-negara Komanwel
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
Kerjasama Selatan - Selatan
NAM


Bandar utama
Kuala Lumpur
Pusat Pentadbiran
Putrajaya
Hari Kebangsaan
31 Ogos 1957
Cogan Kata Negara
Bersekutu Bertambah Mutu
Benua
Asia, Asia Tenggara
Koordinat Geografi
2 30 U, 112 30 T
Hujan tahunan
2000mm ~ 2500mm
Iklim
Tropika dengan suhu 24–35 Darjah Celsius
Bunga rasmi
Bunga Raya
Binatang rasmi
Harimau
Puncak tertinggi
Gunung Kinabalu, Banjaran Crocker (4175m)
Puncak tertinggi Semenanjung
Gunung Tahan, Banjaran Tahan (2187 m)
Banjaran terpanjang
Banjaran Titiwangsa (500 km)
Sungai terpanjang
Sungai Rajang, Sarawak (563 km)
Sungai terpanjang Semenanjung
Sungai Pahang (475 km)
Jambatan terpanjang
Jambatan Pulau Pinang (13.5 km)
Gua terbesar
Gua Niah, Sarawak
Bangunan tertinggi
Menara Berkembar Petronas (452m)
Negeri terbesar
Sarawak (124,450 km persegi)
Negeri terkecil
Perlis (810 km persegi)
Tempat paling lembap
Bukit Larut (lebih 5080 mm)
Tempat paling kering
Jelebu (kurang daripada 1500 mm)
Kawasan paling padat
Kuala Lumpur (6074/km², 15,543/batu persegi)
Penanaman eksport utama
minyak sawit dan getah



Pencapaian Semasa
Negara kedua paling berdaya saing harga di dunia dalam industri perjalanan dan pelancongan, daripada 124 buah negara yang dikaji.
Tempat ke 6 bagi iltizam kerajaan dalam penyertaan di pameran T&T antarabangsa.
Negara ke 24 paling selamat untuk dikunjungi.
Tempat ke 10 dari segi kualiti pendidikan (daripada 100 negara)
(laporan World Economic Forum (WEF) yang berpengkalan di Geneva. dalam
Berita Harian 10 Feb 2008)

No comments:

Post a Comment

Dipersilakan Komen